Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, May 29, 2010

Di sebalik masjid kampung laut

Assalamualaikum warahmatuLLah,

Bersyukur kepada Allah, tenangnya segenap ruang dalam hati tatkala kita berasa senang dengan setiap apa yang ditetapkan Allah.. Imma susah, wa imma senang, tiada lah hal itu menjadi masalah besar buat orang mukmin.

Asar hari ini,29 Mei, ana dan sahabat sedaurah ke cc berdekatan, memandangkan aktiviti petang ini yakni pembelajaran bahasa ammiah misriah telah dihazaf..

Beberapa hari lepas, ana serta sahabat ana, syarifah nurfathiah dan muslihah fadzil telah dikejutkan dengan suatu pengalaman yang mengakibatkan kami trauma dan seringkali bersuuzzhon dengan orang sekeliling..

Azan maghrib dari masjid kampung laut berkumandang, namun kali ini pelik bunyinya, lain dari yang lain, ''semoga Allah merahmati kita semua, Allahu Akbaaarr(dua kali)..''..Astaghfirullah, siapa lah yang melaungkan azan sebegini teruk, bukan suaranya yang kami komplen, tapi bacaan madnya salah..sehingga mengubah maksud sebenar.. Berterusan lah azan yang dikumandangkan tanpa ada siapa pun yang menegurnya.

Tiba-tiba ada seseorang menegur kawan ana, ''Fathiah, kenapa awak duduk sorang-sorang dalam masjid ni, tahu ke yang azan tu budak penagih dadah?!!'', kata akak tersebut dengan nada yang cemas, lantas mengatur gerak langkah keluar dari masjid dengan tergesa-gesa.. Tapi, melihatkan sudah ada beberapa orang lelaki lain yang mula hadir, kawan ana membatalkan hajatnya untuk turut melarikan diri..

Astaghfirullah, apabila diintai, memang benarlah muazzin tadi merupakan budak gian dadah, bajunya lusuh, tangannya terketar-ketar. Memandangkan tiada siapa yang bangun untuk iqomah, hamba Allah tersebut merelakan dirinya, walaupun banyak silap dan tak ingat, namun dia tetap tegar meneruskan iqomahnya, herannya, kenapa lah tiada seorang pun dalam kalangan muslimin lain yang kelihatannya lebih aula dan berpendidikan, bangun melakukan perkara tersebut..?

Alhamdulillah, selesai juga solat maghrib pada hari tersebut, dengan beriqomahkan seorang penagih, dan berimamkan seorang yang bagus bacaannya, kami menyempurnakan solat dengan menadah tangan berdoa ke hadrat Ilahi, tapi entah kenapa, hari ini terasa lain macam.

Selesai berdoa, ana, fathiah dan muslihah serta seorang lagi sahabat kami, mengintai di celah penghadang antara muslimin dan muslimat, siapa lah yang kami intai??..tak lain tak bukan, orang yang azan tadi lah, seorang yang bagi kami, sangat menggerunkan. Dengan izin Allah, kami dapat melihatnya sedang solat, sememangnya solat tersebut kurang sempurna dari segi toma'ninah dan tiada gerakan bibir, entah apa yang dibacanya.. Terbit rasa simpati dalam hati kami akan keadaan tersebut, kami yakin pemuda itu sangat ingin mendekati kebaikan dan mengubah dirinya. ''Kesian dia''..ini lah yang lahir dari lisan kami tatkala melihat ahwal tersebut.

Tiba-tiba, pemuda tersebut berpaling kepada kami, seolah dia dapat melihat kami di sebalik lapisan kecil penghadang plastik tersebut.. MasyaAllah, Fathiah sudah jatuh tejelepok dek terkejut, ana sememangnya sudah terketar-ketar, sambil memikirkan kemungkinan dia akan datang ke arah kami.

