Jangan lupa
Sahabat blogger2 :)
Nak belajar di Jordan ?
Thursday, April 28, 2011
List mawad
Wednesday, April 27, 2011
Tak percaya perkara ghaibbbb
Assalamualaikum wbt..
Saturday, April 23, 2011
Laut kehidupan
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah, masih lagi diberi waktu untuk hidup bagi terus mengumpul dan mengintip rahmatNya, agar dijauhkan dari menjadi antara muflisin di akhirat kelak.
Dalam melalui laut kehidupan, kadangkala laut berombak, kadangkala laut tenang.
Kehidupan kadangkala sedikit sukar, kadangkala sedikit mudah.
Ketika Allah menguji dan menduga dengan pelbagai dugaan, manusia sering rebah, tersungkur merayu dan melutut pada Allah, hatinya seolah lunak dalam linangan air mata, sepenuh hati bersandar pada Pencipta Yang Maha Agung.
Ketika Allah memberi kesenangan dan kemudahan, manusia tersenyum riang, hati membesar dalam kegembiraan, ada yang bersyukur, namun tak kurang juga yang lupa akan zaman kejatuhannya iaitu waktu di mana dia melutut merayu pada Allah..
"dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah(bhaya) krn kesalahan mereka, seringkali ketika itu mereka berputus asa."[surah ar-rum: 36]
Kebaikan dan keburukan yang sudah ibarat roda sangat berkait dengan keimanan kita yang turun dan naik.
Berdoalah kepada Allah, sememangnya kerosakan kita, kecelaan diri dan hati kita hanya mampu dirujuk balik kepada Pencipta. Sebagaimana komputer yang rosak, kembalikan ia pada yang pakar.
"dan tuhanmu berfirman, berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan bagimu..."[surah alghafir:60]
Tuesday, April 19, 2011
Kargoing
Alhamdulillah hari ni selesai satu perkara, iaitu survey2 harga abaya untuk kargo ke Malaysia kiriman dot3.. dah kesuntukan masa, entah sempat atau tidak.. kalau tak sempat alamatnya kena tangguh dulu la.. hm. sedih betul nak wat sasaran kedai utk beli abaya tu.. harga tawaran termurah semuanya sama.. pak cik ni kata cmni, pak cik tu kata cmtu.. semuanya meletakkan harapan tinggi utk kita beli kt kedai dia..
Maaf ammu2.. pilu sungguh hati nih tengok wajah diorang, mata yg beri harapan 1000kali.. utk selesaikan rasa pilu ni, mungkin kena beli sikit2 kot.. sini 10 situ 10.. cuntuhnya.. ambik je dari setiap kedai, smpai cukup bilangan yg dikehendaki.. =(
Hm.. pening..
Cukuplah jika hati berbelah bagi, kesian, or x tergamak.. hanya dalam bab beli belah..
Jangan masuk bab lain, seperti bab masa depan dunia akhirat..
Di sini saya katakan pada semua.. tidak mustahil utk seorang wanita itu menerima lamaran seseorang hanya kerana rasa simpati @ terhutang budi @ kesian.. Saya miliki kenalan dewasa yg dipanggil 'kak', yang berkahwin hanya kerana banyak terhutang budi dgn suaminya itu d zaman universiti, walaupun pada awalnya, hati 'kak' itu tertaut pada orang lain.. namun begitu, alhamdulillah mereka hidup bahagia hingga kini.. ~hehe.mintak2 dia tak tau blog ku ini^^~
Adeh. kepenatan menjengah pulak:) Setakat ini sahaja catatan hari ini.. sekadar ambil masa ringkas 5minutes buat intabih pd diri sndiri dn pemberitaan pd mami dedi yg tercinta dn terindui..
Saturday, April 16, 2011
Allahu yashfiiki
Alhamdulillah.. kalimah syukur yang mungkin sering terkeluar dari bibir, tapi dalam hati hanya Allah tahu kan..
Menangis2 mendengar berita darinya setelah terdetik utk menghubunginya.. inshaAllah akhir bulan 5 ini dia akan di operate tulang belakang ..
