Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, September 10, 2013

Salam ulangtahun kelahiran yang ke - 23

Alhamdulillah.

Tanggal 10 September 2013M, lahir putera ke-2 merangkap anak ke-3 buat Kamariah Mahmood dan Wan Mustapa.  Ehe.
Rupanya insan itu suami aku.

Terima kasih buat ibu dan ayahandanya yang membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang, dengan agama dan iman, dengan ilmu dan amal.

Sekalipun sedikit 'skema', tapi hanya Allah yang tahu dia lah insan yang banyak memberi semangat, yang sering berpenat lelah, yang banyak membantu aku baik di dapur, di mana-mana sahaja.

Sepanjang setahun melayari bahtera bersamanya, tak pernah sekali aku ditengking, dimarahi tanpa sebab. Sekalipun aku sering bersikap kebudakan. Dirinya tak lekang melayan.. Dia sering menjadi penasihat buat aku yang sedikit degil. Saat aku menangis menyesali perbuatan degilku serta meminta maaf, dia tidak pernah mengungkap 'kan abang dah cakap haritu..tengok sekarang dah kena.'. hehe.

Buat Zauj.

Semoga Allah memanjangkan usiamu dalam keberkatan dan ketaatan. Memandang setiap usaha dan pengorbananmu serta mengampunkan segala kesilapanmu. Semoga terus teguh memimpin kami anak beranak :)

Ya Allah, kasihilah suamiku tercinta.

2 comments:

Unknown said...

Terima kasih sayang atas doanya, doakan abang menjadi suami yang soleh, membimbing dan mendidik sayang serta anak kita. Juga abang doakan sayang menjadi isteri yang solehah, peneman abang di syurga nanti.

Nur Hanani Fadzilah said...

arghhh.. malunya baca komen abang.. uwaa.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...