Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, May 23, 2011

Tugas yang menakutkan


Nukilan seorang pelajar first year.

Sempit rasanya apabila setiap tingkah laku kita diperhatikan. Apatah lagi di facebook. Namun, sedikit sebanyak, itulah yang mendisiplinkan diri kita, membentuk akhlak yang benar-benar sebati dalam diri.

Mungkin permulaannya sangat pahit, namun pasti di pertengahannya ada tenang yang luarbiasa, dan di akhirnya ada kemanisan.
Lumrah seseorang yang berlatarbelakangkan pengajian agama, manusia sekeliling bagai cctv. Merakam segala gerak kerja, dan tatkala melihat sedikit kepincangan, mereka mula bising.

Tatkala kita mendiamkan diri, mereka mula tidak tentu arah, mula menimbulkan pertanyaan. ''Aii.. haritu punyalah semangat, sekarang dah senyap? takkan tak endah hal ehwal umat kot"

Bila mana kita lupa ayat quran, hadis, atau nama-nama kitab, mereka mula membuka mulut ..
''Macam mana ni, ilmu letak kat mana.. takkan dalil dot3 pun tak ingat..saya takpe la tak ingat, sebab saya jurusan dot3.. bukan shariah''

Bila mana melihat kita ditimpa musibah, mereka mula kata
''Ish3.. ni mesti ada wat hal yang Allah tak suka, orang berilmu yang tak amalkan ilmu, Allah balas 2kali ganda tau!"

Ish3. penat la macam ni.


Bila ugamawan dianggap malaikat..


Sebanyak mana pun seseorang itu menjaga dirinya, dia pasti tetap akan tersilap dalam certain tindakan, dia juga ada sifat lupa, dan dia juga manusia biasa, yang tidak lepas dari ujian. Lihatlah bagaimana para rasul dan nabi diuji. Ada yang diuji dengan kekufuran isteri, diuji dengan sakit, diuji dengan hinaan, dan sbgnya.. Jadi, jangan terus memandang serong pada mereka.

However,
--------------------------------------------------------
Seorang ugamawan itu,

nak tak nak, title yang telah sudi mereka tandatangani ini perlu dititik beratkan dalam kehidupan..title sebagai lepasan Jordan, lepasan UIA, USIM, lepasan Saudi, lepasan al-azhar, dan mana-mana tempat.. itulah title yang nampak gah di mata masyarakat.


Suka mahupun tak berapa suka, mereka perlu bersedia dengan pelbagai hujjah, baik dari al-quran mahupun hadis, kisah2 sirah, dan sebagainya.


Mahu tak mahu, mereka perlu hafal itu ini, perlu faham akan banyak perkara, baik politik, fekah, aqidah, tafsir dan sebagainya hatta ilmu bahasa.. bukan untuk tunjuk pandai, tapi supaya tidak tampak lemah di mata awam, supaya tempat galian ilmu itu tidak tercemar dengan ketidakcaknaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari.


Lagi-lagi bagi seorang lelaki, yang setiap harinya bakal berhadapan dengan awam. Baik di masjid mahupun luar masjid.


Ingatlah bahawa ALLAH memuliakan seseorang itu dengan ilmu. Namun, jika title itu dipegang, tapi jalan yang dilalui tidak seperti seorang yang berilmu, kehinaan lah yang bakal dia terima.

~Wallahi saya takut untuk pulang ke Malaysia nanti~ hehe [ ni stail orang arab, letak wallahi kat depan, untuk menguatkan lagi kata2 mereka, kalau wat kat Malaysia, habeslaa ]

-----------------------------------------------------
Tidak mengupdate blog bukan bermaksud tidak mengendahkan dunia sekeliling. Dunia luar merupakan gula garam kehidupan.

Hidup menyendiri yakni dengan hal sendiri, ibarat nasi kosong. Tiada rasa melainkan tawar. Nak kata tak sedap, tidak.. Nak kata sedap, pun tidak..
----------------------------------------------------

Terima kasih guruku kerana mengingatkan kembali padaku akan tugas dan tanggungjawab yang bakal ku tanggung sepulangnya ke Malaysia nanti. Bila sedar hal itu, mula rasa gundah. Banyaknya lagi nak kena faham betul-betul untuk memahamkan orang lain.. Last but not least, lakukan segalanya kerana Allah SWT.

"PENUNTUT CEMERLANG UMMAH GEMILANG"

MOOD KALI NI : exam yang membuatkan ku membaca, atau apa? muhasabah kembali

Friday, May 20, 2011

Bravo! mulakan langkah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah wa syukr lillah.

Dirinya telah memulakan langkah. Yes! tabik spring..

Ops silap.. ~alhamdulillah~

Saya, jelajah blog-blog orang.. dan melihat cara penulisan setiap orang.. Tidak kurang juga yang tidak update2..~bz~ bagus la.. tapi yang mengkritik penulisan orang lain pun banyak yang saya temui. hehe.

My friend, bukanlah seorang yang berminat dengan penulisan ilmiah berunsur keagamaan, walau bagaimanapun, dia suka menulis~kot~. Namun katanya, takut nak buat blog.. tak layak & sebagainya.. tak mcm org ni.. tulisan dia bagus je..

O no.. takpe.. buat je blog.. dari melayari video2 yang tak baik.. baik lagi menulis kan.. tulis pengalaman hidup di negara orang pun dah ok ape.. mana tahu ada orang yg dapat inspirasi.. mana tahu ada orang yang dapat tips2.. biarpun sedikit, tulislah..

Yang penting, penulisan itu tidak mencela, menuduh atau berunsurkan penghinaan terhadap mereka yang tidak sepatutnya.. juga bukan penulisan angan-angan kosong @ angan-angan yang mustahil tercapai..

