Assalamualaikum warahmatullah.
Andai tak tercapai impian,
Hidup mesti diteruskan,
Pahit mana pun,
Telanlah jua sebagai juadah,
Itulah tarbiahNya.
Apakah kita sebagai hambaNya,
Ingin menyalahkannya atas kekurangan kita,
Siapalah kita,
Kita hanya hamba abdi,
Sebagaimana yang diketahui,
Hamba abdi itu langsung tidak memiliki harta hatta diri sendiri,
Hingga tuannya boleh menyetubuhinya tanpa akad,
Itu dulu,
Di zaman kita sekarang,
jarang ditemui, malah mungkin dah tiada.
Dalam konteks kita sebagai hamba Allah,
Allah layak memperlakukan kita atas setiap irodahNya,
Ingin memuliakan kita,
atau menghinakan kita,
Maka persiapkan diri..
Untuk menerima segala ketentuannya.
Redha dan tenang,
Kerana itulah yang selayaknya bagi seorang hamba.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
''Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu penuhi (perintahKu) an beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka beroleh kebenaran.''-surah al-baqarah ayat 186.
Berdoalah. Lambat atau cepat itu telah dalam irodahNya,
Yang penting kita perlu yakin,
Bahawa Allah akan kabulkan,
Sebagaimana yang telah tersurat,
Jika bukan awal, lewat.
Jika bukan di dunia, di akhirat sana lah pula,
Dengan syarat,
Penuhi perintahNya dan beriman kepadaNya.
Motivasi untuk diriku, serta siapa-siapa yang Allah buka hatinya untuk dimotivasikan.
Bawalah hati kepada Allah.
Sesungguhnya Allah itu Maha Tahu apa yang ada dalam hati.
"ان الله عليم بذات الصدور"
Wassalamualaikum warahmatuLLah.
No comments:
Post a Comment