Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, September 4, 2013

Cintailah ibu ayah mu

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang diberi, oh lupa.. nikmat kesihatan yang akan ditanya suatu ketika nanti di mana ia digunakan, untuk siapa, dan kenapa.

Kini sudah masuk 5 bulan lebih, kira berbaki dalam 4 bulan sahaja lagi. Progress yang sangat cepat. Pelbagai pengalaman ditimba dan dirasai. Subhanallah.

Bermula dengan kekurangan haemoglobin dalam darah, badan menjadi sangat lemah hingga hampir pitam.

Apabila ke klinik, Dr jangka anaemia, tekanan sangat2 rendah dan membahayakan. Time ni dah boleh agak mungkin ada something yang Allah nak bagi.

Selepas itu, menerima ucapan tahniah dari Dr, "Mubarak"... alhamdulillah 4 minggu.

Saat itu bermula pening-pening yang tak mampu nak diterjemah pada sesiapa.

Emosi sudah mula kurang stabil. Dicampur dengan kepenatan melampau yang dilalui, badan asyik nak berehat.. rumah sudah tunggang terbalik. hehe. Alhamdulillah dikurnia suami yang baik, yang sudi menutup pintu bilik dan memasak sorag2 kat dapur.

Berminggu2 dilanda mual muntah yang agak teruk tapi masih terkawal. Segala bau dirasa sangat busuk, sejurus kaki melangkah ke dapur, aduih, tong sampah dulu yang jadi terkaman dan tempat buangan.

Kemudian diikuti dengan sakit kepala yang sangat teruk. Hingga terpaksa separa sujud dek terpaksa. Ruku', sujud semuanya dibuat separa kerana sakit yang mencucuk di sebelah kiri kepala. Kadang badan sangat lemah hingga baki solat dibuat secara duduk.

Saat itu, hampir setiap hari merupakan hari tidur. Dapur sudah tak mampu dijejaki, bilik menjadi tempat makan, tempat bergurau senda, tempat solat, juga tempat menangis. :'(

Alhamdulillah 8 minggu sudah usia bayi. Degup jantungnya sudah kelihatan. Sebak saat melihat semua itu, sebak mengingatkan kebaikan2 suami saat isteri sedang bergelut dengan tekanan luar dan dalam demi menerima 'roh' baru dalam diri, menerima satu jasad yang akan brkongsi segalanya selama 9 bulan.

Setiap hari ditatap gambar ultrasound yang diberi. Ditilik lama-lama, direnung dan kadang tersenyum sendiri.

Hampir 12 minggu berada dalam keadaan sedemikian. Plastik-plastik kosong menjadi teman seharian, makanan sukar ditelan melainkan yang diidamkan. Kadangkala menangis sebab fikir 'kalau' berada di negara sendiri, sudah tentu segala makanan yang diidamkan sudah berada dalam genggaman.

Minggu seterusnya dirasa agak selesa, alhamdulillah, seiring dengan bermulanya semester pendek, tenaga sudah kembali sedikit demi sedikit sekalipun muntah-muntah itu masih ada.

Tanggungjawab kmbali diambil melainkan yang berat seperti membasuh kain.

Tapi perkara lain pula bermula.

Sekitar rahim mula merasa stretching, regangan dan sakit kerana ia hendak membesar. Oh ye, lupa satu perkara yang lazim , boleh dikata setiap masa ibu2 mengandung akan melawat tandas. Hatta tengah2 malam buta, beberapa kali bangun semata ketidak selesaan menahan buangan.

Bila perut makin membesar, satu ujian baru pula ditempuhi.. Ujian pernafasan pula.

Bila makan, akan terasa penuh, sesak nafas. Begitu juga apabila duduk, aduh, sekali tarik nafas panjang2 sebab rasa belum penuh di dada.. Apatah lagi bila ingin berbaring.

Kadang rasa 'adakah aku ni dah nak mati?" .. ia lah. Kejap ok, kejap sesak nafas.

Namun satu perkara yang jarang anak2 ingat ialah betapa bonda2 mereka masih berusaha lakukan kewajipan dan ibadah kepada Allah. Solat, mengaji .. segalanya dilakukan dan dipertingkatkan dengan harapan apabila dosa terhapus, apabila Allah syg, anak yang lahir juga menjadi insan cemerlang yang turut berusaha jadi ibadurrahman.

Rupanya ia tidak terhenti sampai situ. Ibu-ibu diuji pula dengan sakit-sakit belakang, sakit pinggang. Kadang tidur malam sudah tidak selena sebelumnya. Tidur siang juga tidak sekerap sebelumnya. Entah apa yang menjadi masalah, entah apa yang difikirkan.

Duhai anak.

Cintailah Allah.

Cintailah ibu mu.

Cintailah ayahmu.


_______________

Ma ayah. Love u both. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...