Akhirnya.. dia miliki blog.. hehe..
----------------------------------------------------
~Pesal ni nak update blog PPMA tak rajin mana.. blog sendiri bleh plak update.. ~haish~.. sebenarnya....... lupa ngan tugasan mengupdate + tak tahu nak update apa, kalau ada qarar, mudah sikit.. kita tahu apa perlu buat ~~ haha.. maaf presiden dah marah..
----------------------------------------------------
Hehe.. buat kawan2 yang baru mulakan langkah.. teruskan usahamu! dalam banyak2 entry, pasti akan ada entry yg mampu memanfaati pembaca.. bittaufiq~

Wednesday, May 18, 2011

Antara dua alam ..



Saje tulis tak nak bagi hilang~tajuk tu tak reti nak buat~ dalil inayah yang paling memberi kesan pada diri, dan beberapa individu .. yang telah berjaya membuatkan mereka yang tidak bertuhan utk rasa bertuhan.. ~kata guruku
-----------------------------------------------
Sedari kebergantungan kita pada Allah.

Wahai diri sendiri dan sekalian peneliti yang miliki akal dan hati,

Fikirkan.

Apakah mungkin langit, udara, cahaya, pokok, haiwan dan laut(contohnya) bersepakat untuk memenuhi keperluan kita. Langit kadangkala mendung, meneduh dari terik kepanasan, kadangkala cerah, kadangkala gelap. Udara beralun, kadangkala panas, kadangkala sejuk. Pokok membesar, tumbuh dan berdaun, daun membekalkan oksigen, darinya lagi terbit buah-buahan menjadi santapan sehari-hari. Haiwan membiak, ada yang mati, lalu kulitnya bisa menjadi pakaian, ada yang dari dagingnya bisa menjadi makanan.

Semuanya memenuhi HAJAT kita.

Siapakah yang lebih mengetahui tentang kita dan keperluan kita? diri kita kah? sedangkan tatkala hormon berubah pun kita tidak ketahui, bilangan saraf sendiri pun kita tidak pasti..

Haiwankah yang lebih mengetahui tentang keperluan manusia? itu lagi mustahil...

Atau .. apakah mungkin ia berlaku secara kebetulan.. kebetulan pokok itu tumbuh sedemikian rupa, dan kebetulan manusia memang memerlukan pokok untuk bernafas... adeh.. peningkan? jadi, tolak 'kebetulan' itu.

Tidak dapat tidak, yakinilah bahawa setiap ciptaan di alam ini penciptanya hanya satu.. Itulah yang mencipta, dan mengetahui keperluan ciptaannya.. dan DIA pastinya bukan manusia, dan tidak sama dengan manusia.. DIA pastinya bukan haiwan, bukan pokok dan tidak sama dengan semua yang ada di alam ini..

Seorang pakar komputer, yang cipta komputer, dia pasti mengetahui fungsi komputer ciptaannya, dan jika berlaku sebarang kerosakan, kelembapan fungsi.. pakar tersebut pastinya mampu untuk mengubah suai dan membaikinya..

Justeru, Allah menciptakan alam ini sesuai dengan keperluan kita.. kerana DIA lah pencipta.. yang tahu, di mana lemah, dan di mana kuatnya kita.

---------------------------------------------

Allah tidak memerlukan kita, tapi kita sangat memerlukan DIA.

"wahai sekalian manusia, kamu lah yang memerlukan Allah...."[surah al-fatir : 15]

Terus mara lah dalam hidup ini tanpa asyik persoalkan, 'kenapa aku diciptakan'.. ia sedikit membazirkan waktu utk memberi jwapan demi jawapan. Sememangnya persoalan itu sudah dijawab dengan firman Allah s.w.t dalam surah az-zariyat ayat 56.

Mengabdikan diri kepada Allah.. tunduk patuh pada suruhannya.. merasai 'kewujudanNya' dalam setiap pergerakan, menyedari pemerhatianNya dalam setiap pekerjaan. Meletakkan keredhaanNya di tempat tertinggi dalam setiap perbuatan. Maka, pisahkan suatu amal itu dengan niat.. untuk menjadikan ia suatu ibadat kepada Allah s.w.t, bukan adat semata.

Alangkah indahnya jika peluang hidup di dunia ini kita isi dengan pelbagai inisiatif dalam mengenali pencipta. Agar di akhirat nanti, kita tidak terkapai-kapai tanpa cahaya. Diizinkan untuk melihatNya, percayalah firman Allah s.w.t dalam surah al-qiyamah ayat ke 22 dan 23.. Hari di mana, wajah mukmin bercahaya, menanti2 waktu untuk melihat tuhanNya. dan wajah orang yang tidak percaya Allah, ketika itu hitam legam, dan betis kanan bertaut dengan betis kiri dek ketakutan yang sangat.

Lakukan apa yang DIA suka, bukan bertanya perkara yang sudah sedia ada.

Berdepan lah dengan wajah dunia. Tetaplah memandangnya seburuk mana pun ia, dan andai ada keindahan yang sedikit, jangan sampai ia menyilaukan mata, hingga kaca mata kita tidak nampak akhirat.

"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang"[surah al-ghafir :55]

Perjalanan ini makin hampir ke penghujungnya. Bumi sudah tua, kezaliman berleluasa, wanita menyerupai lelaki kian ramai, begitu juga sebaliknya. Bencana di sini sana. Allah Allah..

Tetapkanlah lidahku ini menyebutMu di saat akhir hidupku.
Tetapkanlah hatiku mengingatiMu dalam sakit dan sihatku.

رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني . اللهم اغفر لي خطاياي وعمدي وجهلي وهزلي وكل ذلك عندي . اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت أنت المقدم وأنت المؤخر وأنت على كل شيء قدير

Terkesan dengan sebuah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w . sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari : 6035..

Sungguh, rahmat Allah dan keampunanNya lebih luas, melebihi keluasan dosa kita. Justeru, pintalah keampunanNya selagi hayat masih ada.

Friday, May 13, 2011

Boleh taqlid ke?


From : www.hjanhar.blogspot.com

BOLEH TAQLID KE?

Soalan: Assalamualaikum. Ustaz, ana ada satu persoalan. Dalam bab tauhid, ada perbincangan tentang orang yang bertaqlid dengan orang lain. Dalam ilmu fiqh, boleh tak kita bertaqlid dgn pendapat ulama’ atau guru-guru kita tentang hal-hal feqah? Syukran.

Mohd. Nawwar

Waalaikumussalam wa Rahmatullah.

1. Secara umumnya setiap muslim wajib mengetahui ilmu agama yang berkaitan fardhu ain. Tidak ada yang terkecuali mempelajarinya. Namun Allah SWT memerintahkan sebahagian manusia untuk lebih mendalami ilmu agama, meneliti dan menggali segala rahsia dan yang tersirat disebaliknya. Tidak semua orang akan sampai ke peringkat ini dan ia merupakan fadhilat Allah Azza wa Jalla yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 122:

Dan tidaklah orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap kumpulan di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

2. Oleh sebab itulah manusia itu terbahagi kepada beberapa peringkat, antaranya:
i. Mereka yang mempunyai kemampuan untuk berijtihad, boleh mengambil permasalahan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah daripada dalil-dalil syara’. Perbincangannya seperti dalam kitab-kitab Usul Fiqh, dan mereka ini adalah mujtahid mutlak.
ii. Mereka yang digelar mujtahid mazhab, iaitu yang tidak terkeluar daripada kaedah asas imamnya dan sentiasa terikat dengannya. Namun mereka sampai ke peringkat mampu berijtihad pada persoalan-persoalan yang tidak pernah dibincangkan oleh ulama’ mazhab yang sebelumnya. Seperti Imam al-Nawawi (676H) dalam fiqh al-Shafi’iyah dan imam Muhammad (189H) dalam fiqh al-Hanafiah.
iii. Dalam kalangan manusia ada yang mempunyai kemampuan untuk mempelajari permasalahan dan mengetahui dalilnya. Mereka dipanggil al-tabi’ (pengikut). Mereka mengetahui masalah dan dalil tetapi mengikut mazhab tertentu.
iv. Mereka yang selain daripada tiga kumpulan di atas, iaitu peringkat muqallid (yang bertaqlid).
3. Persoalan yang diajukan di atas bersangkutan dengan kumpulan keempat. Saya cuba untuk mempermudahkan agar dapat difahami dengan baik insyaAllah. Sebelum itu, perlulah kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan taqlid dan hukumnya.

4. Taqlid bermakud iltizam (komitmen) mengambil mazhab (pegangan) lain tanpa mengetahui dalilnya yang khusus. Oleh itu, jika seseorang mengambil kata-kata orang lain dengan mengetahui dalilnya secara jelas dan yakin, maka tidak dikira sebagai muqallid. Taqlid dianggap wujud sejak pada zaman sahabat lagi kerana tidak semua para sahabat berijtihad pada setiap permasalahan, sebahagian besar mereka ada yang bertanya kepada orang lain. Dalam kalangan sahabat yang masyhur dengan kekuatan ilmu adalah seumpama Saidina Umar al-Khattab, Ali bin Abu Talib, Saidah ‘Aishah, Ibn Umar, Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas Radhia Allahu ‘Anhum Ajma’in. Selain daripada mereka pula, bertanya di antara satu sama lain, beramal dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 7 bermaksud:

Maka bertanyalah kamu kepada ahlu al-zikri (mereka yang tahu) jika kamu tidak mengetahui.

5. Walau bagaimanapun, selepas zaman imam empat mazhab (Imam Abu Hanifah 150H, Imam Malik bin Anas 179H, Imam Shafie 204H dan Imam Ahmad bin Hanbal 241H) dan anak-anak murid mereka, taqlid telah tersebar dengan meluas. Antara mazhab yang masih kekal secara lengkap dari aspek permasalahan dan tersusun dari aspek usul adalah empat iaitu al-Hanafiah, al-Malikiah, al-Shafi’iyah dan al-Hanabilah. Orang ramai telah mengambil ijtihad-ijtihad salah satu daripadanya. Sekiranya kita mengikut pandangan mereka, bukan kerana mereka ma’sum (terpelihara daripada dosa dan silap), tetapi kerana mereka cukup syarat dan keahlian untuk berijtihad.

6. Taqlid dalam aqidah

Jumhur ulama’ usuluddin menyatakan tidak boleh taqlid dalam perkara aqidah, seperti dalam persoalan Allah wujud, esa dan membenarkan kerasulan nabi SAW. Dalam hal ini kita tidak boleh taqlid dengan orang lain. Wajib bagi kita untuk meneliti, berfikir dan tadabbur sendiri terhadap dalil-dalil yang boleh membawa kepada ilmu dan keyakinan serta ketenangan hati. Allah Azza wa Jalla mencela amalan taqlid dalam perkara aqidah, antara lain firmanNya dalam surah al-Zukhruf ayat 22:

(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja.

