Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, May 18, 2011

Antara dua alam ..



Saje tulis tak nak bagi hilang~tajuk tu tak reti nak buat~ dalil inayah yang paling memberi kesan pada diri, dan beberapa individu .. yang telah berjaya membuatkan mereka yang tidak bertuhan utk rasa bertuhan.. ~kata guruku
-----------------------------------------------
Sedari kebergantungan kita pada Allah.

Wahai diri sendiri dan sekalian peneliti yang miliki akal dan hati,

Fikirkan.

Apakah mungkin langit, udara, cahaya, pokok, haiwan dan laut(contohnya) bersepakat untuk memenuhi keperluan kita. Langit kadangkala mendung, meneduh dari terik kepanasan, kadangkala cerah, kadangkala gelap. Udara beralun, kadangkala panas, kadangkala sejuk. Pokok membesar, tumbuh dan berdaun, daun membekalkan oksigen, darinya lagi terbit buah-buahan menjadi santapan sehari-hari. Haiwan membiak, ada yang mati, lalu kulitnya bisa menjadi pakaian, ada yang dari dagingnya bisa menjadi makanan.

Semuanya memenuhi HAJAT kita.

Siapakah yang lebih mengetahui tentang kita dan keperluan kita? diri kita kah? sedangkan tatkala hormon berubah pun kita tidak ketahui, bilangan saraf sendiri pun kita tidak pasti..

Haiwankah yang lebih mengetahui tentang keperluan manusia? itu lagi mustahil...

Atau .. apakah mungkin ia berlaku secara kebetulan.. kebetulan pokok itu tumbuh sedemikian rupa, dan kebetulan manusia memang memerlukan pokok untuk bernafas... adeh.. peningkan? jadi, tolak 'kebetulan' itu.

Tidak dapat tidak, yakinilah bahawa setiap ciptaan di alam ini penciptanya hanya satu.. Itulah yang mencipta, dan mengetahui keperluan ciptaannya.. dan DIA pastinya bukan manusia, dan tidak sama dengan manusia.. DIA pastinya bukan haiwan, bukan pokok dan tidak sama dengan semua yang ada di alam ini..

Seorang pakar komputer, yang cipta komputer, dia pasti mengetahui fungsi komputer ciptaannya, dan jika berlaku sebarang kerosakan, kelembapan fungsi.. pakar tersebut pastinya mampu untuk mengubah suai dan membaikinya..

Justeru, Allah menciptakan alam ini sesuai dengan keperluan kita.. kerana DIA lah pencipta.. yang tahu, di mana lemah, dan di mana kuatnya kita.

---------------------------------------------

Allah tidak memerlukan kita, tapi kita sangat memerlukan DIA.

"wahai sekalian manusia, kamu lah yang memerlukan Allah...."[surah al-fatir : 15]

Terus mara lah dalam hidup ini tanpa asyik persoalkan, 'kenapa aku diciptakan'.. ia sedikit membazirkan waktu utk memberi jwapan demi jawapan. Sememangnya persoalan itu sudah dijawab dengan firman Allah s.w.t dalam surah az-zariyat ayat 56.

Mengabdikan diri kepada Allah.. tunduk patuh pada suruhannya.. merasai 'kewujudanNya' dalam setiap pergerakan, menyedari pemerhatianNya dalam setiap pekerjaan. Meletakkan keredhaanNya di tempat tertinggi dalam setiap perbuatan. Maka, pisahkan suatu amal itu dengan niat.. untuk menjadikan ia suatu ibadat kepada Allah s.w.t, bukan adat semata.

Alangkah indahnya jika peluang hidup di dunia ini kita isi dengan pelbagai inisiatif dalam mengenali pencipta. Agar di akhirat nanti, kita tidak terkapai-kapai tanpa cahaya. Diizinkan untuk melihatNya, percayalah firman Allah s.w.t dalam surah al-qiyamah ayat ke 22 dan 23.. Hari di mana, wajah mukmin bercahaya, menanti2 waktu untuk melihat tuhanNya. dan wajah orang yang tidak percaya Allah, ketika itu hitam legam, dan betis kanan bertaut dengan betis kiri dek ketakutan yang sangat.

Lakukan apa yang DIA suka, bukan bertanya perkara yang sudah sedia ada.

Berdepan lah dengan wajah dunia. Tetaplah memandangnya seburuk mana pun ia, dan andai ada keindahan yang sedikit, jangan sampai ia menyilaukan mata, hingga kaca mata kita tidak nampak akhirat.

"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang"[surah al-ghafir :55]

Perjalanan ini makin hampir ke penghujungnya. Bumi sudah tua, kezaliman berleluasa, wanita menyerupai lelaki kian ramai, begitu juga sebaliknya. Bencana di sini sana. Allah Allah..

Tetapkanlah lidahku ini menyebutMu di saat akhir hidupku.
Tetapkanlah hatiku mengingatiMu dalam sakit dan sihatku.

رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني . اللهم اغفر لي خطاياي وعمدي وجهلي وهزلي وكل ذلك عندي . اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت أنت المقدم وأنت المؤخر وأنت على كل شيء قدير

Terkesan dengan sebuah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w . sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari : 6035..

Sungguh, rahmat Allah dan keampunanNya lebih luas, melebihi keluasan dosa kita. Justeru, pintalah keampunanNya selagi hayat masih ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...