Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, July 9, 2013

Apa yg wanita haid boleh buat ketika Ramadhan?

Saat insan-insan semua tengah bergembira menyambut kedatangan Ramadhan, kakak2 dan ibunda2 sibuk melendikkan telekung solat, bersiap untuk solat teraweh....

Di satu sudut, ada seorang muslimah yang sedang melihat, senyap bila diperli.. kadang macam nak menangis... ! sunyi nyer rumah lepas ni, semua pergi teraweh kan?

Ukhti Muslimah, jangan sedih. Jangan sedih :)

Ketahuilah, haid merupakan suatu keistimewaan yang telah Allah tetapkan untuk banat Adam (anak-anak perempuan Adam).. Sebagaimana Nabi S.A.W perihalkan pada zaujahnya, ummul mukminin, Aisyah R.A tatkala Aisyah didatangi haid ketika mereka dalam haji. Tatkala itu Aisyah R.A menangis, dan tahulah Rasulullah S.A.W bahawa Aisyah didatangi haid, lalu Rasulullah S.A.W bagitahu :

هذا أمر كتبه الله على بنات آدم

"Perkara ini(haid) merupakan suatu ketetapan yang telah Allah jadikan buat banat Adam"

:')

Sampai sekarang saya masih fikir, banyaknya hikmah apabila tiap bulan, Allah beri kita cuti dari ibadah2 khas... hmm... fikir2.. apa istimewanya eh??

Ukhti muslimah,
Yang dalam hatinya nakkkk sangat join orang lain puasa, nakkk sangat join orang lain duk habiskan juzuk demi juzuk alquran ketika Ramadhan...

Ketahuilah..
Ada segolongan hamba Allah yang tak mampu ikut bersama Nabi S.A.W dalam perang Tabuk, hati mereka diselubungi rindu akan jihad, rindu akan Rasulullah S.A.W, teringin nak ikut jihad sekali...namun mereka dihalang keuzuran demi keuzuran, ada yg tak da apa2 utk bawak, ada yg sudah tak mampu..

Nabi S.A.W sebut dan ceritakan pada sahabat2 baginda yg ketika itu dalam perjalanan ke Tabuk :

إن بالمدينة رجالا ما قطعتم واديا ولا سلكتم طريقا إلا شركوكم في الأجر , حبسهم العذر

"Sesungguhnya di Madinah sana, ada segolongan mereka yg tidak bersama kamu mengharungi wadi, tidak bergerak bersama kamu, tetapi mereka berkongsi bersamamu dari sudut ganjaran, mereka terhalang(untuk ikut sekali berjihad) dek keuzuran"
(HR BUKHARI)

_____________________________________________
Apa boleh buat ??

>>> Pertingkatkan amal, pertingkatkan ibadah umum..

Saat ini, kita lebih bertenaga dari mereka yang puasa, justru, apa salahnya jika kita yang mengambil syif masak, kemas rumah, hiasi rumah dengan perkara2 baik, tampal2 bacaan yang baik untuk rakan-rakan...

Pabila mereka yang sedang beribadah pada Allah senang hati dengan kita, bukankah ia satu rahmat?? 

Justeru, gandakan amalan2 baik... ^^ jangan tidur terlebih plak. 

>>> Tingkatkan istighfar, zikir :')

>>> Tingkatkan doa 

_____________________________________________

Ya Allah, jadikan ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...