Selepas turun ayat 190 surah Ali ‘Imran, diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Telah turun ayat kepadaku malam tadi, celakalah bagi sesiapa yang membacanya tetapi tidak berfikir tentangnya. (Riwayat Ibn Hibban)

7. Taqlid dalam fiqh

Kebanyakan para ulama’ menyatakan bahawa bagi orang awam yang tidak sampai kepada peringkat ijtihad, wajib bertaqlid dengan para mujtahid dalam perkara furu’ (cabang) amalan syara’ seperti dengan mazhab yang empat. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 7 di atas. Imam al-Laqqani (1041H) berkata:

Maka wajib taqlid dengan yang lebih tahu daripada mereka. (al-Laqqani: Jauharah al-Tauhid)

Manakala sebahagian ulama’ lain menyatakan tidak wajib bertaqlid, sebaliknya hukum bertaqlid dalam perkara fiqh adalah harus. Ini kerana mujtahid yang diikut boleh jadi betul dan salah dalam ijtihadnya.

Sebahagian ulama’ pula menyatakan hukum bertaqlid dalam fiqh adalah haram. Ini adalah pendapat Ibn Qaiyyim (751H) dan al-Syaukani (1250H).

8. Selain itu, terdapat juga taqlid yang haram dalam fiqh, iaitu apabila mengambil kata-kata seseorang dan meletakkannya sebagai nas syara’ tanpa melihat kepada pandangan lain atau nas syara’ yang asal. Ini disepakati oleh para ulama’ sebagai haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn al-Qaiyim dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in.

9. Tidak dapat dinafikan bahawa para ulama’ yang sampai ke peringkat boleh berijtihad tidak hanya empat imam mazhab sahaja, bahkan terdapat juga para ulama’ yang lain. Jumlahnya tidak sedikit, antaranya Imam al-Auza’ie (157H) yang disemadikan di Beirut, Sufiyan al-Thauri (161H), Ibn ‘Uyainah (198H) dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun menurut majoriti ulama’ bahawa mazhab yang masih kekal hingga hari ini dengan buku-buku dan sistem yang teratur hanyalah empat sahaja. Itupun terdapat sebahagian ulama’ seumpama Ibn Abd al-Barr (463H) yang hanya mengira tiga sahaja, kerana mengklasifikasikan Imam Ahmad sebagai ulama’ hadith bukannya daripada fuqaha’. Kitab beliau berjudul al-Intifa’ fi Fadhail al-Thalathah al-Fuqaha’. Namun jumhur tetap mengkategorikan Imam Ahmad dalam kalangan para fuqaha’. Al-‘Allamah Imam al-Sowi berkata:

Tidak boleh bertaqlid dengan selain mereka (Imam empat mazhab) selepas disepakati (ijma’), kerana mazhab lain tidak dibukukan dan tidak terjaga. Berbeza dengan mereka (Imam empat mazhab) menguasai ilmu tentang kata-kata semua atau sebahagian besar para sahabat. Kaedah mazhab mereka diketahui dan mazhab mereka dibukukan. Pengikut-pengikut selepas mereka berkhidmat menghuraikannya dan ia jadi mutawatir. Seterusnya menjadi ikutan (taqlid) dalam perkara-perkara furu’ (cabang), kerana mazhab tidak mati dengan kematian pengasasnya.

10. Kesimpulannya, bagi mereka yang tidak tahu, bertanyalah kepada orang alim yang dipercayai keilmuan dan ketakwaannya. Manakala bagi yang ada kemampuan mempelajari dalil, menjadi tabi’ lebih utama daripada muqallid.

Kenapa ..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. hari ini dan semalam tempat tinggalku yang bernama Sweileh ini sejuk.. Hujan semalam dan hari ini.. memang tatkala musim panas, rindu kan musim sejuk.. tatkala musim sejuk, menanti2 musim panas.

Terkedu dengan seorang hamba Allah.. dia dan segerombolan kawan-kawannya meng add facebook ku sekian lama.. facebook dah cecah 1ribu lebih friends tanpa pernah ku add orang kecuali orang2 atasan.. rupanya baru kini ku sedar kenapa.. hehe.. rupanya desus mengatakan diri ini merupakan seorang bakal w----- dan pentaksub harakah Islamiyah.. haha.. tak kisah lah.. konfius, cmne ia bleh timbul ni?

Hmm..mungkin sebab banyak share video tuan guru nik aziz.. tp seriously, tak pernah cakap depan umum pun pasal w_ _ _ _ _ ... tu pelik ni.. kita pn tak mau amik kisah.

Rasa nak marah pun ada pd mulanya, membaca kritikan demi kritikan yang dilakukan. Satu tindakan yang silap telah ku lakukan, entah kenapa pergi berbalas hujah dengan mereka.. ish2. Ya Allah. walau ku sedar tiada guna berbalas hujah dan fakta, segerombolan mereka itu tetap tidak akan mengaku kalah, setiap kata2 yang dilontarkan berbaur emosi yang dahsyat, fakta yg keliru, dan cepat ubah tajuk. dan aku juga tak lepas dari emosi, cuma lipat ia kemas2 dengan buat senyuman camni ^^..huhu. tak perlu ambik kisah sebenarnya, sebab kita takde apa2.. mereka jgk takde apa2.. yakni, autoriti dlm masyarakat. wat malu je berperang dengan mereka, menampakkan ketidakmatangan dan kebudak-budakan.. ahaks. I'd stopped it.. inshaAllah..

------------------------------------------------
Ok.. hari ni jom bermuhasabah tentang diri kita.

Melihat gejala sosial yang makin menggila di Malaysia, rasa takut pun ada, rasa bersalah pun ada.

