Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Friday, March 12, 2010

Minggu yang....

Assalamualaikum warahmatuLLah.

AlhamduliLLah, summa alhamduliLLah.

Bersyukur kerana dalam seminggu sahaja, pelbagai perkara telah ditempuh. Suka, duka bercampur gaul semuanya.

7 Mac, mesyuarat pembentangan kertas kerja dasar untuk program kepimpinan bagi para exco dan ketua bilik aspuri MMP.....Allahu yassirna wa la tu’assir alaina

8 Mac, exam pertama kali bagi pelajar tingkatan enam, madah tauhid & mantiq, tafsir & ulum quran, serta nahu & sorof. Malamnya ada kelas.

9 Mac, exam quran & tajwid, Arudh qofiah, serta balaghah, walau bagaimana pun, exam tersebut di postpone kerana paginya perlu menghadiri ujian hafazan peringkat negeri di Balai Islam, Lundang.

10 Mac, exam MUET, Feqah & faraidh, hadis & Mustolah serta insya & Mutolaah. Malamnya ada kelas hafazan serta aktiviti untuk sambutan maulidurrasul secara besar-besaran untuk keesokan hari, jika tidak silap, 3 ekor lembu dan 2 ekor kambing ditumbangkan. Seronok melihat betapa hebatnya kerjasama yang ditonjolkan guru-guru maahad. Hehe. Melihatkan sudah ramai yang menolong guru-guru, saya hanya melakukan kerja ringan sahaja supaya keadaan tak bertambah serabut...padahal..........

11 Mac, awal pagi lagi datang ke sekolah untuk mengambil majalah an-Nur 2009 di bilik KO, di samping mencari ruang untuk bersendirian. Pagi itu, hati gundah gelana memandangkan hari tersebut keluarnya result SPM. Alhamdulillah, peratus spm 2009 ialah 100%, alhamdulillah juga kerana result tidak mengecewakan serta tidak terlalu layak dibanggakan.

Selesai catatan yang cukup mengembirakan serta menensionkan. Minggu yang cukup bermakna.

Wassalamualaikum warahmatuLLah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...