Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah dipanjatkan pada Allah s.w.t..
Teringat sebuah kisah yang dihikayatkan oleh guruku, al-fadhilah dukturah marwah khurmah, seorang pelajarnya tidak mempercayai kewujudan hari kiamat, katanya akhirat itu tidak akan berlaku, dan kita tidak akan dibangkitkan setelah mati..
Firman Allah s.w.t :
إِنَّ السَّاعَةَ لَآَتِيَةٌ لَا رَيْبَ فِيهَا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ (59).سورة غافر
Imam Ibn Kathir berkata, "Sesungguhnya DIA menciptakan langit dan bumi, penciptaan langit dan bumi itu jauh lebih besar berbnding penciptaan manusia..pastinya sesiapa yang mampu untuk mencipta langit dan bumi, pasti sangat2 mampu untuk menciptakan manusia, yakni awalnya dan akhirnya..(permulaan hidupnya, dan pengakhiran hidupnya)"
Sbagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah ghafir ayat ke 57 :
لَخَلْقُ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
"sungguh, penciptaan langit dan bumi itu lebih besar dari penciptaan manusia, tetapi ramai sangat dalam kalangan manusia tak tahu tu..."
Kita sendiri, mampu reka donut yang lembut, pasti kita yang memulakan adunan tersebut, dan bisa saje utk mengakhiri hayat adunan tersebut.. based on 'kehendak' kita time tu..
Dr Marwah : Awak percaya Allah menciptakan langit dan bumi?
Pelajar : Ya, saya percaya semua itu..
Dr Marwah : Awak percaya al-quran bahawa ia kalamullah yang benar dan tiada pendustaan?
Pelajar : Ermm..
Dr Marwah : Bukankah dalam al-quran banyak disebut tentang hari kiamat, sebenarnya kepercayaan tentang perkara-perkara ghaib ini bertitik tolak dari kepercayaan pada kalamullah..
Apakah mungkin al-quran itu direka oleh Nabi Muhammad s.a.w? Jika ya, adakah logik bahawa Nabi menegur dirinya sendiri dalam sesetengah ayat, dan adakah mungkin Nabi Muhammad mengetahui banyak perkara yang berlaku bukan pada zamannya..
Justeru, siapa lagi yang terlintas di fikiran anda bahawa ia yang mereka-reka al-quran ini?
Maka, jika ternyata kepercayaan anda pada kalamullah, maka jika dihayati dan diperhatikan sesetengah ayat alquran, tidak dapat tidak, hati tidak mungkin menolak 'adanya' hari qiyamat.
Firman Allah s.w.t dalam surah ibrahim ayat 42-44 :
{ وَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلا عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأبْصَارُ * مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ * وَأَنْذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَاب } [ إبراهيم : 42 -44 ]
"dan janganlah kamu mengira Allah itu lalai dari apa yang dilakukan oleh para penzalim, sesungguhnya DIA hanya menangguhkan (balasan) terhadap mereka sampai tiba hari di mana mata mereka terbelalak. (42) mereka segera datang dgn mengangkat kepala sedang mata mereka ketika itu tidak berkedip2 dan hati mereka kosong (43) dan berikanlah peringatan(wahai muhammad) kepada manusia akan hari yg bakal didatangkan kpd mereka azab..."
Ayat pertama menunjukkan bahawa hari qiyamat pasti wujud, ayat kdua (43) pula memberi gambaran antara keadaan sesetengah manusia pd hari qiyamah, dan ayat ketiga (44) mentaakidkan(menguatkn) lg kwujudan hari qiyamah..
Nmun begitu, dalam ramai2 manusia, tetap ada yang tidak mempercayainya..
--------------------------------------------------------------------------
Sebuah kisah yang berlaku di zaman Saidina Umar al-Khattab, doktor lupa time tu dari kitab mana kisah ini.. beliau berhadapan dengan seorang yang tidak mempercayai hari qiyamah.
Kata beliau : "Kamu tidak percaya hari qiyamah?"
jawab org tu : "Ya, tidak percaya.."
Kata beliau lagi : "Baik, sekarang ini, kita sama2 hidup di bumi ini kan, saya solat, percaya Allah, percaya hari qiyamat, sedangkan kamu juga hidup di bumi ini, tapi tidak solat, tidak percaya Allah, dan tidak percaya hari qiyamat... andai kata hari qiyamat itu tidak wujud, maka kita sama2 tidak apa2..mati begitu sahaja.. tapi andaikata ia wujud, pastinya saya msuk syurga, dan kamu akan diazab.. manakah antara kita yang lebih berhati2?"
---------------------------------------------------
Imam al-ghazali ketika berhadapan dengan org sebegitu, memberi sebuah perumpamaan, seorang yg pulang ke rumahnya, tiba di pintu rumah, dia disekat oleh seseorang, orang tersebut mengkhabarkan bahawa di dalam rumah anda ada singa garang, jangan masuk krn dikhuatiri ia akan menerkam.. maka, apakah pilihan ketika itu?
Masuk.. dan andai benar kata2 org itu, surely akan diterkam..
Tidak masuk dan mencari jalan lain..
Begitulah gambarannya, ingin percaya pun boleh, tak ingin percaya pun boleh.. tapi bersedialah untuk menanggung balasannya sebagaimana yang telah dijanjikan.. dan bg yang tidak percaya al-quran, bersedialah untuk hadapi dua kemungkinan sebagaimana kisah d aatas.
Orang yang percaya dan beramal soleh, pasti dia langsung tidak rugi..
No comments:
Post a Comment