Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, July 21, 2013

12 hari Ramadhan

Alhamdulillah.

Ramadhan sudahpun melepasi minggu pertama, minggu yang 'masih baru', ibarat ibu muda di awal trimester. Cabaran banyak, namun 'excited' nya juga banyak. Minggu ini ramai yang bersemangat untuk beribadah, menambah bekal demi bekal.

Bila masuk minggu kedua, kita mohon pada Allah, agar terus mengekalkan kita dengan semangat itu, dengan kekuatan itu, ameen.

_______________________

Dulu FB menjadi sasaran untuk menghentam, membalas dan lain2.

Namun sejak kahwin, dan lagi2 sejak sudah tidak lagi memegang jawatan tinggi di Persatuan, saya mula mencari titik perubahan dalam diri.

Sampai bila kita ingin menyakiti hati sendiri dengan bertindak dan asyik memikirkan perkara ''selisih'' yang tak sudah.

Akhirnya, kini FB bukan lagi medan untuk menghentam, bukan lagi medan untuk memerli mana2 rakan, tapi ia medan berkongsi, sebarkan, dan medan untuk kita terus mengukir senyum.

Ops lupa.

Hehe.

Sebarkan, bukan bererti ''kamu wajib terima dan percaya yang ini sahaja"
Berkongsi bukan bererti "ini sahaja yang tepat, yang lain salah"

Tapi ia bererti, sahabatku, kamu kongsi yang itu, saya juga ingin kongsi sesuatu sekalipun sedikit berbeza.. Kalau nak baca, silakan ukhti.. Kalau taknak, tiada siapa marah..

Kalau ukhti marah, bukan ke ukhti juga melakukan perkara yang sama dengan saya? Kita sama2 share apa yang kita rasa tenang dengannya.

:)

Alhamdulillah , saya merasa tenang dengan melakukan hal ini. Berbanding suatu ketika dulu hanya suka mencari perbezaan dan bertegas dengan perbezaan itu.

Guruku pernah berkata :

 - Kita hanya menyampaikan

 - Tiada siapa boleh berkata "aku yang paling betul" dalam hal khilaf. Contoh khilaf yang tak pernah terhenti sejak dulu hingga sekarang ialah berkaitan takwil atau tak dan sebagainya.

 - Jika diberi keburukan, jangan kita membalasnya dengan keburukan jua. Jika dilabel, jangan kita melabel sama.

 - Tiada manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Hatta masyayikh yang besar juga. Imam Malik, Ibnu Ishak dll jugak tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

 - Hormati sesama kita, sekalipun berbeza pandangan, ingin saya copykan dari seorang guru, tentang bagaimana beradabnya Iman Al-Syafi'ie Rahimahullah.

   Alangkah beradabnya Imam al-Syafie dgn ulama sebelumnya sehingga berkata:


"Manusia dalam ilmu fiqh berhajat kepada Fiqh Abu Hanifah". (Lihat: al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala', jld. 11, hlm. 489)

________________________________

MasyaAllah.

Syukur pada Allah yang terus beriku ketenangan. Perasaan lemah, sedih , dan seumpamnya itu tidak terlepas dari kita sbg hambaNYA yang biasa. Penat dan sbgnya. Namun, bila mengingati Allah, memang hati akan merasa tenang...tenang setenangnya.

Malam - malam bila fikir kan kawan2 yang sudah tak lagi bertudung, yang asalnya saya ingat dia dah kahwin, rupanya........ - belum kahwin lagi tapi keduanya seolah sudah kahwin - Inna lillah wa inna ilaih raji'un.

Apa yang saya ingin nyatakan pada mereka...Adakah ilmu aqidah yang dipelajari tentang ayat2 mutasyabihat, tentang arasy Allah, tentang bid'ah tak bid'ah..

Ya Allah, macam x tau nak bagitau apa.. serius.

________________________________

:')


إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن, ولا أقول إلا ما يرضى ربي
Sungguh mata itu pasti mengeluarkan airmatanya, dan sungguh hati itu pasti benar2 sedih.. Namun tidak akan ku sebut melainkan sesuatu yang diredhai tuhanku..

Saat kita mengecapi kebahagian dan kegembiraan, diberi kekuatan, kekayaan, kita masih menyimpan satu perkara yang belum kunjung tiba, rindu yang belum terhapus. 

Mengingatinya mengalirkan air mata.
 Merinduinya namun hanya mampu menyebut, menangis. 
Sungguh ia satu rindu yang ajaib, rindu pada insan yang tidak pernah dilihat, tidak pernah ditatap dan didengari suaranya, tidak pernah duduk berborak apatah lagi bergurau senda dengannya.. 

Ya Allah.... rindu padanya :')

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...