Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, April 20, 2013

Dilamar?

Bismillah..

Alhamdulillah ku rafa'kan kesyukuran yang tak terhingga, sampai hari ini masih dikurniakan hidup aman damai sejahtera.. Until now, kesihatan kurang memberansangkan. Sejak dua hari lepas dah mula sakit2 tengkuk, selsema dan hari ni mula rasa suhu naik. Semalam ada usrah mutazawwijat, hari ni pula ada usrah bersama adik2 tahun 1.. Alhamdulillah, Allah beri peluang ini utk sentiasa update iman, muhasabah diri dan mengingatkan rakan2.

Encik abang dilamar untuk bawa orang jaulah.
Kiranya sedang bersendiri di rumah. Sambil2 buat preparation untuk Murabbi kejap lagi..


Di sini rasanya nak sebut satu perkara, untuk akhawat yang dilamar.. jangan mudah2 menolak..kita yang diberi peluang oleh Allah untuk meninggalkan alam 'suka suki ceria' remaja ini lebih awal, itu lebih baik. Cukup mengenal cinta yang haram dalam tempoh yang sekejap, cukup saje kita mengenal dunia yang dahsyat ini dalam tempoh sekejap ~ i mean, lepas SPM, lepas STAM.. masuk tahun 1 dan tahun 2, kalau ada rezeki, kahwin saje lah..

Perkahwinan memang sangat2 menjaga. Di saat sahabat dan rakan sekeliling tengah mengelamun mencari siapa 'imam', siapa khalifah , siapa temannya... kita sudah dihentikan dari berfikir tentangnya. Usia 20 dan ke bawah merupakan fatrah yang paling bahaya untuk muda mudi. Tak kurang jugak buat mereka yang 'hot', kita sudah dihentikan dari berfikir 'nak pilih' siapa dengan semata menerima lamaran orang yang kita redhai agamanya... zzzzzup. sekaligus menutup fikiran, mata, hati dan jiwa dari berfikir siapa bakal suami nanti. Oh ye, di sini ingin digariskan sedikit panduan buat mereka2..

Lagi2 seorang wanita yang jauh di perantauan, kurang manis untuk bergerak ke sana sini tanpa orang yang menjaga.. lebih khusus lagi, tanpa mahram..

Sekiranya dilamar oleh seorang :
1- Jangan terus menerima - kaji dahulu siapa ibubapa, ahli keluarganya.

2- Melihat cara lelaki tersebut approach - tahap keseriusan seorang lelaki boleh dinilai melalu cara ini. Iya, yang benar2 serius akan mengambil langkah awal dengan mendekati keluarga, mengiktiraf wali wanita tersebut dengan bertanya terus pada walinya bukan pd yang lain.

3- Abaikan yang hanya mesej FB atau fon : 'Awak sudah dimiliki kah?' . Ini tahap paling tak serius dan paling tak matured. Ini langkah untuk menapis bagi yang 'hot'... Jika 3 orang cuba mendekati, tapislah guna cara ini.

4- Bertanya sedikit sebanyak tentang fikrahnya- yang ini mungkin kontroversi sedikit sebab boleh membawa pada fitnah, dan silap haribulan dituduh macam2.. Elakkan waktu yang kurang sesuai, dan lebih baik sekiranya tidak disorokkan. Em, cuma bagi saya, ada sesetengah perkara yang perlukan perbincangan kerana ihtimal ia boleh membawa kerosakan rumahtangga, menyesal dan sbgnya dek berbeza cara fikir.. "

Antara soalan penting bagi saya ialah seperti :

-"Isteri bekerja, apa pandangan dia.." - sesetengah wanita memang itu minat dia, suka beraktif di luar.. Jadi, menerima seorang lelaki yang menyekat, dan berkehendak agar isterinya cukup sekadar berada di rumah jaga anak, merupakan suatu penyeksaan utknya. - antara mentaati suami dan mengaplikasikan minat , ijazah melalui kerja..

-"Aktif organisasi tertentu, setuju atau tidak" - Ada sesetengah lelaki yang tidak berlapang dada dalam hal kepelbagaian ini. Menerima seorang lelaki yang berbeza jemaah, parti atau sebagainya bukan suatu yang mudah... Saya ulangi, bukan suatu yang mudah.. sekalipun orang kata .."Ala.. dah kahwin pandai lah diorang menguruskan perbezaan tersebut... ", benar dan betul.. kebiasannya kematangan datang selepas kahwin... namun perlu diingat, wanita tidak boleh sewenangnya keluar, bawak kawan datang rumah, pergi program  tanpa izin dan redha suami... Setiap inci kerja, gerak, dan sbgnya perlu dimaklumkan..

p/s : bertanya bukan bererti mengikut... bertanya untuk menyatakan pendirian kita dan membuat keputusan.... ~ dan kalau kita bersetuju sekalipun ,kita sudah berada dalam keadaan bersedia utk menerima perbezaan ketara tersebut... hm, ada perbezaan yang mudah diterima, namun ada juga yang sukarrr diterima.

