Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, December 20, 2010

Kita & Bahasa Arab


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah. segalanya sudah selesai untuk semester pertama. Apabila ingin membuat keputusan penukaran takhassus baru-baru ini, persoalan yang sama tidak mampu dipecahkan, apakah kecenderungan aku sebenarnya?

Adoyai..itu tidak penting, yang penting, kata al-fadhil ust Mus'ab dari kata-kata syeikhnya, "Nak tengok sejauh mana dalamnya ilmu shariah seseorang itu, lihatlah dulu sejauh mana keilmuannya dalam bahasa arab."

Suka dengan jawapan yang diberikan oleh seorang ustaz doktor di WISE apabila pelajarnya menanyakan keputusan exam mereka, beliau dengan mudah menjawab,

"لا تسألوا عن أشياء إن تبد لكم تسؤكم"...

Cerita lain pula, seorang yang mengambil master di Uni Jordan dalam bidang Fiqh wa usuluh, memperihalkan tentang bahasa arab, beliau mengatakan, "saya ingin sebut tentang pengalaman saya dalam bahasa arab, bukan untuk berbangga tetapi dalam bab "وأما بنعمة ربك فحدث"..

Suatu yang biasa bagi orang yang sentiasa mendampingi kalamullah untuk bercakap sambil menggunakan kalamullah secara spontan.. susunan dan uslub ayat mereka juga cantik, tempias dari keindahan kalamullah.

Apa yang saya perhatikan seberapa lama, mereka yang mahir dan mampu menguasai bahasa arab kebanyakannya akan mahir dan fasih dalam membaca al-quran, lidah mereka lancar dalam tartil kalamNya, serta kebanyakan mereka mampu menguasai makhraj dan sifat huruf dalam al-quran dengan betul.. Silap menyebut huruf, maka silaplah maksud, silap maksud bererti perkataan itu majhul di sisi pembaca itu..semakin banyak tersilap menyebut huruf memberi gambaran sebanyak manakah vocab bahasa arabnya..

Orang yang mampu menguasai bahasa arab secara fasihah biasanya mudah untuk mereka menguasai bahasa ammiah(bahasa pasar).. Seorang ustaz menjawab ketika ditanya tentang penggunaan ammiah, beliau berkata, "خاطب الناس على قدر عقولهم"... yer, berbicaralah dengan manusia berdasarkan sejauh mana kemampuan akal mereka.. takkan dengan pak cik mak cik di pasar pun nak kata

"يا عم, تكلم معي بالفصحة كاملة, وإلا, فلا أباليك"!

haha..kejam kan..nenek2,atuk2,dan kawan2 sekalian,tidak salah berbahasa ammiah, dengan syarat kita tahu membezakan antara fushah dan ammiah.

Semoga Allah menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang menyintai bahasa al-quran ini.. semoga kita terus diberi pencerahan untuk menyelongkar segala rahsia bahasa yang cukup indah ini.. amiin ya robb. ~apasal tak taip kot arab~hmm..musykil.

Ni sempena bulan bahasa arab..HAYYA BIL ARABIAH anjuran PPMA.. ^^,

Wallahua'lam.

4 comments:

Anonymous said...

menjenguk ke blog nani...wah,tahniah..semakin banyak ilmiah di titipkan...semoga bermanfaat untuk semua dan diri sendiri dlm mengamalkannya..(^^)

Unknown said...

Ust Mus'ab al-Hafiz,

xtahu nak pilih takhasus mana lagi ye? Dengar kata azilah tukar kuliah? amik fiqh dan ushul fiqh?

Nur Hanani Fadzilah said...

cik as : biasa2 je..

abdul baith : yup, belum buat keputusan lagi, bila2 masa boleh tukar sebab ana ambil mawad yg bersekutu antara fiqh dan usul addin. azilah tukar ke fiqh wa usuluh..khadijah sorang lughah

Akhyar said...

pndpt sya,lughah lbh seswai utk org seni..seswai jika kamu orang seni.

sebab,mereka akan bedah bahasa.

xsemestinya org yg terer arab je blh terer ammiy dn makhraj.sahabt2 kt jordan,sama je kualiti org ulum dn org dini,bza ksungguhan je..

kalo blaja fiqh,dlm msa sma mndalami arb,tp kalo blaja arb,x smstiny mndalami fiqh.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...