Alhamdulillah, kira2 hari ini dah melepasi 3 minggu 3 hari selepas checkup terakhir baru2 ini, kalau baru ni 13minggu 4 hari.. Jadi, campur dua-dua tu, terbitlah 17 minggu :)
Berat memang tak naik sangat. Bahkan kadang turun. Cuma belly makin membesar la pastinya. Bila cari maklumat, memang normal sekitar 4 bulan pertama, berat memang tak naik mendadak. Selepas itu baru naik insyaAllah.
Bermula 3 bulan, dia sudah boleh mendengar & merasa. Jadi, seeloknya kurangkan stress dan banyakkan berbicara dengannya. Paling baik perdengarkan alquran yang datang dari suara sendiri, atau suara suami. Waktu-waktu kosong pula perdengarkan zikir2 yang baik, dan perkara2 yang memanfaatkan diri sendiri macam kuliah atau apa2 :)
Sometimes dah mula rasa pergerakan yang smooth dan lembut.
Subhanallah.
Makin rasa dalam diri ni ada insan bernyawa yang perlu dipelihara, dijaga dan diberi perhatian. hahah :) Jadi, takleh nak buat tak tahu je terhadapnya..
Perkataan2 yang buruk perlu dipelihara, bila rasa stress cepat2 lepaskan dengan menangis dan jangan dipendam lama2... alhamdulillah, ada suami yang sentiasa menyokong dan membantu..
Bila nak bangkit dari tempat tidur, mak ai sakitnya tulang pubik. Bila nak duduk juga sudah mula rasa sakit2.. Bila nak sujud pula, kepala akan rasa sakit dek darah rendah... Tapi posisi sujud tulah paling indah, paling menenangkan... Dalam sujud tu lah meminta pada Allah agar memelihara zuriat kita dan jadikannya insan yang boleh berkhidmat pada agama.. Bukan semata penyejuk hati ibu ayah...
:') Crying.
Kadang tengah masak dan rasa sakit sebab banyak berdiri, ambil masa bagitau baby... "baby kena kuat, jangan duk rendah sangat sebab ibu nak masak utk orang makan ni... "
Bila nak solat, mengaji dan sebagainya ambil masa gosok2 perut dan bagitau dia "baby bangun, jangan tidur... kita nak solat ni...nak ngaji... "
Kenapa buat macam ni...
Paling kurang kita dah mula jaga dan beri perhatian utk agamanya dari awal... sekalipun dia belum tentu boleh hidup bersama di dunia ni... :)
__________
Ya Allah peliharalah dia...