Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, July 10, 2010

Beruntunglah kita andai,,,


Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya dalam satu majlis ilmu :

“Siapakah agak-agaknya antara makluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab; para malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya (nabi-nabi). Tidak juga, kerana para anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf dan mereka juga adalah golongan yang maksum(terpelihara daripada membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang selepas kamu yang hidup tanpa melihat aku (kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka”.

Dalam riwayat hadis yang lain: Imam Ahmad,Imam Bukhari, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan bahawa ;

” beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku(Nabi hanya mengungkap sekali sahaja) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku” (diungkap baginda hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Bertuahlah jiwa kita andai tergolong dalam golongan yang dikatakan nabi s.a.w sebagai ''beruntung'', zahir pandangan kita tidak melihat nabi s.a.w, namun iman dan aqidah membawa hati kita seolah menatapnya. Sungguh indah semestinya paras rupa baginda, sebagaimana yang kita bisa koreksi dari kitab syamail, tak terkata lagi akhlak baginda s.a.w.. Justeru, tidak hairanlah para sahabat baginda r.a tidak mampu kehilangan nabi s.a.w..



Saya tahu anda merindui Rasulullah, saya juga begitu..

''Ya Allah, kumpulkanlah kami bersama Rasulullah s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat baginda r.a.''

2 comments:

Ibnu Azmi yang ke-2 said...

amiiiiiin!!!!!!

Anonymous said...

amin, ya rabb...
terima kasih atas tazkirah anti, pengubat hati ana yg seringkali terleka. bercucuran air mata tatkala membacanya.
terima kasih kerana menjadi kawan ana...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...