Takut dan bimbang, macam mana sepupu2ku yang kecik, yang remaja di Malaysia sekarang. Timbul satu kumpulan dahsyat yang seksi tahap gaban, pompuan la.. nak tiru korea.. dua muslim, dan yang lain kristian.. itu lah kumpulan official of gula-gula.. mami.. memang dahsyat la.. kita pun segan nak tengok.. dan bimbang sangat kalauu2 sepupu sepipi ku yang kecik2 dan remaja, terikut-ikut diorang..

Sebelum datang sini, di asrama sekolahku, ramai yg terpengaruh dengan shuffle.. iaitu tarian mende ntah.. waa.. sepupu ku yg laki pun dah mula try nak tiru2 shuffle ni.. bimbang eden..

Banyak lagi perkara yg kena update tentang kedhsyatan masalah sosial di Malaysia ni..

Tu la.. ada org tanya.. kenapa PAS bawah PR ni nak sangat menang pilihanraya.. asalkan undi mereka, ok.. kenapa PAS tak tekankan pengajian ilmu akidah, dakwah dan semua.... ni asyik main politik3.

Oho.. bukan gitu.yeke kita tak de penah wat seminar2 ilmu camtu.huhu. pepun, kita kena menang.. why? sebab kita tak nak akar yg rosak tu ada kat Mlaysia.. selagimana faktor utama iaitu media dan sistem pengajian yg byk sekular dipegang oleh mereka yg x de halatuju akhirat, habislah.. dakwah la banyak mana pun.. ia tetap berulang, masalah tetap berlaku.. bukankah baik jika kita buang akar tu, tanam biji baru.. siram dgn ukhuwwah, bajai dengan ilmu dan fikrah yg baik..

Dalam berita harian online 11/5/2011 ritu, katanya 'sekolah remaja hamil penuh'.. sob3.. akhirnya..

Hm.. kalau ikut sejarah.. 13 tahun merupakan zaman makki(Makkah).. tempoh pembentukan aqidah yang mantap, tempoh pembentukan ukhuwwah dan menyatukan fikrah.

Lalu.. tiba masanya, Rasulullah bersama rijal-rijalnya yang hebat membentuk sebuah negara Islam pertama iaitu di Madinah..

Ni menunjukkan bahawa.. persediaan pada pembentukan sebuah kerajaan Islam bukan mudah.. perlu pilih orang2 tertentu untuk dididik, diasuh dan ditarbiyah, hatta mampu meletakkan pengaruh yang baik dalam masyarakat sasaran.. apabila dah mantap bonor, maka.. kumpulkan mereka yg hebat2 ni, sama2 berganding bahu membina kerajaan Islam.. dan diriku tak nampak semua ni melainkan dalam P_ _

Wallahua'lam.. diriku sebenarnya tak tahu sangat pun.. nak mengundi pun tak layak lagi.. bercakap bukan tanda sokong.. tapi just fikir ikut logik.. akal yang Allah bagi ni.. guna kan ia untuk timbang antara keburukan dan kebaikan.. ngeh3.. jom gi kelas.. qadhaya al-qadha' wal qadar..

Thursday, May 12, 2011

[Flashback] Mau'izhoh Syeikh Syuaib & Ust2


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. puji-pujian bg Allah. Selawat dn salam ke atas Nabi Muhammad.. sallahualaihi wasallam.

Jalan-jalan mencari makan di blog2 sekalian sahabat2. Melihat dan meneliti perkembangan setiap insan, baik di Malaysia, Jordan, Mesir dan Saudi. Hari itu, diizinkan Allah untuk ke rumah as-syeikh pakar hadith, iaitu Syeikh Syuaib Arnouth di rumah beliau untuk talaqqi qawaid arabiah. Walaupun begitu, bukan qowaid semata2 yang ingin diri ini pungut dari beliau, tapi setiap patah nasihat, teguran, serta contoh2 ayat yang diberi oleh as-syeikh perlu diintabih. Kata-kata seorang ulamak, berbeza dengan kata2 seorang awam, atau seorang pakar runding.


Terpana, dan terfikir di benak, kenapa banyak sekali nasihat syeikh, berkisar tentang rumahtangga. Lagi yang ditanya ialah tentang pendirian jika diugut bunuh.. ingin mengambil rukhsah atau ingin mengambil maqam yg lebih tinggi iaitu syahid.. Walaupun ia suatu yang sukar, tp jawapan yang saya beri ialah ingin syahid.. wuu.. bukan seenak lidah menyebut, terasa seram sejuk.. btul ke aku ni? ke perasan je lebih? Sebuah hadis indah dibaca oleh syeikhuna.. yang bermaksud,

Rasulullah saw telah bersabda : “Roh-roh para syuhada berada dalam perut-perut burung hijau, memiliki sarang yang bergelantungan dibawah Arsy. mereka berputar didalam syurga sekehendak burung-burung tersebut, lalu kembali kesarangnya. Lantas Robb mereka (Allah SWT) melihat sembari menawarkan : “adakah kalian menginginkan sesuatu (nikmat lain)?, mereka menjawab; apalagi yang kami inginkan, sedang kami bebas berkeliling didalam surga?.... " (panjang lagi) [Riwayat Imam Muslim] ..

Itu merupakan sebuah hadis yang diceritakan oleh Abdullah ibn Mas'ud ketika mentafsirkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang terbunuh di jalanNya itu mati, padahal mereka hidup, di sisi tuhan mereka diberi rezeki melimpah ruah".[surah ali-imrah :169]
"

--------------------------------
Huhu.. terbaru, sbelum lupa, ada satu nasihat yang boleh kita ambil ibrah dari hadis ini..
peringatan utk diri sndiri dn sume.

