Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, February 24, 2015

2nd baby?

Bismillah.

Alhamdulillah wa syukru lillah.

Sekian lama tak menambah entry di sini, hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi lagi, hehe, public diary kah ini? Mungkin.

Sebenarnya sedang mengalami krisis bleeding yang agak teruk selepas 2minggu missed period.jujur jujurnya... sangat penat akhir2 ini melayan kerenah anakku Ruqayyah yg sedang aktif explore dunia dengan kaki.. tapi ku tetap gembira melihat perkembangannya itu.

Ya rabb...  Setelah merujuk Dr, ultrasound dibuat dan Dr juga tak dapat nak pastikan apa. Mungkin kerana upt menunjukkan garisan dua line skalipun samar. Aku melihat ada sac kecil ketika scan tersebut, sebelum ini dah ada pengalaman mengandung,jadi tahu jugak la sikit sebanyak pasal image yg terpampang itu. Masih terlalu awal lagi kata Dr. Dan kalau bleeding disertai dengan sakit perut yg amat, maka miscarriage sdg terjadi..

Apapun, ku redha dan pasrah. Hehe :) al maklum lah Ruqayyah juga masih kecil, namun tidak lah sampai menolak rezeki kerana bimbang tak cukup duit ke hape, ku yakin, Allah dah atur rezeki setiap hambaNya.. Jadi,ada baby atau tak, takda masalah inshaAllah, bahkan satu khabar gembira jika 'dia' masih ada dan kuat untuk menumpang rahimku.

Moga Allah permudahkan apa yg terbaik buat kami.

:) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...