Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Friday, March 12, 2010

Husnu Az-zhon biLLah

Assalamualaikum warahmatuLLah.

‘’Yakinlah bilamana Allah tarik satu nikmat, akan hadir selepasnya nikmat yang lebih besar..’’

Jika tak hadir juga, itu tandanya Allah ingin menguji sejauh mana ‘’husnuzzhon’’ kita terhadapNYA..

Justeru, buat sesiapa sahaja yang sedang berhadapan dengan sesuatu yang tidak diimpi, sabar itu lebih aula baginya. ‘’Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar’’.. saya iqtibas dari kalamNya yang suci. Itu bukanlah sembarangan janji, melainkan janji dari ‘’al-wafi’’ yakni Allah.

‘’........boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu dan boleh jadi kamu jadi menyukai sesuatu padahal ia buruk bagimu, Allah lebih mengetahui sedangkan dirimu tidak mengetahui.’’-surah al-baqarah.

Selagi helaan nafas masih rancak maka selagi itulah kita perlu tabahkan diri untuk menjadi ‘’orang yang baik’’.

‘’Dunia itu ladang akhirat’’.....’’Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir’’. Tentu sekali kita pernah dengar akan nya. Kebenaran kata-kata nabi itu hanya mereka sahaja yang merasai, kerana perkara yang abstrak tidak mungkin mampu diterjemah.

Ibaratnya nikmat khusyu’. Mana mungkin seseorang yang merasainya boleh menggambarkan ‘kekhusyukan’ malah boleh jadi dia sendiri tidak menyedari khusyu’nya itu. Seperti juga lidah yang merasai manis. Apakah kita mampu membina ayat untuk menghuraikan rasa manis itu? Tentunya tidak.

Apakah yang anda rasai sekarang? Jika bersedih, sabarlah. Jika terlalu girang hati, maka cepat-cepatlah ubati, dan jika terlalu luluh hati seperti tidak mahu meneruskan hidup, maka ‘’sekiranya anda adalah orang yang meyakini bahawa Allah itu tidak membebani sesorang melainkan dengan apa yang mampu ditanggunginya,yakinlah bahawa anda masih hidup hari ini adalah kerana Allah mengetahui bahawa anda mammpuu..’’.Kuatkanlah hati.

Yang paling penting, HUSNUZZHON terhadap Allah.

Wassalamualaikum warahmatuLLah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...