Sebuah hadis nabi s.a.w, dari Nu'man bin Basyir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'"

Hadis ini diletakkan di bawah kitab al-iman dalam soheh al-bukhari, menunjukkan bahawa "menjaga diri dalam perkara syubhat/diragui" itu merupakan antara tanda2 kesempurnaan iman, atau menunjukkan sejauh mana tahap keimanan seseorang.

Orang yang menjaga diri daripada perkara2 diragui(halal atau haram) biasanya kita panggil mereka sbg "warak".. memang tepat sekali penggunaannya. Tp yang silapnya ialah.. "ورعد وبرق" .. saya time kecik dulu selalu je guna kalimah tu bila nampak orang2 baik lalu depan mata..nak kata org tu warak, tp selalu trsasul bg ayat 'warokdun wabarqok'.. huhu.. sedangkan maknanya jauh sekali.. lain truih.. ~jgn main2 lg yer ngan ayat quran~

Kata Imam Ibn Hajar rahimahullah ktika mensyarahkan hadis tersebut dlm kitabnya fathul bari,
"perkara syubhah itu tidak diketahui(hukumnya) samada ia halal atau pun haram, maka sepatutnya ia dijauhi, krn, sekiranya ia (ketika itu) adalah haram, maka kita sudah terlepas dari melakukan perkara haram, sekiranya ia(ketika itu) adalah halal, maka inshaAllah kita diganjari atas niat yg ini(menjauhi perkara syubhah)"

Kata Dr 'Alauddin al-adawi : "Hadis ini menunjukkan betapa Allah menjaga dua perkara; kehormatan (hubungan dgn manusia) dan agama(hubungan dgn Allah).. di sisi manusia, dia sudah terlepas dari terkena celaan dn hinaan, di sisi Allah, dia dapat kemuliaan yg org biasa tidak kecapi.."

Teringat sebuah kisah .. berkisar tentang Imam al-Haramain[gelaran].. nama beliau Imam Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf Al-Juwaini (419-478 H), seorang ulama besar mazhab syafie.. abad ke-5 hijriah.


Ayahnya (Imam Abdullah bin Yusuf al-Juwaini) sangat jaga pertumbuhan anaknya seblum anak itu dilahirkan lg. Sejak kahwin, ayah imam alharamain selalu memastikan nafkah yang diberikan kepada isterinya benar-benar halal dan bersih dari syubhah, apatahlg haram. Dan setelah anaknya lahir, ia juga tidak pernah mengizinkan orang lain menyusukan anaknya selain isterinya. Hal ini untuk memastikan tubuh anak itu tidak bercampur sesuatu yang tidak dapat dipastikan halalnya.

Dceritakn bahwa suatu hari ayahnya pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya tak sihat. Tengok2 seorang jirannya sedang menyusui anaknya yang sedang menangis. Marahlah si ayah lalu membalikkan tubuh bayi itu, menekan perutnya, bahkan memasukkan jari ke dalam mulut bayi itu sehingga dimuntahkan balik apa yang diminumnya... hoho.. tengok.. bagaimana pembentukan seorang ulamak besar.. rupanya mak ayah dia pun sangat hebat.. [kredit to ust anhar sbb cerita psl ni]

Grr.. kalau ada anak nnti, memang kena jaga giler2 la ye.. saya perhatikan anak2 ust phd sini.. pergi kedai, diorang cek dulu ingredients pada setiap makanan yang diorang nak beli khususnya coklat2.. pastu siap tegur kami lagi bila tengok ada ingredients yg tak patut..

"Kakak, yang ni takleh beli lah, ada E322"(contoh ayat diorang time tegur kami) [ni time jaga diorang ketika mak ayah diorang pergi haji tahun lepas]..

mashaAllah.. cukup kagum.. dan cukup memberi inspirasi pada diri.. !

Kesimpulan dari penulisan hari ni [flashback] :

1- Stiap orang sangat patut utk mengimpikan syahid d jalan Allah..

2- Rumahtangga.. perkara yang perlu dirancang dari awal.. tapi perlu difikir sepenuhnya apabila hampir masanya..

3- Jaga diri dari perkara syubhah.. makan ke minum ke, ambil sesuatu ke, berkata sesuatu ke, else..

Wallahua'lam

Tuesday, May 10, 2011

Marah - Maaf [2M]

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, praise to Allah.. kesyukuran tak trhingga krn masih lagi bernafas dalam keimanan dan keIslaman.

Hoho.. cari gaduh.. dua perkataan ini langsung tak terbit .. dan kalau boleh memang tak nak diterbitkan pun.. yee. memang wanita itu penuh dgn emosi.. tapi kesedaran kita akannya mampu utk mengawal emosi tersebut.. biarpun dimarahi.. biapun dikeji.. diuji.. dan sbgnya..

"Menahan marah" ..

Terapi terbaik dalam menahan marah ialah memuji, mendoakan orang yg nak dimarahi.. walaupun mungkin dalam sesetengah part, pujian dan doa itu diiringi genggaman gigi dan tangan yg dikepal membentuk penumbuk.. haha..

Tapi bagi yang kena marah.. cara terbaik utk hentikan amarah orang ialah dengan meminta maaf.

Di sini Allah mengkhabarkan sifat mereka yang beriman..

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ 37

Firman Allah s.w.t :
"dan orang2 yg menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, apabila mereka marah, mereka segera memberi maaf."[surah as-syura : 37]

dan dalam ayat ini mengkhabarkan ciri-ciri orang yg bertaqwa..


الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِى السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Firman Allah s.w.t yg bermaksud :
"dan orang-orang yang menginfaqkan hartanya baik ketika senang mahupun susah, dan para mereka yang menahan kemarahannya serta yang memaafkan kesalahan manusia lain. sungguh Allah menyintai mereka yang melakukan kebaikan."[Surah Ali-Imran,3 : 134]

Huhu.. kalau tengok.. ayat menahan marah dan memaafkan kesalahan orang sentiasa bersama.. Jelas sekali sign dari al-Kholiq(pencipta) yang mengetahui akan makhlukNya .. bahawa kita, ketika marah, sukar sekali utk memaafkan(walaupun orang dah minta maaf).. apatah lagi apabila "berkuasa" time itu.. tapi bagi certain manusia, dgr je lafaz minta maaf, sejuk truih hati depa..

Cntohi Rasulullah s.a.w ketika Fath Makkah (thun ke 8h bln ramadhan).. time tu, boleh je nak balas balik kejahatan kuffar quraisy yg menyakiti baginda dan para muslimin sebelum ni.. tapi jalan termudah Rasulullah pilih ialah memaafkan..


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - أَوْصِنِى . قَالَ « لاَ تَغْضَبْ » . فَرَدَّدَ مِرَارًا ، قَالَ « لاَ تَغْضَبْ »
Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya seorang lelaki berkata pada Nabi s.a.w, " nasihatilah aku". Maka sabda Nabi s.a.w : "Jangan marah(tahanlah marahmu)" dan Nabi s.a.w mengulanginya beberapa kali. [diriwayatkan oleh Imam bukhari : 6116]

Agak-agaknya lah, kalau kita bertemu Nabi s.a.w dan diberi peluang untuk minta nasihat dari baginda, apakah nasihat yang bakal kita terima dari baginda?? huhu..

Ngeee.. mudah-mudahan Allah jadikan kita org yg sejuk ammarahnya.. tidak berdendam.. dan mudah memaafkan orang lain. Orang tenang dengan kita, kita juga tenang dgn mereka.. ketenangan hakiki hanya dari Allah.. dan ia terbit bagi mereka yang mampu menenangkan diri.

~klo kena marah..apa nak wat ye? .. sabar ke merajuk ke cmne? .. hmm.. pandangan saya, depend pada si pemarah tu, kalau dia dikenali sbg pemarah tegar, jangan sesekali membalas balik. kelak, api akan membara.. mintak maaf cukup la.. kalau dia dikenali sbg seorang yg sejuk tp marah tiba2, boleh je tegur slow2.. sebaiknya, cuba utk tidak menjawab.. diamkan diri sudah ler.. ~ pokoknya, org yg bersalah perlu minta maaf..

Monday, May 9, 2011

Syeikh Faisal al-Mawlawi Rahimahullah


Pada hari Ahad, 8hb. Mei 2011 lalu, telah meninggal dunia Syeikh Faisal Mawlawi pemimpin al-Jama’ah al-Islamiyyah di Lubnan pada usia sekitar tujuh puluh tahun. Faisal Mawlawi adalah seorang qadhi, faqih, penasihat, pemikir dan pendakwah Islam. Namanya sudah masyhur dikenal di Lubnan, malah dunia Arab, Islam dan juga Eropah.

Beliau adalah kelahiran tahun 1941 di bandar Tarabulus, Lubnan, dan merupakan salah seorang aktivis Islam yang paling menonjol di Lubnan. Beliau pernah menjadi ketua Persatuan Pendidikan Islam, Lubnan, berkhidmat sebagai setiausaha am bagi al-Jama’ah al-Islamiyyah, Lubnan, presiden Bait al-Da’wah wa al-Du’at sejak ia ditubuhkan pada tahun 1990 dan juga ahli jawatankuasa pengurusan Persidangan Islam Nasional.

Syeikh Mawlawi telah menamatkan pengajian undang-undang di Fakulti Undang-Undang di Universiti Lubnan, dan pengajian Syariah Islam di Fakulti Syariah di Universiti Dimasyq, Syria. Beliau telah menerima sarjana muda undang-undang dari Universiti Lubnan, Fakulti Undang-undang dan Sains Politik pada tahun 1967, sarjana muda Syariah Islam dari Universiti Dimasyq, Fakulti Syariah pada tahun 1968, dan sijil pengajian lanjutan dari Universiti Sorbonne di Paris. Beliau juga pernah meraih anugerah penceramah Islam terbaik dari Majlis Antarabangsa Pemuda Islam di Riyadh.

Allahyarham telah menjawat pelbagai jawatan, antaranya sebagai hakim syar’i di Lubnan pada tahun 1968, dan kemudian bertukar-tukar tugas antara mahkamah-mahkamah syariah rendah di Rasyaya, TripolidanBeirut. Kemudian dilantik sebagai penasihat di Mahkamah Syariah Tinggi di Beirut pada tahun 1988 dan terus tetap dengan jawatan tersebut sehinggalah beliau bersara pada tahun 1996. Beliau memegang gelaran "hakim kehormat dengan pangkat penasihat". Syeikh Faisal Mawlawi telah mengasaskan di Perancis Kesatuan Islam dan Kolej Pengajian Islam Eropah, dan menjadi mursyid agama bagi Kesatuan Organisasi-organisasi Islam di Perancis dan kemudian di Eropah sejak tahun 1986 sampailah beliau meninggal dunia.

