Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, January 9, 2014

2 Januari 2014, Bersalin :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah thumma alhamdulillah.. Kesyukuran tak terhingga diungkapkan sepenuh jiwa buat Dia Yang Maha Esa atas izin dan inayahNYA sehari selepas last updaate baru-baru ni, DIA beri peluang untuk saya merasai perit jerih sakit melahirkan khalifahnya di muka bumi. Semoga segalanya menjadi kaffarah dosa buat saya sendiri selaku hambaNYA yang seringkali alpa.

Nak dijadikan cerita. 1 Januari 2014, detik hati kuat mengatakan saatnya makin hampir. Solat asar pada hari tersebut yang ketika itu suami tiada di rumah, saya menangis tersedu-sedu, sujud yang dirasa seolah kali terakhir. Usai solat, saya menangis sambil berdoa, andai benar masanya sudah makin hampir, mohon Allah permudahkan tidak kira apa jua cara yang bakal ditempuhi, asalnya si kecil dalam perut ini selamat.

Malamnya, saya bergurau dengan suami. "Rasanya dah nak bersalin kot bang.." sambil cakap-cakap dengan baby. "Baby, mama rasa tak larat sangat dah nak pergi kuliah. Kita ada masa beberapa jam lagi sebelum pagi esok nak kena pi kuliah.. mama tak kesah dah kalau tak sempat exam pun. Baby nak keluar keluar lah:(" ----ok, panggilan mama sudah berhenti sebab sekarang membahasakan diri sbg "ummi"..

Ni firasat dan naluri seorang ibu kot hehe.. anda pasti akan mengalaminya.

Jam 3.30 pagi. Saya tersedar dari lena, mata berkelip-kelip dalam gelap. Rasa tak sedap hati datang, dan tiba-tiba rasa ada sesuatu terkeluar dari ------- (faham-fahamlah). Terus bangun dan ke bilik air untuk buang air kecil. Ditakdirkan ternampak cairan koko keluar. Saya yang menggelabah cuba tarik nafas, namun ketika itu saya tersenyum sebab rasanya makin hampir nak bersalin kot. Disebabkan yang keluar itu tak banyak, jadi pastinya bukan air ketuban. Dek kegelabahan saya, terus bagitau suami keluar ketuban dengan warna koko... suami bangun dan minta cek balik.

Jam 4.00 pagi. Saya menghubungi Doktor yang bakal menyambut baby ni nanti. Bagitau Dr tentang apa yang saya lihat. Dr mengatakan itu perkara biasa tanda dah hampir bersalin samada pada hari itu juga atau beberapa hari lagi. Namun katanya, kalau saya nak pergi hospital pun pergi jelah untuk cek ctg(cek denyutan jantung bayi)...

Jam 4.30 pagi. Kami masih lagi kalut dan tak tahu nak buat keputusan apa.. Nak ke hospital ke tak. Orang kata kalau pergi awal-awal tanpa rasa sakit, nanti samada kena tahan terus atau mungkin kena balik semula..... kejap kami bincang utk tak nak pergi, kejap rasa nak pergi... hehe..akhirnya buat keputusan untuk ke hospital selepas azan subuh nanti.. Sementara itu, saya mengambil peluang utk solat taubat sementara masa masih ada...

Usai solat dan berdoa dengan suami, kami mengisi perut sikitt.. dengan kurma, dan nasi + telur goreng..

Jam 5.15 pagi. Saya dan suami keluar rumah berjalan kaki menuju ke lampu isyarat yang jaraknya lebih kurang 5 minit berjalan biasa.Kami singgah kedai kejap untuk beli coklat dan air. Lalu menyeberangi lampu isyarat untuk menahan teksi. Alhamdulillah dapat pakcik teksi yang baik, dia mendoakan segalanya selamat. Teksi meluncur laju ke hospital tila' ali.

Jam 5.45 pagi. Kami sampai di hospital dan menuju ke bahagian towari'(kecemasan). Terkejut sebab takda orang langsung. Kelibat nurse, Doktor atau lain-lain... haish, biar betul hospital ni. Kami berjalan-jalan menaiki tangga tengok di ruangan pintu utama. Juga lengang.. tiada orang.. akhirnya turun kembali ke bahagian kecemasan dan tengok di bahagian kaunter ada la sorang laki yang bertugas. Dia meminta saya dan suami naik ke bahagian wiladah... Di sana saya tekan loceng dan kemudian dibenarkan masuk, manakala suami tersayang menanti di ruang menunggu..

Jam 6.30 pagi. Saya bagitau nurse yang bertugas bahawa Dr meminta buat ctg. Perut diletakkan alat untuk mendengar degupan jantung baby dan kadar contraction yang datang. Subhanallah, bergema satu bilik, sayu rasa apabila dapat mendengar degupan jantung si kecil dalam perut.. Lenguh dan tak selesa, itulah yang dirasai bila buat ctg, Tak dapat nak bergerak-gerak sangat..Sekali sekala saya berwhatsapp dengan suami yang sedang bimbang.

Katil sebelah saya, seorang wanita Mesir yang agak dewasa sedang mengerang kesakitan. Duk menjerit-jerit.. Haish gerun dibuatnya.

