Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, February 27, 2011

Bersihkan Islamophobia


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, praise n praise Allah for giving me this golden oppurtunity to participate in this PERTAMA 2011..

Penyertaan kali ini sungguh memberi kesan yang besar.. dahulu kala semangat saya jatuh tatkala terbaca artikel dari blog seorang hamba Allah yang meletakkan tanggapan negatif terhadap mereka yang cuba menyelongkar rahsia agama lain.. apatah lagi pabila orang yang cuba mengkaji itu usianya masih lagi angka 1 di depan..kuang2. Hakikatnya, usia hanyalah angka.. bukan menunjukkan apa2..

Firman Allah s.w.t dalam surah ali imran 3:64 yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad kepada ahli kitab, marilah kita menuju kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu bahawa kita tidak akan menyembah selain daripada Allah dan tidak akan mempersekutukanNya dengan sesuatu pun..."

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
JANGAN KAJI, NANTI AQIDAH GOYAH..

atau

AL-QURAN PUN TAK KUASAI LAGI, NAK BERALIH PADA KAJI AGAMA LAIN..

Tertarik pandangan brother Lim Jooi Soon, "saya nak tanya, siapa yang benar2 sudah kuasai alquran sila angkat tangan?".. dan tiada seorang pun yang mengangkat tangan..

Kalau macam ni, tiada seorang pun yang akan mengkaji tentang agama lain..bukan?

Seorang lelaki yang ingin meminang seorang wanita, lalu membuat perbandingan antara pilihannya dengan pilihan ibunya, lalu dia mendapati pilihannya itu ; cerdik, ramah, baik agamanya, lawa.. manakala pilihan ibunya ;cerdik, lawa dan baik agamanya.. cuma beza antara keduanya hanyalah dari segi keramahan dengan masyarakat sekeliling.. maka bukankah di situ dia dapat melihat kelebihan pilihannya dan pasti lebih yakin untuk menyebarkan pada keluarga bahawa pilihannya itu terbaik..

Begitulah juga apabila mengkaji agama lain.. jika kita meyakini Islam itu terbaik, maka kajilah Islam dan buat perbandingan antara Islam dengan agama lain.. tatkala terbit perbezaan, maka di situlah akan dilihat yang mana lebih menonjol, dan yang mana lebih hebat..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masuk tajuk..

Masyarakat dunia kini dimomokkan dengan keganasan Islam. Apa tidaknya, tersebar melalui youtube tentang apa yang berlaku di Pakistan, tersebar bagaimana hukuman hudud dikenakan (pdhl caranya salah)... CNN, BBC dan pelbagai media di seluruh dunia yang mana ianya dikuasai oleh barat, menyebarkan tentang kezaliman yang dibawa oleh Islam..

Salah mereka kah????

Iya, salah mereka.. kerana menyampaikan sesuatu tanpa mengetahui perkara sebenar.. non-muslim menganggap ISLAM dan MUSLIM itu sama.. maka tidak hairanlah apabila segala perbuatan MUSLIM itu dianggap ajaran ISLAM..

Namun kesalahan yang lebih besar lagi berpunca dari sikap dan nipisnya KEFAHAMAN muslim itu terhadap ajaran agamanya... mereka terlalu ekstrem.. kononnya ingin menjalankan hudud.. pelaksanaan apakah itu jika wanita itu ditarik seluarnya, disepak dan diterajang kemudian baru dibaling batu..astaghfirullah.. dalam keadaan macam mana pun, seorang wanita itu fitrahnya sangat malu apabila dicerobohi maruahnya..hati saya sangat simpati tatkala melihat wanita yang sudah lembik itu itu berusaha menutup dirinya tatkala diperlakukan seperti itu.. sedemikian dahsyat.. yer, mereka kononnya merejam wanita itu atas perbuatan zinanya, namun itu kah cara yang Islam ajar????!!! of course it was a big mistake..!!!~huu..garangnya aku~

Lagi kesian bila melihat seorang kanak-kanak digilis tangannya sebagai menggantikan hukuman sirqoh atau potong tangan semata2 atas sebab mencuri makanan.. ya salam.. seminggu hidup saya diselubungi trauma akibat teringat2 video ini, teringat wajah budak tu yang sangat2 kesian.. kalau ada time tu, rasa nak tikam je pak cik yang pegang tangan dia tu..!~fitrah weh, jangan marah~ kanak2..apalah sangat pada dia, solat pun tak ditaklifkan, apatah lagi nak dikenakan hukuman ini.. kemudian 'sebab'nya juga langsung tidak munasabah. Betapa Islam terfitnah dengan begitu dahsyat...angkara umatnya dan angkara kita yang tak tahu nak wat ape.. seriusly, saya pun blurr bila tengok video2 nih..

Pelbagai tanggapan keganasan diberi terhadap ISLAM.. apatah lagi stelah berlaku peristiwa 9/11 yang kononnya dikaitkan dengan muslim.. Sejak dari itu, kita seolah muka terrorist yang paling menakutkan..ni bukan salah kita kerana pihak barat menyebarkan tanpa bukti yang tepat, hingga sekarang kesahihan itu tidak dapat dibuktikan, namun lebih menjurus pada konspirasi yang dilakukan oleh barat untuk menjadikan ia seolah kita punya perbuatan....ceh..

Jadinya.. ~setelah berleter panjang, tau nak cakap je, cara selesaikan tak tahu lg.hua3~
Tanggungjawab kita la tu untuk membersihkan kembali imej Islam.. dan membersihkan kembali kefahaman menyeleweng sesetengah muslim yang menimbulkan rasa gerun non-muslim terhadap kita.. susah nih.. kerja yang sgt susah.. ~kalau dibuat sorang2~ nak tak nak, kena libatkan diri dalam mana2 NGO atau badan2 di seluruh dunia~cece..dahsyat tu~

Sabun untuk bersihkan hal ni ialah ilmu.. prepare siap2 dalam diri, ilmu dan dalil2 untuk bantah balik kesilapan kefahaman itu dan betulkan tanggapan..~ni lagi satu masalah~

Alangkah indahnya jika ISLAM itu tidak dikaitkan dengan MUSLIM.. dan dalam konteks yang lebih kecil lagi, indahnya jika MUSLIM itu tidak dikaitkan dengan melayu... namun itulah, kita di malaysia, meletakkan seorang melayu itu muslim.......opss.. masuk bab lain..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...