Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, September 15, 2013

ربي زدنا علما

ربي زدنا علما

ربي زدني علما

Alhamdulillah hari pertama kuliah dengan berbadan dua.

Jadual minda sudah mula perlu diubah, selepas subuh gayanya perlu segera menyiapkan sarapan kerana kuliah bermula awal pagi. Untuk mengurangkan penggunaan tenaga, aku berusaha siapkan bekalan  makanan untuk dibawa dan disantap ketika waktu rehat. Jadi tak perlu penat-penat ke kafetaria.

Sememangnya penat itu ada apatah lagi tatkala terpaksa mengharungi tangga-tangga dek ketiadaan lif di kuliah.

Baby juga sangat aktif ketika dalam kelas menyebabkan aku sedikit hilang fokus. Asyik rasa nak tergelak. Setibanya masa rehat cepat-cepat berpesan pada baby jangan pusing-tendang kuat sangat time kuliah nanti ibunya hilang fokus hehe.

Boleh dikata setiap masa aku berpesan pada baby agar kuat semangat, tak kurang mintanya berdoa sama agar Allah kurniakan aku kekuatan fizikal mental utk melaksanakan segala tanggungjawab. Bimbang keaktifanku membawa mudharat pada mana-mana pihak. Sesungguhnya pada Allah aku mengharap dan berdoa agar segalanya selamat sahaja.

Sampai sahaja di rumah, terus melabuhkan diri berehat, suami tercinta masih belum pulang dek kerja membawa seorang pegawai dan isterinya yang ingin mendaftarkan anakanda mereka di Jordan.

Malam pula, aku menemani suami, sempat makan bersama Dato Seri Menteri Besar Perak alang-alang pegawai yang suami ku bawa ini ada pertemuan dengan MB tersebut. Banyak juga diborakkan.

Kami bertolak ke Mafraq untuk menghantar mereka dan tiba di kembali di rumah + - jam 2 lebih di pagi hari.

Badan dah rasa lenguh, mengantuk dan penat, baby dalam rahim juga protes dengan menendang 'dinding' sekuatnya, kadang terasa sakit semacam contraction. Berkali aku pesan mintanya berehat tak kurang suami ku juga. Kami memasang radio alquran, kebiasaan apabila aku pasangkan alquran atau mengaji, memang dia mula slowkan pergerakan.

Hari ini skip kuliah untuk rehatkan badan semaksimum mungkin. Pesan suami, "dari skip kuliah masa tengah2 pengajian, baik masa baru nak start ni" kih444.

Yup, awal kuliah biasanya pensyarah lebih suka memberi tazkirah, perihalkan tentang markah, tentang madah serta buku yg biasanya mengambil masa 20 minit. Aku kira ia penting utk didengari, namun apa yg lagi penting ialah sesi pengajian. Sehari skip, kita dah ketinggalan banyaaaaaaak.

Pesanan Dr Abbas Al-Baz buat kami penuntut ilmu.

"Ketika berdoa, kita selalu minta wahai tuhanku, tambahkan ilmu bagiku. Bukan wahai tuhanku, tambahkan pointer ku."

Hal ini buat aku sedar diri kembali. Niat perlu sentiasa di perbaharui. Pointer hanya cabang keperluan dalam pengajian, bukan asas atau perkara utama.

Selamat memulakan pengajian semester baru untuk semua sahabat-sahabat handai.

Semoga berjaya :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...