Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, March 20, 2010

Ceriakan hidup anda....


Assalamualaikum warahmatuLLah..

''Ceria bukan kerana ceria, tapi ceria untuk menceriakan.''

Indah sekali maksud yang tersirat dari kata-kata di atas, yang mana saya petik dari laman web saifulislam.com.. Di situ lah saya temui maksud ''erti hidup pada memberi'' sebagaimana yang terdapat pada papan pengatas laman web tersebut.

Bukankah kita akan turut bahagia tatkala melihat orang di sekeliling bahagia? Justeru itu, penat sepenat mana pun, atau bosan sebosan mana pun, ukirkanlah senyuman setulus mungkin serta jagalah bicara sebaik mungkin agar tenang hati orang di hadapan kita, tidak kira lah anak atau bapa, isteri atau suami dan sebagainya.

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bermaksud : ''Janganlah kamu memandang rendah akan suatu kebaikan walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu(kerana itu juga merupakan suatu kebaikan).''-(HR MUSLIM)

Tidak rugi bukan jika berlagak ceria walaupun hati sarat dengan kesedihan. Itulah yang pastinya, jika tidak percaya, cek lah akaun di bank anda, adakah berkurangan wang anda dengan melakukan sesuatu yang menceriakan orang di sekeliling?

Itulah yang ingin disampaikan, kita perlu belajar untuk menjadi ceria/bahagia/gembira
bukan kerana kita sememangnya sedang ceria/bahagia/gembira,tetapi kerana ingin menceriakan/membahagiakan/menggembirakan orang lain.

Wassalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...