Benar sekali sangkaan kami, dia datang menyelinap ke tempat muslimat melalui langsir di luar pintu, yang menakutkan, Muslihah dan seorang lagi wanita sudah terperangkap di luar sana, benar-benar berhadapan dengan lelaki tersebut, tiada lagi jalan keluar untuk mereka melainkan terjun sahaja dari beranda masjid atau memanggil muslimin di sebelah.

Ana dan Fathiah pula mengambil langkah melarikan diri ke tempat muslimin, astaghfirullah, langkah keselamatan yang tak terfikir dek akal, namun keadaan yang menyeramkan ini memaksa kami menebalkan muka dan melangkahkan kaki ke ruang sebelah yang teramat asing bagi muslimat..

Apabila maruah dan kehormatan yang sedang dipertaruhkan, tiada apa lagi yang mampu menghalang kami dari melakukan apa sahaja asalkan kami terjaga dari perkara yang tak diingini. yang rasa nak marahnya, takde lah pula mereka(muslimin yang sedang beriktikaf) ingin bertanyakan ''kenapa?'' or ''apa yang terjadi?''..cukup ke sakadar melihat? ish3

Cerita ini ana tamatkan di sini sahaja memandangkan perkara selepasnya cukup2 tak menggerunkan. Alhamdulillah, tidak timbul apa-apa masalah besar..

Maaf buat sahabat ana yang ingin cerita ini diulas dengan menarik, tapi ana tidak mampu..hehe..

Wallahua'lam..

Wassalamualaikum warahmtuLLah.

Tuesday, May 25, 2010

kursus pun kursus lah

Assalamualaikum warahmatuLLah,

alhamdulillah cuti ini tidak disiakan.

peluang keemasan untuk menggunakan broadband kak nida tidak dilepaskan dengan begitu sahaja.. hehe.. segera membuka blog yang sudah lama ditinggalkan berkarat.. InsyaAllah, karat itu akan segera dikikis. Moga terus hadir semangat untuk menulis di laman ini.

InsyaAllah, jika berkesempatan, ana pasti akan menulis sebuah kisah yang tidak mungkin dilupakan. Cuma masa ini tidak sesuai.

ketika ini, ana serta rakan-rakan sedang sibuk menyiapkan isi teks khutbah bahasa arab yang bakal diadakan malam esok.

Doakan kejayaan buat kami..

Wallahua'lam

Wassalamualaikum warahmatullah

Tuesday, May 18, 2010

takziah buat sahabatku

alhamdulillah masa terus berlalu, kadang-kadang ada hal yang menggembirakan dan kadan-kadang ada hal yang mendukacitakan..

semoga Allah menabahkan hati-hati hambaNya yang ketika ini diuji bertalu-talu.. Betapa Allah menyayangi mereka, sedar tak sedar, dukacita itu menambahkan muqorobah bagi hambaNya yang sentiasa meredhai apa yang berlaku..

Terpana sebentar apabila dikejutkan dengan berita kematian abang kepada teman sekolah, syuhada syukri.. abangnya aminuddin telah menghadap ilahi beberapa hari lepas dek demam denggi berdarah, sesungguhnya semua ini telah direncanakan oleh Allah sekian lama lagi..

Sungguh sukar pastinya buat beliau kerana adik beradiknya kini tinggal dua orang, seorang abang dan seorang adik. begitu juga dengan ahli keluarga beliau yang lain. khususnya abangnya yang sulung yang kini sedang berada di mesir. semoga tabah menghadapi ujian Allah ini..

Celaan, prasangka buruk, semua itu ibarat suatu rempah yang sudah sebati dalam hidup mereka. Namun rempah itu bukannya menambahkan kelazatan hidup, tetapi menambahkan kelazatan dalam bertaqarrub ilaLLah.

