Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Friday, January 1, 2010

Jangan buat-buat tak tahu

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Hari ini 1 hb Januari. Semalam saya menerima banyak mesej berupa ‘wish for the new year’. Malahan ada sahabat sefikrah yang tidak ternafi turut bagi ‘wish’ tersebut. Bagi saya mereka terlupa sekejap bahawa new year kita bukanlah 1 Januari, tapi 1 Muharram. Justeru, saya tidak salahkan mereka.

Jika kita meneliti kalamuLLah, pastinya kita rasai bahawa Allah itu sangatlah pengasih. DIA lah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Benarlah jika kita katakan bahawa al-Quran itu panduan hidup yang membawa kesejahteraan. Setiap inci perbuatan kita sudah dipandu oleh kalamNya dan tidak dibiarkan terkontang-kanting tanpa panduan lantas di azab. Tidak wahai saudaraku.. Allah tidak begitu. Allah Yang Maha Adil sudah memaklumkan kita tentang fi’il perangai yang membawa kepada murkaNya, lalu mengkhabarkan kita tentang azab yang pedih yang bakal ditanggung sekiranya kita melanggari perintahnya, juga dengan berita gembira berupa syurga bagi yang menurut perintahNya. Hanya bagi mereka yang tidak mengambil ibrah dari segala makluman Allah itulah yang bakal berhadapan dengan seksa binasa,justeru tidak lah layak bagi mereka untuk mengatakan ‘’mereka tidak tahu’’ sedangkan panduan sudah ada di depan mata. Duit,internet,buku,kuliah di masjid dan sebagainya yang berupa jalan mencari hidayah sangatlah banyak. Hanya kita sahaja yang tidak ada zuq untuk hal tersebut.
Enak sekali ye saya berbicara.

Sahabat sekalian, teliti maksud firman Allah ini.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ‘’Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu berkata tentang sesuatu yang kamu sendiri tidak kerjakan?’’-surah as-Sof ayat 2
Ayat tersebut diikuti pula dengan firmanNya yang bermaksud : ‘’(hal itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.’’-surah as-Sof ayat 3

Cukuplah sekadar terjemahan ayat untuk memberi kesan yang mendalam kepada kita yang mengakui diri sebagai penyeru orang kepada kebaikan. Jika diselidiki tafsir, sabab nuzul dan sebagainya, pastinya sangat panjang dan itu tidaklah di bawah kemampuan saya sebagai anak yang baru belajar meniarap.

Malu sekali rasanya bila mengingatkan sejarah-sejarah perjalanan ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain yang sudah merelakan diri mereka dalam medan ilmu semenjak kecil lagi. Malah ada dalam kalangan mereka yang sudah diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa ketika umur 16 tahun.

Saya ingin membawa anda menyingkap kembali tentang diri kita. Gerun gementar rasa hati dikala dua ayat tersebut dibacakan. Pernahkah kita terfikir, apakah yang semua kita tulis ini kita amalkan? Atau jika kita ahli badan dakwah, adakah apa yang diberitahu terhadap mad’u kita selama ini kita kerjakan? Besar lagi tanggungjawab golongan pemimpin Islam. Sungguh menakutkan! Setiap patah yang kita keluarkan akan dipertanggungjawabkan kembali di akhirat nanti, bersediakah kita untuk menjawab setiap persoalan yang bakal dikemukan oleh Allah Rabbul Jalal?

Apakah kita ingin mengatakan bahawa kita ‘’tidak tahu’’ tentang perkara ini?
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqomah menyeru kepada kebaikan serta mencari kebaikan, di samping istiqomah mengamalkannya.

Wassalamualaikum warahmatuLLah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...