Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. puji-pujian bg Allah. Selawat dn salam ke atas Nabi Muhammad.. sallahualaihi wasallam.
Jalan-jalan mencari makan di blog2 sekalian sahabat2. Melihat dan meneliti perkembangan setiap insan, baik di Malaysia, Jordan, Mesir dan Saudi. Hari itu, diizinkan Allah untuk ke rumah as-syeikh pakar hadith, iaitu Syeikh Syuaib Arnouth di rumah beliau untuk talaqqi qawaid arabiah. Walaupun begitu, bukan qowaid semata2 yang ingin diri ini pungut dari beliau, tapi setiap patah nasihat, teguran, serta contoh2 ayat yang diberi oleh as-syeikh perlu diintabih. Kata-kata seorang ulamak, berbeza dengan kata2 seorang awam, atau seorang pakar runding.
Terpana, dan terfikir di benak, kenapa banyak sekali nasihat syeikh, berkisar tentang rumahtangga. Lagi yang ditanya ialah tentang pendirian jika diugut bunuh.. ingin mengambil rukhsah atau ingin mengambil maqam yg lebih tinggi iaitu syahid.. Walaupun ia suatu yang sukar, tp jawapan yang saya beri ialah ingin syahid.. wuu.. bukan seenak lidah menyebut, terasa seram sejuk.. btul ke aku ni? ke perasan je lebih? Sebuah hadis indah dibaca oleh syeikhuna.. yang bermaksud,
Rasulullah saw telah bersabda : “Roh-roh para syuhada berada dalam perut-perut burung hijau, memiliki sarang yang bergelantungan dibawah Arsy. mereka berputar didalam syurga sekehendak burung-burung tersebut, lalu kembali kesarangnya. Lantas Robb mereka (Allah SWT) melihat sembari menawarkan : “adakah kalian menginginkan sesuatu (nikmat lain)?, mereka menjawab; apalagi yang kami inginkan, sedang kami bebas berkeliling didalam surga?.... " (panjang lagi) [Riwayat Imam Muslim] ..
Itu merupakan sebuah hadis yang diceritakan oleh Abdullah ibn Mas'ud ketika mentafsirkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Janganlah kamu mengira bahawa mereka yang terbunuh di jalanNya itu mati, padahal mereka hidup, di sisi tuhan mereka diberi rezeki melimpah ruah".[surah ali-imrah :169]
"
--------------------------------
Huhu.. terbaru, sbelum lupa, ada satu nasihat yang boleh kita ambil ibrah dari hadis ini..
peringatan utk diri sndiri dn sume.
Sebuah hadis nabi s.a.w, dari Nu'man bin Basyir r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.'"
Hadis ini diletakkan di bawah kitab al-iman dalam soheh al-bukhari, menunjukkan bahawa "menjaga diri dalam perkara syubhat/diragui" itu merupakan antara tanda2 kesempurnaan iman, atau menunjukkan sejauh mana tahap keimanan seseorang.
Orang yang menjaga diri daripada perkara2 diragui(halal atau haram) biasanya kita panggil mereka sbg "warak".. memang tepat sekali penggunaannya. Tp yang silapnya ialah.. "ورعد وبرق" .. saya time kecik dulu selalu je guna kalimah tu bila nampak orang2 baik lalu depan mata..nak kata org tu warak, tp selalu trsasul bg ayat 'warokdun wabarqok'.. huhu.. sedangkan maknanya jauh sekali.. lain truih.. ~jgn main2 lg yer ngan ayat quran~
Kata Imam Ibn Hajar rahimahullah ktika mensyarahkan hadis tersebut dlm kitabnya fathul bari, "perkara syubhah itu tidak diketahui(hukumnya) samada ia halal atau pun haram, maka sepatutnya ia dijauhi, krn, sekiranya ia (ketika itu) adalah haram, maka kita sudah terlepas dari melakukan perkara haram, sekiranya ia(ketika itu) adalah halal, maka inshaAllah kita diganjari atas niat yg ini(menjauhi perkara syubhah)"
Kata Dr 'Alauddin al-adawi : "Hadis ini menunjukkan betapa Allah menjaga dua perkara; kehormatan (hubungan dgn manusia) dan agama(hubungan dgn Allah).. di sisi manusia, dia sudah terlepas dari terkena celaan dn hinaan, di sisi Allah, dia dapat kemuliaan yg org biasa tidak kecapi.."
Teringat sebuah kisah .. berkisar tentang Imam al-Haramain[gelaran].. nama beliau Imam Abdul Malik bin Abdullah bin Yusuf Al-Juwaini (419-478 H), seorang ulama besar mazhab syafie.. abad ke-5 hijriah.
Ayahnya (Imam Abdullah bin Yusuf al-Juwaini) sangat jaga pertumbuhan anaknya seblum anak itu dilahirkan lg. Sejak kahwin, ayah imam alharamain selalu memastikan nafkah yang diberikan kepada isterinya benar-benar halal dan bersih dari syubhah, apatahlg haram. Dan setelah anaknya lahir, ia juga tidak pernah mengizinkan orang lain menyusukan anaknya selain isterinya. Hal ini untuk memastikan tubuh anak itu tidak bercampur sesuatu yang tidak dapat dipastikan halalnya.
Dceritakn bahwa suatu hari ayahnya pulang dari tempat kerja dan mendapati isterinya tak sihat. Tengok2 seorang jirannya sedang menyusui anaknya yang sedang menangis. Marahlah si ayah lalu membalikkan tubuh bayi itu, menekan perutnya, bahkan memasukkan jari ke dalam mulut bayi itu sehingga dimuntahkan balik apa yang diminumnya... hoho.. tengok.. bagaimana pembentukan seorang ulamak besar.. rupanya mak ayah dia pun sangat hebat.. [kredit to ust anhar sbb cerita psl ni]
Grr.. kalau ada anak nnti, memang kena jaga giler2 la ye.. saya perhatikan anak2 ust phd sini.. pergi kedai, diorang cek dulu ingredients pada setiap makanan yang diorang nak beli khususnya coklat2.. pastu siap tegur kami lagi bila tengok ada ingredients yg tak patut..
"Kakak, yang ni takleh beli lah, ada E322"(contoh ayat diorang time tegur kami) [ni time jaga diorang ketika mak ayah diorang pergi haji tahun lepas]..
mashaAllah.. cukup kagum.. dan cukup memberi inspirasi pada diri.. !
Kesimpulan dari penulisan hari ni [flashback] :
1- Stiap orang sangat patut utk mengimpikan syahid d jalan Allah..
2- Rumahtangga.. perkara yang perlu dirancang dari awal.. tapi perlu difikir sepenuhnya apabila hampir masanya..
3- Jaga diri dari perkara syubhah.. makan ke minum ke, ambil sesuatu ke, berkata sesuatu ke, else..
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment