Jangan lupa
Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)
Sahabat blogger2 :)
Nak belajar di Jordan ?
Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.
Ahlan wa sahlan
juga boleh klik :
Tuesday, December 7, 2010
Allah Maha Berkuasa??
Assalamualaikum w.b.t..
Apabila wujud manusia yang bertanya, "Kamu kata Allah itu Maha Kuat, Maha Berkuasa.. jadi, kenapa apa saja yang berlaku di sekeliling kita, malaikat yang lakukan? Malaikat la yang mencatat kesalahan, malaikat bawa turun rezeki.. kenapa? Allah tidak sempat ke nak lakukan semuanya?"Mungkin jawapan yang sedikit baik bagi yang tidak percaya akan al-quran ialah:
Seseorang yang berkuasa besar, seperi boss atau pengurus, pengetua mahupun raja, adakah mereka hebat jika tidak ada kuli/pekerja? Bukankah kerja mereka hanyalah memberi arahan? dan adakah kita boleh memberi arahan pada mereka?
Jika kamu kata malaikat itu hebat, boleh ke sana ke mari dengan pantas, dan sebagainya.. maka, tentunya, siapa yang boleh mengarahkan malaikat untuk melakukan segala arahannya itu lebih hebat, bukan? Ini bermaksud, Allah itu Maha Kuasa, yang mana, kuasaNya mengatasi kuasa yang lain, kekuasaanNya dibuktikan dengan 'adanya' kuli-kuli dan hamba-hamba untuk melaksanakan arahannya.. itulah Allah.. DIA tidak melakukan sesuatu yang remeh, seperti mencatat amalan kita, cukup bagiNYA memberi arahan. dan DIA sangat mengasihi akan hambaNya yang menurut perintahnya, kerana itulah disediakan syurga, disediakan keredhaanNya.. ganjaran buat mereka..
Wallahua'lam..
2 comments:
Allah tak memerlukan pembantu dan Dia Maha Berkuasa melakukan segala-galanya sendiri.
Kewujudan malaikat hanyalah sebagai satu tanda kewujudan kerajaanNya.
huh..tak payah fikir banyak sgt..dekatkan diri kpd Allah dulu,1stly,lawan segala hawa nafsu. Allah akan bagitau setiap satu rahsiaNya tanpa dia sedar.
wallahua'lam
yes of course.. ish3..kadangkala suatu tu kena fikir, agar dapat rod mana2 soalan dn pandangan luar... tafakkur menghasilkan hikmah..
Post a Comment