Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, September 5, 2011

Elaika



Jom kita hayati sebuah nasyid indah dari bait-bait kata Imam as-Syafi'e rahimahullah ;

إليك إله الخلق أرفع رغبتي وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما

KepadaMu tuhan pencipta makhluk, ku angkat seluruh pengharapanku

biarpun diri ini wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Mulia, seorang yg brdosa


فلما قسا قلبي وضاقت مذاهبي جعلت الرجا مني لعفوك سلما

Tatkala terasa kerasnya hati dan sempitnya perjalanan ini,

Ku jadikan harapan ku itu sebagai tangga mendapatkan keampunanMu


فما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل تجود وتعفو منة وتكرما

Engkaulah Pemilik keampunan terhadap dosa

KepermurahanMu dan keampunanMu tetap berterusan


ألست الذي غذيتني وهديتني ولا زلت منانا علي ومنعما

Bukankah Engkau yang memberi makanku dan menunjuki jalanku

Dan Engkau sentiasa memberi kurniaan dan nikmat terhadapku


عسى من له الإحسان يغفر زلتي ويستر أوزاري وما تقدما

PadaNya yg memiliki belas kasihan moga Dia mengampuni kesilapanku,

Dan menutup segala kelemahanku dan dosa yang telah berlalu


فإن تعفو عني تعفو عن متمرد ظلوم غشوم لا يزايل مأثما

Sekiranya Engkau ampunkanku, ampunilah segala kejahatanku

kezaliman serta penganiyaan yang bisa mengekalkanku berdosa di sana nanti


وإن تنتقم مني فلست بآيس ولو أدخلت نفسي بجرمي جهنما

Sekiranya Engkau memberi balasan padaku, aku tetap tidak akan putus asa

Sekalipun dosa itu menyebabkanku terhumban ke neraka jahannam


فصيحا إذا ما كان في ذكر ربه وفيما سواه في الورى كان أعجما

Lancar lidahnya tatkala menyebut-nyebut tuhannya,

dan tatkala bersama orang lain di dunia ini, dia bagaikan asing


يقول حبيبي أنت سؤلي وبغيتي كفى بك للراجين سؤلا ومغنما

Dia berkata : Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan bergantung harap

Cukuplah Engkau bagi orang-orang yang bergantung harap dan meminta


أصون ودادي أن يدنسه الهوى وأحفظ عهد الحب أن يتسلما

Aku memelihara keinginanku dari dicemari hawa nafsu,

dan aku menjaga perjanjian cinta ini agar terus kekal suci


ففي يقظتي شوق وفي غفوتي منى تلاحق خطوي نشوة وترنما

Ketika ku berjaga dari tidurku, aku terasa rindu. dan ketika aku lelap, aku berharap pdMu

agar Engkau mengiringi langkahku dengan lagu penuh semangat


فجرمي عظيم من قديم وحادث وعفوك يأتي العبد أعلى وأجسما

Dosaku teramat besar dari dulu dan kini

Namun, keampunanMu yang hadir itu lebih agung dan tinggi.

Wahai tuhanku..


---------------------------------------------------------------

Jadilah insan yang kuat di hadapan para musuh Islam,

Jadilah insan yang hebat dalam kalangan umat Islam..

tapi jangan lupa..

Untuk menjadi seorang yang paling lemah,

menjadi seorang hamba yang paling merasai kekurangan,

seorang insan yang paling menyedari kesalahan,

dan paling menyesali dosa yang dilakukan

tatkala di hadapan tuhan..


------------------------------------------------------------------------

p/s : Mak ayah, abang, kakak dan adik serta rakan-rakan... maafkan salah silapku, andai pernah menzalimi atau mengambil hak, andai pernah mengata dan menyibuk, atau menggores mana-mana hati.. kadangkala memikirkan kematian, hati ditusuk kebimbangan, siapa yang pernah kita hutangi tapi masih belum membayarnya? atau siapa yang pernah kita zalimi, namun masih belum meminta maaf dan balasan darinya?


Ya Allah, akhiri hidupku dengan husnul khotimah dan jauhi aku dari suul khotimah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...