Bersabarlah kerana segalanya dalam perancangan Allah. Innallaha ma'assobirin..

wallahua'lam

Saturday, May 8, 2010

Seketika di Rantau Panjang

''Ramai orang pergi belajar jauh-jauh, hafal hadith, hafal nahu sorof, hafal syair arab, hafal ni, hafal tu.. tapi tak hafal quran.. bermakna ke apa yang mereka hafal selama ni, sedangkan hak lebih patut diutamakan untuk dihafal diketepikan dahulu.. Bila orang tanya hadith ni, hukum ni, boleh je jawab, siap dengan nama kitab lagi. Tapi bila orang tanya pasal ayat quran, kedudukannya, surah mana, ayat mana, muka surat berapa, mula lah 'nanar' mencari, teraba-raba..''-kata-kata yang saya fahami dari al-fadhil tuan guru haji Lah.

Sungguh bermakna apa yang beliau utarakan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ''Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan al-quran dan bagi Kami lah menjaganya.''

''Jaga macam mana?'' tanya Tuan Guru. ''Jaga situ ialah dengan DIA bagi dorongan ke dalam hati hamba-hamba DIA yang DIA pilih untuk hafal quran''

''Bukan sorang dua, tapi ramai, sepanjang zaman ada. ila yaumil qiamah..''

''Nak jadi guru quran kena ada 5 syarat : 1)tahu tajwid dan wakaf ibatida' 2)nahu sorof/qawaid arabiah 3)qiraat 4)pandai bahasa arab 5)talaqqi dengan orang yang ahli''

Hampir tiga minggu berada di sana, Rantau Panjang, hati belum puas untuk terus talaqqi di sana, dengan seorang yang sangat ahli dalam bidang al-quran.

Kadang-kadang sedih melihatkan, cerita lamanya tidak diendahkan, pengalaman yang ingin dikongsi bersama anak muridnya tidak didengari, malah ada yang mengata di belakang.. Maha Suci Allah, natijah yang diperoleh hamba Allah itu ialah, tiada keberkatan. Walaupun hamba Allah tersebut merupakan antara 'orang lama', namun, masih tiada perubahan dari dulu sampai sekarang..hm..ni kata2 sape ye?..lupakan2..Nasihat saya, hormatilah guru anda. Jangan berganjak selagi beliau tidak habis berbicara.

Banyak sangat kebaikan yang dilakukan, tidak kering lidah beliau memberi tazkirah dan berkongsi pengalaman, tidak penat beliau menghulurkan kitab-kitab rujukannya. Namun masa yang singkat menyebabkan kitab tersebut dipulangkan tanpa sempat menghafal kesemuanya, hanya beberapa tajuk sahaja sempat..

Tak mungkin dilupakan jasa baik al-fadhil yang memberi saya madu, haha, memandangkan saya sering kehabisan suara selepas talaqqi dengan beliau.. Mulanya, terasa amat gerun memandangkan malam itu saya di jerkah dek kesilapan menyebut huruf 'ro' berulang sebanyak 3 kali. Hampir saja saya putus asa memikirkan bagaimana sebetulnya. Kali ke 4 baru lah 'jumpa' how to do..alhamdulillah.praktisnya masih perlu.

Beliau sering bercerita tentang anak murid kesayangannya, zulkifli, yang pernah memenangi hafazan kebangsaan. Katanya, budak tu bagus, cerdik dan banyak lagi pujian yang diberi, masyaALLAH.. bertuah sungguh orang tersebut, nama nya sering menyenangkan hati tuan guru..

Rindunya suasana tersebut..

Allahu Robbi.
Suatu masa nanti, segala cerita dan segala leteran dan jerkahan beliau pasti akan dirindui oleh semua anak didiknya..Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam keberkatan dan rahmatMu..Amiin..

Monday, May 3, 2010

Bengkel Solat




Assalamualaikum warahmatuLLah,

Alhamdulillah, 26(ting 1), 27(ting 2) dan 29 April(ting 4&5) baru-baru ini, ana bersama 7 orang lagi sahabat MMP lain telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putri bagi menjayakan Program 'Solat Anakku Solat' anjuran sekolah tersebut. Manakala fasi dari pihak MML pula seramai 10 orang.

