Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, May 3, 2010

Bengkel Solat




Assalamualaikum warahmatuLLah,

Alhamdulillah, 26(ting 1), 27(ting 2) dan 29 April(ting 4&5) baru-baru ini, ana bersama 7 orang lagi sahabat MMP lain telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Putri bagi menjayakan Program 'Solat Anakku Solat' anjuran sekolah tersebut. Manakala fasi dari pihak MML pula seramai 10 orang.

Apa yang ana ingin puji di sini ialah sikap keterbukaan pihak sekolah yang ditampilkan terhadap kami yang datang dari sekolah agama rakyat. Malahan, mereka memberi sepenuhnya 'mikrofon' kepada pihak kami (fasilitator) untuk membebel secara ilmiah.hehe.. Syukur kepada Allah, jika ini lah sikap yang ditonjolkan oleh semua sekolah kerajaan, saya yakin banyak sekali program dakwah yang boleh dilaksanakan secara kerjasama.

Ketika pertama kali tiba di sana dan melihat sedikit sebanyak kerenah yang ditampilkan, lidah ana tak kering membaca 'robbi isyrohli...wahlul uqdatan min lisaani yafqohu qouli''..dan hati terus menerus menyebut nama ALLAH, bukan apa, terasa gundah apabila menyedari bahwa ana berdiri di sekolah menengah, yang mana banyak sekali mukholafah dari sekolah agama. Menjerit memanggil nama, gelaran yang tidak sedap didengar serta bersentuhan lelaki dan perempuan, ini merupakan perkara biasa bagi mereka..

''Lain orang, lain caranya''.. itu lah yang dipegang, yang mana ia sememangnya tersirat dalam Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ”Serulah (manusia) kepada jalan Tuhamnu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik” (An-Nahl : 125)

''kak, saya nak masuk kumpulan akak sorang kagi''.. ''kak, akak tu cantik lah, best nya dapat masuk group dia.''.....ini antara yang dikongsi oleh sahabat ana, jika tak de tolak ansur, nescaya peserta yang masih mentah tersebut pasti jadi mangsa.. haha.. kesian apabila memikirkan, bagaimana mereka dengan mudahnya melafazkan perkataan seumpama itu, nasihat ana cukup sekadar ''sabar2, biasa lah budak kecik''

Bengkel ini cukup mudah, memandangkan apa yang perlu dibincangkan bersama mereka merupakan perkara asas dalam solat, tapi tiba-tiba ''kak, macam mana kalau sesat dalam hutan, nak paling arah mana pasal tak tau qiblat?''..tika ini barulah terasa pentingnya pengetahuan falak yang diajar ustaz mohd nor. Namun, jawapan yang kita berikan tidak perlu detail sebagaimana yang kita pelajari, mungkin memadai satu ayat ringkas yang mereka faham.

Terjumpa sebuah hadith..Dari Amir bin Rabi'ah, ia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW. pada suatu malam gelap, lalu bingung menentukan arah kiblat, lalu kami solat. Maka tatkala terbit matahari, ternyata kami solat tidak menghadap kiblat. Lalu turun ayat "Maka kemanapun kamu menghadap, disitu ada keredhaan Allah." (Riwayat Tirmizi)

Praktikal solat juga dilakukan seperti biasa, langsung tidak menyentuh perihal khilaf ulama' mahupun perkara-perkara kecil yang di bicarakan zaman sekarang, hal tersebut jauh sekali dari kemampuan pihak fasilitator, apatah lagi peserta sekolah menengah seperti mereka..tapi tatkala terbit pertanyaan ''boleh ke buat macam ni?''..cukup untuk kita jawab ''boleh/tidak boleh'' tanpa perlu menambah ''kerana...''.

Semasa bengkel sebegini juga, kita sebagai little mu'allim, tidak boleh menyebut ''akak rasa/kalau tak silap akak/mungkin...'' ketika menjawab soalan berkisar ibadat. Justeru itu, pentingnya untuk topup kredit dan charge battery henset agar ia boleh digunakan bagi menghubungi ustaz ustazah. Ni lah langkah berjaga-jaga untuk menghadapi soalan yang tak sangka-sangka terkeluar dari mulut pelajar bukan aliran agama.

Sejujurnya, ana sangat rindu ahli kumpulan ana.. Melihatkan wajah mereka yang cukup dahagakan ilmu agama, yang memerlukan teman untuk perbetulkan keadaan, ana cukup sedih untuk melepaskan mereka, tidak,tidak akan melepaskan mereka, tapi sampai bila?? hmm wallhua'lam..sayang sekali jika wajah yang sebegini ayu tak dijaga dan ditarbiah.. Ya Allah, peliharalah mereka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...