Jam 7.30 pagi. Nurse datang melihat bacaan ctg yang keluar pada kertas. Segalanya mumtaz katanya. Bayi sihat wal afiat dan contraction saya ketika itu adalah slow-slow motion hehe.

Tiba-tiba datang nurse tua yang nampak macam berpengalaman, dia bertanya kenapa datang hospital sedangkan contraction boleh dikata macam belum ada.. saya memberitahu bahawa ada keluar cecair dari bawah..ketuban kot... lalu dia minta untuk tengok seluar XXXX... alamak segan betul.. ketika itu saya dapati segalanya kering, maksudnya bukan ketuban la yang keluar.. adeh..

Nurse tersebut minta untuk cek bukaan... fuh. ni saat yang mengerikan.. dia minta saya menarik nafas seketika. Tapi tak sempat tarik nafas, dia dah seluk,, ya Allah, sakit tak tertahan rasanya... dia menekan dengan kuat, lalu mengeluarkan tangannya yang disaluti air... sejurus itu, habis jubah dan pakaian saya basah, air meleleh-leleh keluar kena lantai... ????? blurr kejap. tadi kering, sekarang basah berjeruk.

Terus nurse tersebut hubungi Dr saya dan memberitahu kondisi saya.. ceh.. kononnya ketuban dah lama keluar... dan takda bukaan lagi....

Tiba-tiba.....

Saya dikejutkan dengan pilihan yang diberi.. katanya Dr Fatimah mencadangkan awak di czer dengan segera sebab belum ada bukaan sedangkan ketuban dah keluar....

?????

Geram nak cakap, kita baca banyak blog, baca web kesihatan dan macam-macam. Czer itu pilihan terakhir selagi mana jantung baby normal.... time ni dah rasa macam nak pitam... bukan sebab takutkan czer, tapi sebab takutkan kossss czer yang beribu.

Saya keluar bilik menemui suami. Belum sempat cakap apa-apa, air mata dah meleleh mengalir.. time ni suara juga tak dapat nak ditahan, memang agak teruk saya menangis ketika itu... suami datang dan memeluk, kelihatan mukanya juga dah merah2 *macam nak nanges*..... saya memberitahu paksaan czer yang disebut nurse tadi...

Nurse tua tu datang dan menemui suami dan saya. Terkjut melihat saya menangis teruk.. dia berkata "kenapa nanges?? jangan takut, biasa la tu czer".... memang la kat negara arab ni czer ni dianggap perkara biasa.... tapi kita kat malaysia, ia merupakan last choice.

"Nurse bukan ke boleh induce untuk menggalakkan bukaan???"

"Tak boleh sebab ia boleh menyebabkan baby stress"

"Kalau tunggu sejam dua lagi boleh tak??"

"Cuba call Dr awak... rasanya dia dah otw"

Suami bercakap dengan Dr, dan Dr hanya beri 10 minit untuk kami buat keputusan...

Saya hubungi bonda di rumah, memang saya menangis tersedu2 dalam telefon... sampai kedengaran suara bonda juga seolah ingin menangis... tiba2 rasa menyesal datang hospital awal tanpa sebab yg kukuh. dari tak ada apa2, kepada ada apa-apa....*biasala anak first"

Ma cuba menenangkan anaknya ini... akhirnya saya dapat menenangkan diri dan yakin, andai ini yang ditakdirkan, saya redha dan pasrah... selesai cakap2 dengan suami, saya kembali masuk ke dalam bilik dan memberi jawapan...

________

Selesai menukar pakaian, saya berjalan-jalan sekitar katil dengan harapan ada miracle yang terjadi, ketika ini, berkali kali saya ke tandas.. dan dah mula rasa senak-senak lenguh pinggang... contraction baru nak start rasanya... tapi segalanya dah terlambat... Dr dah sampai, dia datang dan sekali lagi memeriksa bukaan.. yup, belum buka lagi.. saya cuba bgitau Dr yang dah mula rasa sakit, tp tak dilayan... akhirnya saya menarik nafas meredhai dan pasrah dengan segala yang sedang berlaku.. pasti ada hikmahnya...

Sakit tak tertahan bila dipakaikan tiub kencing, tak kurang dicucuk tangan kiri, disuntik ubat bius, dimasukkan alat untuk menyedut ketuban yang berbaki... ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya... mengalir air mata saya mengenangkan.... yup, mana2 cara pun, bersalin itu memang sakit...

Jam 9.40 pagi kot. Saya ditolak ke operation room... didepakan kedua tangan. Saya melihat lampu yang tergantung di atas dengan perasaan kosong.. istighfar dan selawat tak lekang disebut.. saya mula merindui suami, rasanya kami masih terkejut dengan kejadian yang berlaku terlalu cepat ini.. Barang saya dan baby juga tak dibawa bersama, rumah masih bersepah dan macam2 lagi belum disediakan... tapi mentally, kami dah bersedia sejak 36 minggu lagi.

--------------bersambung


1 comment:

Azeramya said...

saya ada menjual pakaian menyusu, peralatan & kelengkapan menyusu.
fanpage fb : Azeramya
blog : azeramya.blogspot.com.
sudi-sudi lah singgah ye.. mana tahu kalau berminat nak beli. tq

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...