Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, May 12, 2013

Blackout History ^^

5 dan 6 Mei baru ni.

Adoi kul 10 malam. Tengok suami dah mula buat page update keputusan PRU13.. memang dia nak sumbang masa free dia utk tu.. malam 5 Mei tu dia langsung tak tidur...sampai lahh ke subuhnya.. Lepas balik dari masjid aku suruh jugak la dia untuk lelapkan mata kot2 satgi time result PRU13 tu tak dapat nak fokus.... 

Kitorang sangat excited kali ni sebab besar harapan PR nak menang. Yelah, melihatkan situasi, suasana, flashmob, laporang audit negara, dan lain2.. memang time tu dah letak harapan melangit... hehee...time usrah pun sempat lagi bincang ngan ahli usrah tntg PRU13 ni ... sebak jugak bila kitorang sama2 tadah tangan minta dihancurkan sgala tipudaya pihak yg zalim... aku cakap kat adik2 ni : Macam2 dah kita tngok... isu IC, bangla, dakwah tak kekal, bertindan tempat mengundiii ,,, nak kata susahnya nak menangggg sbb ada tangan2 jahat kat belakang,.. tapi kalo menang jugak, tak lain tak bukan sbb memang Allah nak bgi menang kali ini... kalau kalah jugak tak pelik dah...

Tup2 kul 3 ptg aku dengan excitednya pulang ke rumah.. dengan tenaga yg kurang... lari2 jugak lah kejar bas... sampai2 rumah, tiba suami kata : Putrajaya kita kalah... Hm. Tak terbayang perasaan time tu. Melihat fenomena yg hebat , sambutan terhadap husam dan tn guru...

Suami pon dah mula masukkan rakan page dia utk jadi admin jugak sbb dia dah penat sgt dah dok update.. aku suh dia rehat dan ktorang sama2 terlelap.. bangun2 lepas asar tu., dapat tau macam nak menang... Alhamdulillah.. tapi akhirnya dapat tau yg PR ketinggalan.... 112 BN dan 81 PR.. 

Aku dah mula menangis... 

adus. 

fitnah + Bangla + IC + Dakwat tak kekal + blackout + bawak lari alik belakang + heli  = BN menang! yes. bahkan berjaya merampas kembali Kedah Darul Aman.. negeri kedua ku.. ya Allah sebaknya!

Yang bagus PR berjaya menambah kerusi dalam parlimen .. dan hampir keseluruhan kerusi panas dimenangi PR.. aku berpandangan maybe sbb kerusi2 tersebut kawasan2 yg intelek , yakni kawasan bandar yg ada line internet dan bukannya disuapkan sajian TV1 2 3 je.. jadi tak pelik diorang sokong pr..

Apapun tahniah. Kita harap kerajaan skrg cuba lah ubah apa kesalahan korang sebelum ni. Dalam pada itu. aku juga sokong perjuangan DSAI dan rakan pakatan menolak keputusan PRU baru ni sebab memang jelas sangat banyak penipuan dll..

Lagi perit, lepas kemenangan, isu perkauman mula ditimbulkan.. utusan yg meloyakan tengkuk lagi lahhh..tak kurang NGO bla bla. DAP menang kerusi paling banyak.. adapun PAS kerusi berkurang... haiya. Mana taknya, Malaysia dah jadi tempat BTN.. tempat mereka suntik fikrah kononnya dgn sokong pas, pkr ...maka DAP akan menguasai , akan jadi negara kristian.. melayu hilang kuasa, raja melayu hilang kuasa bagai... ops bukan utusan je. semua akhbar pro kerajaan lah. 





Sudah-sudahlah...

Buat yang mengundi BN, baguslah.. kita sudah dapat balik 'hadiah' yang bagus : 


Semoga Allah berikan yg terbaik buat kita semua rakyat Mlaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...