Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, May 23, 2011

Tugas yang menakutkan


Nukilan seorang pelajar first year.

Sempit rasanya apabila setiap tingkah laku kita diperhatikan. Apatah lagi di facebook. Namun, sedikit sebanyak, itulah yang mendisiplinkan diri kita, membentuk akhlak yang benar-benar sebati dalam diri.

Mungkin permulaannya sangat pahit, namun pasti di pertengahannya ada tenang yang luarbiasa, dan di akhirnya ada kemanisan.
Lumrah seseorang yang berlatarbelakangkan pengajian agama, manusia sekeliling bagai cctv. Merakam segala gerak kerja, dan tatkala melihat sedikit kepincangan, mereka mula bising.

Tatkala kita mendiamkan diri, mereka mula tidak tentu arah, mula menimbulkan pertanyaan. ''Aii.. haritu punyalah semangat, sekarang dah senyap? takkan tak endah hal ehwal umat kot"

Bila mana kita lupa ayat quran, hadis, atau nama-nama kitab, mereka mula membuka mulut ..
''Macam mana ni, ilmu letak kat mana.. takkan dalil dot3 pun tak ingat..saya takpe la tak ingat, sebab saya jurusan dot3.. bukan shariah''

Bila mana melihat kita ditimpa musibah, mereka mula kata
''Ish3.. ni mesti ada wat hal yang Allah tak suka, orang berilmu yang tak amalkan ilmu, Allah balas 2kali ganda tau!"

Ish3. penat la macam ni.


Bila ugamawan dianggap malaikat..


Sebanyak mana pun seseorang itu menjaga dirinya, dia pasti tetap akan tersilap dalam certain tindakan, dia juga ada sifat lupa, dan dia juga manusia biasa, yang tidak lepas dari ujian. Lihatlah bagaimana para rasul dan nabi diuji. Ada yang diuji dengan kekufuran isteri, diuji dengan sakit, diuji dengan hinaan, dan sbgnya.. Jadi, jangan terus memandang serong pada mereka.

However,
--------------------------------------------------------
Seorang ugamawan itu,

nak tak nak, title yang telah sudi mereka tandatangani ini perlu dititik beratkan dalam kehidupan..title sebagai lepasan Jordan, lepasan UIA, USIM, lepasan Saudi, lepasan al-azhar, dan mana-mana tempat.. itulah title yang nampak gah di mata masyarakat.


Suka mahupun tak berapa suka, mereka perlu bersedia dengan pelbagai hujjah, baik dari al-quran mahupun hadis, kisah2 sirah, dan sebagainya.


Mahu tak mahu, mereka perlu hafal itu ini, perlu faham akan banyak perkara, baik politik, fekah, aqidah, tafsir dan sebagainya hatta ilmu bahasa.. bukan untuk tunjuk pandai, tapi supaya tidak tampak lemah di mata awam, supaya tempat galian ilmu itu tidak tercemar dengan ketidakcaknaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari.


Lagi-lagi bagi seorang lelaki, yang setiap harinya bakal berhadapan dengan awam. Baik di masjid mahupun luar masjid.


Ingatlah bahawa ALLAH memuliakan seseorang itu dengan ilmu. Namun, jika title itu dipegang, tapi jalan yang dilalui tidak seperti seorang yang berilmu, kehinaan lah yang bakal dia terima.

~Wallahi saya takut untuk pulang ke Malaysia nanti~ hehe [ ni stail orang arab, letak wallahi kat depan, untuk menguatkan lagi kata2 mereka, kalau wat kat Malaysia, habeslaa ]

-----------------------------------------------------
Tidak mengupdate blog bukan bermaksud tidak mengendahkan dunia sekeliling. Dunia luar merupakan gula garam kehidupan.

Hidup menyendiri yakni dengan hal sendiri, ibarat nasi kosong. Tiada rasa melainkan tawar. Nak kata tak sedap, tidak.. Nak kata sedap, pun tidak..
----------------------------------------------------

Terima kasih guruku kerana mengingatkan kembali padaku akan tugas dan tanggungjawab yang bakal ku tanggung sepulangnya ke Malaysia nanti. Bila sedar hal itu, mula rasa gundah. Banyaknya lagi nak kena faham betul-betul untuk memahamkan orang lain.. Last but not least, lakukan segalanya kerana Allah SWT.

"PENUNTUT CEMERLANG UMMAH GEMILANG"

MOOD KALI NI : exam yang membuatkan ku membaca, atau apa? muhasabah kembali

3 comments:

Akhyar said...

perumpaan yang menarik.

betapa Islam memuliakan ilmu, sampaikan anjing yang diajar untuk memburu, binatang buruannya halal dimakan.

yang asalnya buruan anjing jadi bangkai, tapi kerana sedikit ilmu yang ada pada seekor anjing, darjat anjing tadi diangkat. halal buruannya.

ambiklah double degree, skali ngan feqh. ke kt UoJ xleh? kat yarmuk blh je..

Akhyar said...

maaf.

istilah dy bukan double degree,tp minor.

[ke same je dua tu?]

Nur Hanani Fadzilah said...

D UJ, belajar semua je utk degree ni.cuma penekanan dia pada bidang yg dipilih(major). dan kalau nak belajar lebih cth nk feqh, memang dibenarkan. Masuk tanpa bayaran, jadi pendengar setia.. cuma kena rajin la.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...