Apa yang ana ingin puji di sini ialah sikap keterbukaan pihak sekolah yang ditampilkan terhadap kami yang datang dari sekolah agama rakyat. Malahan, mereka memberi sepenuhnya 'mikrofon' kepada pihak kami (fasilitator) untuk membebel secara ilmiah.hehe.. Syukur kepada Allah, jika ini lah sikap yang ditonjolkan oleh semua sekolah kerajaan, saya yakin banyak sekali program dakwah yang boleh dilaksanakan secara kerjasama.

Ketika pertama kali tiba di sana dan melihat sedikit sebanyak kerenah yang ditampilkan, lidah ana tak kering membaca 'robbi isyrohli...wahlul uqdatan min lisaani yafqohu qouli''..dan hati terus menerus menyebut nama ALLAH, bukan apa, terasa gundah apabila menyedari bahwa ana berdiri di sekolah menengah, yang mana banyak sekali mukholafah dari sekolah agama. Menjerit memanggil nama, gelaran yang tidak sedap didengar serta bersentuhan lelaki dan perempuan, ini merupakan perkara biasa bagi mereka..

''Lain orang, lain caranya''.. itu lah yang dipegang, yang mana ia sememangnya tersirat dalam Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhamnu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (An-Nahl : 125)

''kak, saya nak masuk kumpulan akak sorang kagi''.. ''kak, akak tu cantik lah, best nya dapat masuk group dia.''.....ini antara yang dikongsi oleh sahabat ana, jika tak de tolak ansur, nescaya peserta yang masih mentah tersebut pasti jadi mangsa.. haha.. kesian apabila memikirkan, bagaimana mereka dengan mudahnya melafazkan perkataan seumpama itu, nasihat ana cukup sekadar ''sabar2, biasa lah budak kecik''

Bengkel ini cukup mudah, memandangkan apa yang perlu dibincangkan bersama mereka merupakan perkara asas dalam solat, tapi tiba-tiba ''kak, macam mana kalau sesat dalam hutan, nak paling arah mana pasal tak tau qiblat?''..tika ini barulah terasa pentingnya pengetahuan falak yang diajar ustaz mohd nor. Namun, jawapan yang kita berikan tidak perlu detail sebagaimana yang kita pelajari, mungkin memadai satu ayat ringkas yang mereka faham.

Terjumpa sebuah hadith..Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)

Praktikal solat juga dilakukan seperti biasa, langsung tidak menyentuh perihal khilaf ulama' mahupun perkara-perkara kecil yang di bicarakan zaman sekarang, hal tersebut jauh sekali dari kemampuan pihak fasilitator, apatah lagi peserta sekolah menengah seperti mereka..tapi tatkala terbit pertanyaan ''boleh ke buat macam ni?''..cukup untuk kita jawab ''boleh/tidak boleh'' tanpa perlu menambah ''kerana...''.

Semasa bengkel sebegini juga, kita sebagai little mu'allim, tidak boleh menyebut ''akak rasa/kalau tak silap akak/mungkin...'' ketika menjawab soalan berkisar ibadat. Justeru itu, pentingnya untuk topup kredit dan charge battery henset agar ia boleh digunakan bagi menghubungi ustaz ustazah. Ni lah langkah berjaga-jaga untuk menghadapi soalan yang tak sangka-sangka terkeluar dari mulut pelajar bukan aliran agama.

Sejujurnya, ana sangat rindu ahli kumpulan ana.. Melihatkan wajah mereka yang cukup dahagakan ilmu agama, yang memerlukan teman untuk perbetulkan keadaan, ana cukup sedih untuk melepaskan mereka, tidak,tidak akan melepaskan mereka, tapi sampai bila?? hmm wallhua'lam..sayang sekali jika wajah yang sebegini ayu tak dijaga dan ditarbiah.. Ya Allah, peliharalah mereka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...