Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Friday, May 17, 2013

Bina insan

Having a strep throat..
Tapi tak demam, cuma sakit dia makin teruk sejak 4 hari.
Ya ALLAH..

Bila baca dekat website2 kesihatan, macam2 yang saya temui..
Kononnya boleh bawa pada jangkitan itu ini.
Apatah lagi bila nafas dah mula rasa perit..
Terkena jangkitan kat paru-paru kah?
Allah..

Perit sungguh rasa jiwa. Berkali-kali saya menangis di hadapan suami..
Bila selera pun merudum. Telan ubat pun sukar.
Paling membimbangkan takut2 'orang baru' turut terkena jangkitan.
Aha. macam2 kan kita fikir?

Saya muhasabah balik ketika saya nangis.
Saya sakit sini je, ada kawan saya yang asyik demam.. sakit belakang..migrain..
Ujian dia laaagi berat berganda dari saya..
Tapi dia tetap tabahkan hati tak nak makan ubat walaupun Doktor dah izinkan.
Kerana katanya bimbang apa2 berlaku pada bayi kandungannya bila makan ubat.
Migrain teruk macam mana pun?
Yup...dia sangat tabah..
Kenapa saya yang sedikit diuji ini mudah sekali mengalah?

Alhamdulillah.
Bila dah muhasabah, solat bersama suami. Kadang dalam sujud rasa nak menangis..
Memohon Allah ampunkan segala dosa yang lekat kat hati ini.

Feeling bersyukur. Hari ini segalanya dah berkurangan..
Makan juga berselera, mudah dan seronok..
________________________

Sahabat-sahabat.
Membina bait muslim atas dasar 'rumah' kecik kita inilah yang kita ingin bina di dalamnya insan-insan yang miliki kesedaran untuk Islam. Oh ye, mana-mana jemaaah Islam memang akan memegang kemas risalah-risalah tinggalan imam Hassan al-banna kan? Jadi mesti dah selalu dengar tentang ini.

Untuk ke arah itu, bukan semudah-mudah apa yang kita fikirkan.

1- Perlukan suami yang turut sama tahu tentang apa itu pembinaan fard muslim dan bait muslim
2- Perlukan suami isteri yang sama-sama memahami tentang tanggungjawab ini.
3- Perlukan suami isteri yang miliki ilmu tentang Islam
4- Perlukan suami isteri yang tekun dan sabar dalam mendidik - ahaha - ini yang susah.

So, hakikatnya pembinaan bait muslim dah bermula awaaaaaaaaal sejak kita belum kahwin lagi.
Yup, sejak kita memilih suami.

Jadi dia lah yang akan meneguhkan kita atas jalan ini dan acuan bagaimanakah yang kita sama-sama ingin letak pada anak-anak ^^

So, I tak pelik bila encik suami kata dia kalo boleh nak zaujah dia tak kerja lepas ni jika kerja dia cukup kuat untuk menanggung keluarga ^____________^ .. Biar didikan pada anak tu atas tangan zaujah sendiri bukan pengasuh bla bla.

Argh..!

Asalnya rasa sedih jap. Bila fikirkan...bagus jugak..
Dan dah rasa semangat untuk itu...
Cuma tentu sekali
Second plan ialah kerja ^______________^

Satu kerja yang best ialah : kerja kemasyarakatan.. kerja bersama muslimah... kerja cakap2 kat depan.. tu pun boleh lah.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...