Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, March 18, 2010

Sedikit sebanyak,mungkin 0.001% tentang al quran

Assalamualaikum warahmatuLLah.

..sunyinya hidup tanpa dua orang anak sedara yang kiut miut. Mereka pulang petang kelmaren terus senyap sunyi rumah. Iyalah, yang tinggal semuanya sudah dewasa dan low taste untuk buat bising. Cuma sekejap-sekejap ada lah sepupu sepapat yang datang membuat heboh disini. AlhamduliLLah, kedudukan rumah ni sangat strategik, yakni di tengah-tengah kawasan tempat tinggal saudara-mara. Maka mudahlah untuk mengadakan majlis atau sebagainya. Sebagai inisiatif lain, ayah telah menubuhkan lembaga koperasi Mellah Salleh bagi menjana kewangan setiap sedara-mara kami. Baru sahaja ditubuhkan, semoga segalanya berjalan lancar.insyaAllah..

Duk membaca buku tadi, saya banyak temui hadith-hadith Rasul tercinta berkisar tentang al-quran. Teringat pasal al-quran..Hm, tahun ni tiada rezeki untuk ujian hafazan peringkat kebangsaan memandangkan penyertaan terbatal di awal-awal pusingan lagi. Kata seorang hakim, saya tidak dibenarkan menyertai tahap yang sama memandangkan tahun lepas sudah pernah memenanginya. Actually, segalanya dalam perancangan Allah tersirat hikmah yang sangat besar..

Disini saya bawakan hadith yang sangat menarik.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, katanya RasuluLLah s.a.w bersabda yang bermaksud : ''Sesungguhnya orang yang tidak terdapat dalam rongga badannya (jaufihi) sesuatu pun dari al-quran adalah seperti rumah yang roboh.''-(Riwayat Tirmidzi dan katanya hadis hasan sahih)

Hmm..maksudnya tu pandai-pandailah fikir sendiri kerana ia jelas dan terang. Lagipun, saya bimbang untuk menghuraikan sesuatu secara dalam-dalam selagi belum mengkaji atau mempelajarinya. Selain tu..

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab r.a bahawa Nabi s.a.w brsabda yang bererti :''Sesungguhnya Allah mengangkat darjat beberapa golongan manusia dengan kalam ini dan merendahkan darjat golongan yang lain.''-(Riwayat Muslim)

Kata seorang guru, darjat disini ada dua yakni darjat disisi Allah serta darjat disisi manusia. Kadang-kadang ada yang ditinggikan darjatnya disisi Allah sedangkan dia pada pandangan manusia adalah seorang yang biasa. Kadang-kadang ada yang ditinggikan disisi Allah serta di sisi manusia juga sangat dimuliakan. Kadang-kadang ada yang ditinggikan di sisi manusia sedangkan di sisi Allah, dia sangatlah hina. Ini mungkin terjadi bagi mereka yang mencari kemegahan dunia serta mengharapkan pujian manusia dengan menggunakan kalamNya yang suci. Inilah yang dipanggil ujian tanpa disedari.

Dari Utsman Bin Affan r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ''Sebaik-baik kamu ialah yang belajar quran dan mengajarkannya.''-(HR Bukhari)

Justeru, ayuhlah sama-sama kita pelajari al-quran, bukan sahaja dari segi bacaannya..bahkan penafsirannya juga serta pelbagai cabang ilmu yang berkaitan dengannya dengan niat untuk mengajarnya pada orang agar sama-sama bisa mengamalkannya..

Suka saya nak terangkan di sini bahawa setiap ilmu itu tidak rugi jika dipelajari.. Mungkin ramai yang berpandangan bahawa tiada guna belajar ilmu tarannum lebih-lebih lagi bagi orang perempuan. Kenapa lah suka buat pandangan tanpa terlebih dahulu cuba mengkajinya.. Actually, tarannum boleh menghilangkan bosan kita ketika membaca alquran, apatah lagi bagi orang bukan arab seperti kita nih yakni orang melayu yang tidak memahami isi al-quran. Paling kurang, dapat menambahkan pahala bagi orang awam kerana mampu membaca dengan banyak tanpa jemu dalam sehari-hari.(dari langsung tak membacanya)

Manakala bagi pembaca yang memahami isi kandungan al-quran, tarannum boleh membawanya lebih menghayati atau dalam istilah lain,mendapat 'zuuq' serta membuatkan pendengar turut dapat mengagak ''tentang apa yang sedang mahu disampaikan oleh qori tersebut melalui bacaannya''...Yang malunya ialah apabila lagu yang dibuat bertentangan dengan maksud ayat yang dibaca..hehe(siapa??)..yang ni tidak apa jika dibaca di depan masyarakat kita, tapi jika dibacakan pada masyarakat arab, tentunya kena boo..

Teringat ketika hari pertama saya dalam kursus pemantapan hafazan di balai Islam tahun lepas, dalam kelas tarannum yang dikendalikan oleh ustaz zulhilmi, saya bertanya beliau ''apakah boleh orang perempuan bertarannum''.huh..betapa malunya saya yang kelihatan jahil tentang tarannum ketika itu. beliau tersenyum lantas menjawab. ''tarannum2 ni suara..mana mungkin orang nak baca quran tak keluarkan suara..just nak perelok sikit supaya tak serabut telinga mendengar''..Semakin kita pelajari ilmu sebegini, semakin kita rasai betapa teruknya bacaan kita yang sebelum-sebelum ini..Namun, jangan dilupa untuk terus mendalami isi kandungan al-quran.

mudah-mudahan ya. insyaAllah...

Wassalamualaikum warahmatuLLah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...