Jangan sakit lagi, moga operation ini permulaan kepada kehidupan yang sama seperti kami, pengakhiran pada sakit kepala, sesak nafas yang sentiasa menghntui dirimu akak.. siapa sanggup tengok org yg dsayangi dalam keadaan cmtu .. x sanggup ya Allah:(
Beberapa kali dia menyuarakan suara hatinya, ingin bertemu dengan diri ini.. Maafkan hanani.. tahun ini mungkin tidak.. tapi tahun depan, jika masing2 dipanjangkan umur, inshaAllah..
Lafaz kemaafan tak henti2 dipinta.. zero zero.. sama sekali tidak ada dendam, kecil hati dgn dirinya.. :( Katanya, "saya bimbang lepas ni kita dah tak boleh jumpa.. hanani"
Saya marah sambil nangis.. "InshaAllah kita akan jumpa kak..!"
Katanya lagi.."Yer, jika tak jumpa di dunia, doakan di akhirat nanti yer dik nor"..
Allah ..
Saat Kau uji dirinya..
Sedarkan dia akan kasih sayangMu..
Dalam sakitnya, sesak nafasnya, ketumbuhan yang menghiris2 kepalanya..
Sedarkan dia,bahawa Engkau mengetahui sakitnya..
Engkau melihat lebih dari apa yang dia alami..
Dan sedarkan dirinya.. khayalkan padanya..
Akan dosa2nya yg berguguran..
Wahai tuhanku..
Jadikan natijah operate nanti sbg tanda tamat pd kesakitan yg dia sering alami..
dan permulaan pada kehidupan baru yg dia impi..
Ameen..
Ya Allah ..sembuhkan dia ya Allah .. Kak Sabiha.
~sedih sgt2~
Friday, April 15, 2011
Yang pahit tapi manisnya tetap ada
Assalamualaikum wbt..
Salam terindah di malam hari .. semoga terus ceria bersama rahmat ilahi.
Alhamdulillah, kita rafa'kan, moga terus tabah menempuh hari mendatang..
Suatu masa dulu, saya sangat benci apabila dimarahi, diarah, dan disuruh melakukan sesuatu yang tidak saya sukai. Disuruh minum air masin, makan nasi mentah, makan bersuap, berlari ke sana ke mari, ditinggalkan dalam gelap..
Ketika tingkatan 1, saya menangis.. tatkala didenda kerana tidak tepati waktu. didenda apabila menghilangkan barang yang ditaklifkan untuk menjaganya, sedangkan hakikatnya kakak fasi yang merampasnya dari tangan saya.
Kikiki..
Antara yang tidak boleh dilupa juga ialah, ketika dikejutkan pukul 2pagi.. dengan kesejukan yang mencengkam, jantung terkejut dgn bunyi siren, lalu disuruh berkumpul.. Pak cik 2x askar yang garang,sungguh menyeramkan suara mereka.. Bangkitlah kami.. untuk mengikuti night walking dalam kawasan hutan.. lupa namanya, Lata Belatan kalau tak silap.
Kami ditutup mata, dan dilarang sama sekali membawa henpon atau lampu.. dengan saling berpegangan tangan membentuk keretapi panjang.. berjalan dalam gelap, mendaki gunung tebu.. melalui lalang2, pokok2, lubang2, ranting2 yang menyakitkan. Kemudian sampai di suatu kawasan lapang, kami dipisahkan.. dibawa masuk dalam kawasan getah.. diusik dgn bunyi2 yang menyeramkan.. lidah saya ketika itu kelu~penakut~, tak tahu nak panggil siapa..hanya Allah saje meniti di bibir..
Sesi brainwash merupakan sesi yg paling berat.. berat mental.. bingit suara perempuan menaikkan suara untuk memarahi, mencari kesalahan walau sebesar kuman, dan menegur dengan cara yg tidak berhikmah.. ia semmangnya sangat menyakitkan hati..
Rupanya,
Semua saat itu sangat memberi makna, sangat dirindui kini...
Kerana diajar makan sedulang dahulukala, kini setiap hari ia menjadi rutin..tidak lagi berasa jijik.. dn sedar bahawa setiap manusia itu sama sahaja...