Beliau turut memberikan sumbangan dalam pembentukan Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah di United Kingdom pada bulan Mac 1997, di bawah pimpinan Syeikh Yusuf al-Qaradawi. Beliau dipilih oleh Majlis Antarabangsa Pemuda Muslim sebagai pendakwah Islam terbaik di Eropah dan dianugerahkan dengan anugerah kehormatan.Beliau menjadi dekan pengasas bagi Kolej Pengajian Islam Eropah di Perancis sejak ditubuhkan pada tahun 1990. Ia adalah sebuah institusi bagi pengajian Islam yang bertaraf universiti dan dikhususkan untuk golongan muslim Eropah. Beliau terus dengan jawatan tersebut sehingga tahun 1994. Semasa meninggal dunia, beliau masih sebagai naib presiden Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah.

Di antara buku-buku yang ditulisnya ialah:

  1. تيسير فقه العبادات (tentang fiqh ibadah)
  2. دراسات حول الربا والمصارف والبنوك (tentang riba dan perbankan)
  3. أحكام المواريث، دراسة مقارنة (tentang fara’idh)
  4. الأسس الشرعية للعلاقات بين المسـلمين وغير المسلمين (tentang hubungan antara Muslim dan non-Muslim)
  5. نظام التأمين وموقف الشريعة منه (tentang insurans).
  6. سلسلة مبادئ التربية الإسلامية للمرحلة الابتدائية (Siri Asas-Asas Pendidikan Islam Peringkat Rendah - 5 juzuk)
  7. سلسلة التربية الإسلامية للمرحلة المتوسطة (Siri Pendidikan Islam Peringkat Menengah - 4 juzuk)
  8. موقف الإسلام من الرقّ (Pendirian Islam terhadap perhambaan)
  9. نبوّة آدم (Kenabian Adam)
  10. المرأة في الإسلام (Wanita dalam Islam)
  11. حكم الدواء إذا دخل فيه الكحول (tentang hukum ubat beralkohol)
  12. السلام على أهل الكتاب (Salam ke atas Ahli Kitab)
  13. المفاهيم الأساسية للدعوة الإسلامية في بلاد الغرب (tentang asas-asas dakwah di negara-negara Barat)
  14. أثر انهيار قيمة الأوراق النقدية (Kesan keruntuhan nilai wang kertas).

Rujukan:

  1. almoslim.net
  2. alrabita.info
From : www.ibnufathani.blogspot.com

Sunday, May 1, 2011

Selami jiwa mereka

Gambar sefamily sebelum bertolak ke lapangan terbangggggg tahun lepas:( tahun ni akan bertambah seramai 3 org lg budak2..~ni mood rindu~

Alhamdulillah wa syukr lillah.. selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad tercinta.

Sudah menjengah bulan Mei 2011.. Masa begitu cepat berlalu tanpa disedari. Datang ke Jordan bulan 9 tahun lepas, maksudnya sudah 8 bulan saya di bumi bertuah ini. Dilepaskan oleh ibu dan ayah ke sebuah negara yang mereka sendiri belum pernah jejaki. Alhamdulillah. terima kasih buat mereka.. Doa sentiasa dipanjatkan moga2 suatu masa nanti, saya sempat membawa mereka ke sini, iaitu tempat saya menuntut ilmu sekarang, bagi peluang pada ayah merasai bercakap sndiri dengan orang arab.. bahasa cina ayah dah bleh praktis.. bahasa arab je belum..hehe.. serta sempat menghadiahkan mereka sebuah tiket mencari DIA di tanah suci Makkah.. Ameen ya Robb.. Moga Allah permudahkan segalanya..

Catatan kali ini merupakan suatu yang takkan terhenti.. Itulah cinta dan kasih sayang ibu dan ayah. Betapa ramai remaja cerdik pandai kini merendah2kan ibubapa, tidak lagi berkehendakkan pandangan mereka kerana taraf pendidikan mereka tidak seperti kita, menasihati mereka tanpa uslub(cara) yang tepat.. Ish2.. sombong sungguh!

Paling kurang, dalam berbuat sesuatu, pintalah pandangan mereka agar mereka rasa dihargai. Berbicaralah dengan mereka seolah kita ini masih seperti dulu, memerlukan bimbingan dan pandangan mereka..

Tidak kasihankah kita pada ibubapa? dilepaskan untuk belajar di universiti, tamat belajar, dilepaskan sekali lagi utk hidup berkeluarga.. lalu,tinggallah ibubapa kembali berdua, kembali sebagaimana asal mereka.. dan kita, hidup beranak pinak, jauh dari mereka, pulang hanya ketika raya dan cuti :)

Silih berganti.. bagai pasang dan surut.. bagai sejuk dan panas.. bagai cerah dan gelap..

Kita sebagai anak-anak, kadang-kadang lupa untuk menyelam jauh ke dasar hati ibubapa.. ibubapa yang masih muda tu takda masalah lah. tapi ibubapa yang dah berusia, bagaimana kira ya?

"Apakah yang mereka rasai sekarang?" "Apakah yang mereka lakukan skrg?" "Bosankah mereka di sana?" "Sunyikah mereka?"..

Mak pandang ayah, ayah pandang mak.. lalu saling tersenyum.. sungguh, kehidupan tanpa anak-anak sangat menyepikan..

Jangan prnah tinggalkan mereka..
Sayangi mereka selagi hayat mereka masih ada..
Pinta lah pandangan dan adu lah sesuatu pada mereka..
Jangan pernah lupa utk mendoakan mereka sepanjang masa..

Kita lah aset ibu ayah.. aset mereka utk perpindahan ke alam lain.. Jadilah sebaik-baik aset yang bisa mereka banggakan di akhirat nanti..!!

~Cewahh semangat tu.. semangat nak berbakti.. semangat nak salurkan pahala2 dan redha buat mereka.. moga2 di akhirat nnti, mereka dan kita tidak tegolong dalam golongan muflis~ameen..

Jom upgrade cinta dan ksih sayang pada mak ayah..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...