Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Friday, July 5, 2013

Tetamu VVIP tahun ini


Program : 
Mukhayyam Tarbawi Ramadhan Kareem

Tarikh :
10 Julai 2013 - 9 Ogos 2013 / 10 Ogos

Tempat : 
Seluruh dunia

 Anjuran :
Al-quran dan As-sunnah

Mukaddimah : 
Dalam Islam, Allah menjadikan dalam setiap minggu ada hari yang paling utama itulah Jumaat, adapun dalam setiap tahun, bulan yang paling utama tentu sekali Ramadhan. Ia bertujuan supaya manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan berlipat ganda pada waktu tersebut. 

Objektif : 
1- Memupuk iman dan taqwa
2- Membangun umat yang aktif bukan pasif

Pelbagai aktiviti menarik bakal menemui kita pada program ini. Yuk sama2 meriahkan.
____________________________________________

Tetamu VVIP untuk kali ini.. 
Tak lain tak bukan, itulah ramadhan, yang bakal hadir beberapa hari lagi... 

Pihak kami menghitung hari, cuba melakukan persiapan yang terbaik untuknya..
Anda macam mana?

Antara master plan yang dibuat ialah, tiap kali lepas solat, kita akan sama-sama baca quran..
Baca banyak-banyak. Banyak-banyak. Bertajwid, jaga hukum hakam. Jangan macam kejar anjing.
dan ambil mana2 masa yang singkat, yang menenangkan, untuk ditadabbur mana-mana ayat.

Master plan juga untuk tidur awal. Bangun awal. 
Ihya' ramadhan dengan qiyam.
Kemudian sahur.. 
Jangan sahur awal sangat tau!
Sunnah untuk taakhirkan(lewatkan) sahur.

Hm. 
Selain tu, digalakkan untuk yang mampu agar menggiatkan sedekah, memberi makan pd orang. ^^
Jaga juga mata, lidah dan telinga. Bukan jaga perut je tau.
Siang hari jangan asek tidur je. Eh?

Di akhir mukhayyam, akan ada hadiah..
Itulah Eidul Fitri ^_^
Time tu setiap orang sangat digalakkan untuk berpakaian baru.
Zahirkan kesyukuran, kegembiraan.
Ziarah menziarahi... :) 

^____________________________^

Sekalipun brbaki beberapa hari sahaja lagi, belum tentu kita mampu jadi peserta mukhayyam Ramadhan ni.. Doa banyak-banyak ye. 

Selain tu, kita niatkan dalam hati, mohon pada Allah agar memberi kita hati yang baru, jiwa yang baru... supaya ramadhan nanti menjadi titip perubahan besar buat diri.

Satu lagi.
Jangan lupa untuk doakan saudara kita k.
Semoga Ramadhan ni menjadi tentera Allah melemahkan musuh2Nya, menguatkan lagi hamba2NYA yang berjuang..... 

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...