Namun, semakin diri ini lari dari ditekan sdemikian, semakin diri ini mengajar diri untk mnjadi manja, dan takut untuk menghadapi risiko..~mcm sekarang la..pndai ckp je ni.dlm proses tatbiqkan~
-----------------------------------
Bertuah buat mereka yang Allah berinya pentarbiyahan untuk membentuk peribadi yang cekal, kuat dan teguh..pastinya kerana kemampuan mereka untuk memimpin org suatu masa akan datang..!
Lalui setiap fasa cabaran..
Jika fasa 1 sudah dilalui, maka beralih pula ke fasa 2..
Jika tidak dilalui langsung, sampai bila pun kita tidak akan naik..kan..
Tabik spring buat mereka yang telah berjaya merempuh dgn ganasnya setiap fasa cabaran dlm hidup mereka..
Itulah para rasul dan anbiya'.. mereka diherdik, dihina, dibenci, dilemparkan batu..hm.
Cabaran diri sndiri, cabaran keluarga, cabaran masyarakat, dan ummah..
Sedangkan kita kini mungkin masih lagi di tahap pertama.. iaitu dalam fasa merempuh cabaran dalam diri sndiri.. cabaran utk mengubah sikap.. dari penakut kepada berani~mcm aku.
dari pendiam kepada peramah, dari pemerajuk kepada pemujuk..
Jadi, jangan takut untuk tempuh apa yg tidak pernah ditempuh... anggap saje ia suatu cabaran, yg merupakan pintu gerbang kpd cabaran di marhalah yang seterusnya..
Gali kekuatan dari kesedaran hakiki..
Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah, di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi. Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.
Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.
Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…
Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.
Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana.
Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!
Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.
Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”
“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!
Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!
Mukadimah Penentu Natijah
Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai “rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang”.
Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.
Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.
Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.
From : http://genta-rasa.com
Tuesday, April 12, 2011
Imtihan dan doa
Alhamdulillah.. padaNya diangkat rasa syukur..
Imtihan sudah selesai, syukur pada Allah.. secara keseluruhannya, imtihan untuk semester dua ini kelihatan lebih mudah berbanding semester 1.. tidak perlu bicara banyak tentang imtihan, niat belajar utk jawab exam ke.. huhu.. ia sering dibincangkan dan dihuraikan oleh para ugamawan kita.. tapi hadaf utk diri sndiri, hanya kita yg tahu..
Cuak..
Sebelum masuk dewan, semua perasaan ada.. cuak, takut, bimbang..
"Ya Allah, andai benar diriku faham akan apa yg dipelajari, maka ilhamkan kembali apa yg ku lupa dari setiap perkara yg aku faham.."
Rugi juga kalau faham tp tak mampu utk terjemahkan dlm kertas imtihan.. +kesian.. lg rugi kalau faham, tp lupa disaat ia diperlukan.. mungkin itulah yg dikata, ilmu dalam kitab/buku..bukan ilmu dalam dada..
"Ya Allah, ku sandarkan padaMu akan apa yg Kau ajarkan pdku, kembali terbitkan ia tika waktu ia diperlukan.."
---------------------------------------
Pokoknya, dalam hidup ini, stiap langkah perlukan rayuan dn aduan pd Allah..rugilah kita yg diberi waktu dn peluang utk mengadu, meminta dn merayu dgnNya, tp merasakan diri sudah cukup hebat..melakukan perkara2 sekehendak hati dn buat sesuatu tnpa brgntung pdNya..
Jumpa lagi, wassalamualaikum wbt.
Sunday, April 10, 2011
Kenapa sering tergesa-gesa
Alhamdulillah terus-terusan diangkat kpd Allah.. banyak perkara telah selesai, namun masih banyak yg belum selesai.. dan yg pasti belum selesai ialah perjalanan menuju ke kampung akhirat..
Fatrah imtihan masih belum berakhir..masih berbaki satu paper.. iaitu usul iman.. bukan mudah utk dibahaskn tentang madah ini, madah yg paling menarik.. dukturah marwah sering menyebut :
"Sesetengah apa yg kamu pelajari, hanyalah ibarat ubat yg disediakan utk sebarang ancaman penyakit.. kamu lah doktor, mengubati mereka yg tidak kenal siapa itu Allah, mengubati mereka yg menafikan wujudnya tuhan, yg mentigakan Allah dlm zahir lafaz."
