Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, February 2, 2012

Nilai sebuah kemaafan

Bismillah.

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, atas kurniaNya dapat aku meneruskan perjalanan hidup. Dulu doktor Fiqh zakat sering memulakan pengajian dengan berdoa :
اللهم اجعل باق عمرنا خير من ما مضى 
Ya Allah, jadikan sisa baki usia kami lebih baik dari apa yang telah lepas.

3 minggu cuti telah berlalu, kini tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum ku memulakan kembali pengajian di University of Jordan, sebuah university yang digeruni sistem pointernya yang susah dan zalim.haha.

Dalam 3 minggu, banyak perkara telah berlaku, dan hampir keseluruhan waktu dihabiskan bersama rakan-rakan. Qiyam, kelas nahu, projek terjemahan, majlis perpisahan, murabbi makan-makan, main masak-masak, diskusi kesihatan, murabbi on the spot dan video muhasabah. Alhamdulillah. Kini bilik ini kembali sunyi dan akan ditinggalkan pada hari ni sebab ada program di Muktah sana.

Tak sempat nak menaip panjang, cuma ingin menyebut sedikit tentang nilai sebuah kemaafan. Bila saya tengok status fb seorang hamba Allah dalam ini, sebak.. Turut sebak dengan kesebakannya. Apa yang dia lalui, apa yang dia terima.. jauh lebih baik. Tindakannya jauh lebih matang berbanding tindakanku dalam mendepani masalah. Sedangkan apa yang berlaku padanya jauh lebih menyedihkan sekalipun kesalahan itu berpihak padanya, tapi tindakan orang yang tidak berhikmah itu mengundang runtuhnya ukhuwah. 

Aiwah. Memaafkan. Tiada siapa yang sukar untuk menyebut, ''Takpa, ana maafkan"

Tapi aku kini menyedari bahawa dengan memaafkan, tidak menandakan bahawa suatu itu dilupakan. Ada-ada sahaja perkara yang menerbitkannya hingga membuatkan kita rasa sedih, trauma dan genggam tangan menahan air mata. 

Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jangan sampai ada yang terluka dengannya. Sekalipun orang itu melafazkan perkataan menandakan dia memaafkan..Tapi untuk melupakan, itu tidak mudah....

Hati manusia itu kompleks. Jangan jadi daie sekiranya kita terlalu syadid.. Membentuk manusia lain, bukan dengan cara yang kita rasa rasa itu terbaik, tapi dengan cara melihat siapa di hadapan kita.. bagaimana dia, malukah dia, segankah dia, marahkan dia dan sebagainya.. :) Berhikmah bukan menjaga hati, tapi menjaga tindakan.. =)


4 comments:

zahra' haras said...

sarah setuju dengan penulisan nani kali ni

nadi_asyraf said...

Kena belajaq human psikologi ni..

Nur Hanani Fadzilah said...

tak perlu belajar :) pengalaman dan pemerhatian terhadap manusia sekeliling akan mengajar kita segalanya.. ilmu kehidupan..

nadi_asyraf said...

maksud yg nak disampaikan, suruh pi tukaq course Human Psychology.. hahaah tapi yang pasai pemerhatian tu.. kita cuma nampak apa yang kita nak nampak.. kadang2 setiap perbuatan manusia yang baik/jahat ada ja maksud len..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...