Ada sebuah hadis, wanita bernama Fatimah Bint Qays. Dia diceraikan oleh suaminya yang pertama, sejurus selesai beriddah, beliau memaklumkan pada Rasulullah S.A.W bahawa Muawiyah bin Sufiyan dan seorang lagi lelaki meminangnya. Lalu Rasulullah memberitahu Fatimah bint Qays, bahawa Muawiyah itu lelaki yang kurang hartanya, adapun lelaki seorang lagi tu(lupa nama apa), lelaki yang suka memukul , (ada ulamak berpendapat, lelaki yang jarang berada di rumah dek sibuk bermusafir sana sini).. Akhirnya Rasulullah mencadangkan nama lain untuk difikirkan oleh Fatimah... kata baginda : Jadi, kahwinilah Usamah bin Zaid.

Hadis ini masuk exam baru ini ~ hehehe....ia tentang diharuskan 'mengumpat'/ cakap belakang untuk perkara2 maslahah seperti perkahwinan, jenayah, pemimpin.. dan sebagainya.

Justeru, buat mereka yang dilamar... jangan cepat menolak, dan jangan cepat tension (utk fikir).. abaikan yang tak perlu , abaikan mereka yang tak kita senangi... tumpukan pada apa yang sepatutnya.. Namun jika datang seorang yang baik akhlaknya(sekalipun ada kurang di mana-mana), maka perlulah dipertimbangkan agar kita tak rugi dan jtuh fitnah di tempat lain pula... Jangan terlalu meletak kayu ukur yang tinggi untuk bakal suami, cukup yang miliki akhlak, tak sombong, tahu agama, boleh baca quran, rajin...:) kita juga kurang, dia juga kurang... perkahwinan ini adalah satu nikmat oleh Allah untuk melengkapkan :)

Rezeki?? - oh yer, ini satu masala yang sering disebutkan.. Alhamdulillah hingga ke hari ini, tak pernah saya dan suami kebuluran, atau tak makan apa2 melainkan puasa.. hehe.. Percayalah, seorang lelaki yang baik dia akan menyedari tanggungjawab dan amanah yang digalas sejurus melafazkan akad. Ajaibnya, mereka akan miliki pelbagai idea dan usaha untuk mencari sesuap rezeki..

Yakinlah setiap marhalah hidup kita, dan setiap dari kita.. (suami, isteri dan anak), Allah sudah meletakkan rezeki masing2, hanya ia perlu diusaha agar ditemui... So far, kalian tak akan pernah kebulur, dan kalau miliki anak sekalipun, anak itu juga akan mendatang kan rezeki yang kita tak sangka2 :)

Yup, saya sendiri terkejut melihat encik suami sangat aktif berbisnes, hehe, siapa sangka , dalam 2 bulan kami bernikah, ditawarkan itu ini .. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada...setiap sem kena sediakan wang dalam rm1700 untuk yuran.. setiap bulan, kena sdiakan wang rm500 untuk sewa rumah, rm100 untuk internet.. dan hampir rm400 untuk belanja harian ~ di mana kita dapat duit ea abang?? rasanya setakat ini semua yang disenaraikan dalam dilunaskan...

Hancur semua agenda syaitan yang ingin melihat wanita dan lelaki yang bukan mahram berterusan dalam keadaan 'tanpa ikatan', dengan meletakkan rasa takut 'takda duit' sbg alasan untuk mengelakkan perkahwinan....

Apa yang penting ialah "PERANCANGAN"..... dan setelah meletakkan keazaman, sangkutlah pula hati yang penuh tawakkal kepada Allah. Sesungguhnnya DIA lah yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.... ^^, perancangan yang tidak memikirkan redhaNYA, perancangan tersebut akan musnah rosak... rancanglah sesuatu ke arah redha ilahi... insyaAllah setiap inci hidup akan diberkati lagi diredhai...

Astaghfirullah , ku mohon keampunanMU atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang usia ini.... syukur pada Allah yang telah menyelamatkanku, menyelamatkan jiwaku, jasadku, dan alquran di dadaku, dari terus hancur dek bahana kemaksiatan yang disedari mahupun yang tak disedari...

2 comments:

Cik As said...

salam nani... sangat bermanfaat post kali ini...:) Insyaallah,moga dpt belajar serba sikit dri nani jgk.... moga nani dan suami sntiasa bahagia dan sentiasa dlm lindungan allah...:) bitaufiq wannajah..

Nur Hanani Fadzilah said...

wkmslm.. ameen.. shukran cik strawberi :) hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...