Dan kami terkedu dlm fikir.. benarkah suatu masa nanti kami mampu menyampaikan sbagaimana yg dukturah kami sampaikan.. berbicara brsama pelbagai lapisan masyarakat yg berbeza tahap iman dn ilmu.. ya robb..
Jujurnya, diri ini tertekan .. jiwa dn iman menangis pabila tidak mampu menyampaikan "Allah itu satu..dan DIA bukan Jesus kamu..".. benarlah, manusia ini sangat tergesa2.. diri ini tidak sabar dalam menghadapi mereka, tidak sabar dalam segenap perkara..
"Saya berharap suatu masa nanti saya mampu menjadi seorang pembawa manusia pada kebenaran.. memberitakan manusia tentang pengorbanan jesus.." kata kawan.
"dan saya juga sama seperti kamu.. ingin membawa manusia pd kebenaran.."
Bukan mudah.. utk merasuk fikiran seseorang yg telah berpegang teguh dgn pegangannya.. sebagaimana kita.. begitu lah mereka.. bayangkan.. dengan hanya bercerita tentang jesus, dia boleh menangis.. menangis dii hadapan seorang insan yg turut mencintai Nabi Isa a.s.. tapi sebab 'cinta' itu pastinya berbeza antara kita dan dia..
"Kita sama kan, kita sama2 menyintai Isa.."
"yer?"-soalnya
"yer, Nabi Isa berpuasa kan?"
"iya.."-jawabnya
"kami(muslim) juga berpuasa.."
"Oo.. saya juga berpuasa.. tapi jarang2.."-katanya
"Oo.. takpe.. hm.. Nabi Isa berkhatan kan.."
"Ya.. awal kelahirannya dulu.."-dia membalas
"Kami(muslim) juga berkhatan..kamu tahu kan? beberapa hari selepas dilahirkan.."
~senyap~
---------------------
Kadang2 kita rasa tidak sabar..
kita inginkan suatu itu dengan segera..
"Ya Allah.. segerakan.. cepatkanlah.. mudahkanlah...."
Sedangkan Rasulullah nak bentuk satu aqidah di Makkah dahulu .. 13 tahun.. kan? masa yg lama..
Kita sering minta dipermudahkan.. yes.. tidak salah.. tp dalam menghadapi susah..
Ingatlah...
Tidak ada seorang daie melalui jalan yg mudah.. susah itu ibarat garam dn gula..
Ingat-ingat..bahawa..
Setiap kita adalah daie.. kita bawa imej Islam ke merata tempat.. jika baik, maka, tidak mustahil ada hati yg tertarik.. jika buruk imej yg kita bawah, tahu2lah sndiri..
Kita berdoalah mudah2an disucikan jiwa karat kita ini dari kekotoran maksiat dn dosa.. yg menghalang nur iman dari menembusi hati2 mereka yg masih terhijab..
-------------------------------------------
Belajarlah.. saya sendiri dlm fatrah belajar.. belajar scara prsendirian dgn doktor.. bak kata ayah
"jangan belajar pasal Islam saje smpai tak tahu tentang agama lain.."
Kita sndiri dn sedara muslim memerlukan ubat. krn setiap dari kita kini tengah sakit.. ada fasiq, ada munafiq, ada 'asi.. dn mcm2..
Wallahua'lam....
Wednesday, April 6, 2011
Manfaat dari suasana di negara arab
Ngan best friend, yg tudung pink tu namanya Wafaa'...sy dh perkenalkan pd mak..dia lah kawan baik dari sem1 lg..nangis pun ngn dia, ketawa pn ngn dia.. besar tak orang arab? mmg saiz diorang besar2, tp perangai lebih kurang sama je. ..sorang tu kwn jgk, tp dh ada anak seramai 6 org... Ada rezeki, suatu masa nnti nak bawa dia datang Malaysia.. huhu..~kononnya~inshaAllah..ameen..