Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, June 27, 2013

Macam mana muslimah nak confident

Dalam sharing bersama akhawat baru-baru ni, tiap kali ada yang nak bagi pandangan, nak jawab soalan dll, saya akan mintanya berdiri.. 

"Tahu tak kenapa akak minta korang berdiri bila nak bagi pandangan?"

Ada yang jawab :
"Untuk confident"
"Eye contact"
"Yakin diri"
"Berani"

"Semua betul.... !" saya membalas

Cantik. Jadi inilah masanya untuk bina confident! Hari pertama slot ini diadakan, saya diberi tajuk : Tokoh Wanita Islam. 

Bila memberi perumpamaan wanita ini ibarat sekuntum bunga mawar, wangi, cantik, mekar.. 
Bila tua, sedikit demi sedikit, kita makin mengecil kembali, kelopak jatuh satu persatu. Bererti hilangnya satu persatu ; keupayaan, kecantikan, kekuatan, kemegahan.. Tapi wangi kita masih lagi kekal, kebaikan dan jasa baik yang ikhlas kerana Allah pasti akan kekal, sekalipun kita dah tiada di dunia ini. 

Begitulah yang terjadi pada mereka, tokoh2 wanita Islam dari zaman dulu hingga zaman sekarang :')

Ketika muda inilah masa untuk memberi! melakar pelangi dalam hidup, membina sejarah buat agama, jika tidak pun, sejarah untuk diri sendiri. 

Dari tak berani, kepada berani...
Dari takut2 nak cakap di depan, rasa confident.. 
Dari segan2, jadi seorang yang tegas. 

______________________

Confidence/ keyakinan tidak akan datang melainkan :
 
- Niat untuk memberi / share / kongsi apa yang kita mampu
- niat sangat penting, niat lah yang boleh buat kita fokus apa yang kita ingin sampaikan pada hari tersebut

- Persediaan diri 
- bersedia dengan ilmu, hujjah, sedikit sebanyak dalil dari alquran dan assunnah 
- bersedia dengan cerita, kisah-kisah bermanfaat, kisah-kisah seloka yang ada kebaikan
- bersedia dengan soalan-soalan untuk dilontarkan 
- bersedia dengan pakaian sopan, kemas dan tidak merunsingkan
- bersedia dengan permainan in case tiba2 nampak pendengar ngantuk

- Latihan 
- Pada mulanya, kita sangat memerlukan latihan. Cakap sorang-sorang kat rumah, cakap depan cermin, rakam melalui fon... dengar dan baiki apa yang kurang.. :) lama-lama bila dah biasa nanti, insyaAllah tak perlu lagi latihan.

Latih untuk kawal 3 perkara :
- Pergerakan anak mata 
>>> Eye contact, cuba sedayanya untuk bayangkan kita memandang mata2 penonton. 

- Mimik muka
>>> Senyum, muka risau, takut, masam, bergantung pada content /isi yang disampaikan. Tiba pada kisah yang lawak, jangan tak senyum/ gelak pulak.. tiba pada kisah yang sedih, muhasabah, jangan kita duk gelak plak. 

- Pergerakan tangan , kaki, badan
>>> Kadang tanpa kita sedari, orang sedang perhati pergerakan kita. Jadi kena kawal kaki, jangan terlalu liar sangat. Tangan juga jangan duk menggaru sana sini. 

___________________________________

Semoga Allah meneguhkan, memberi keyakinan pada kita, moga2 dengan apa yang kita miliki, apa yang kita grooming dalam diri, dapat kita gunakan untuk Islam :) insyaAllah.

Cepat2 lah berakhir

Alhamdulillah.

Sedar tak sedar, sudah 9 minggu lebih.

Jika dikira, sudah 7 minggu melalui perit maung trimester 1, saat yang paling banyak aku linangkan air mata, ujian sakit sini sana, perubahan emosi, tekanan kuliah, puasa, ikut suami buat iqamah.

Kadang Allah bagi ujian sakit tu, di sudut lain, Allah bantu dan mudahkan.

Bila bagitahu Dukturah matapelajaran Tamadun Manusia akan apa yang sedang aku lalui, Dukturah teruja gembira sambil ucapkan alf mabrook :) jayyid li enti qulti li bakkeer.. apa taknya, dah bersemadi dua ghiyab sejak dua minggu setengah muhadharah berjalan. Jadi untuk elak dukturah tak suka, aku bagitau kondisi aku skrg.. Kadang pagi hari lagi badan dah lembik. Tapi Alhamdulillah start summer sem ni bukan sepanjang minggu jadi camtu, mungkin seminggu adalah 1, 2 kali. Terpaksa tidak hadirkan diri sbb tenaga dah takda.

Bagus kan dapat pensyarah wanita, diorang sangat memahami.

Dalam sudut yang lain, aku banyak dapat markah musyarakah. Sekalipun ghiyab ku sudah dikira terhapus atas keuzuran mengandung, tapi aku still semangat untuk musyarakah dan bg idea dalam kelas. Dukturah Iman sangat baik, aku sayang dia sangat. Bila dia suruh study dulu, aku study. :') stakat ni dah 10 markah. Ada 10 lagi, untuk aku penuhkan markah 20 khas utk musyarakah. (take part in class)

___________________

Tiap kali jalan ke jamiah, aku kira sehari dah melebihi 1000 langkah terpaksa aku lalui... pergi balik, kira dah 2000 lebih. Tak campur naik tangga bila dah sampai bangunan kuliah.

Tiap langkah tu tak lekang dari perasaan bimbang. Tapi di situ aku belajar erti tawakkal, jujurnya sedikitpun aku tak tahu, amanah Allah dalam jasad aku ni masih ada lagi kah.. masih berdegup ke jantung dia, cukup ke tak nutrients dia, bergegar sana sini ok ke tak... bagaimana tumbesaran dia..

Hasbiyallah hua ni3mal wakeel.


Saturday, June 22, 2013

Takziah buat rakan - rakanku

DariNYA kita datang, dan kepadaNYA jualah kita kembali.
إنا لله وإنا إليه راجعون

Berita disedut dari laman group MPMMJ (Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan).

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.


____________________________

Baru semalam bersharing bersama akhawat PPMA, menamatkan perbualan bersama mereka dengan satu gambar, "Pray as if it were your last".

Tidak tergambar perasaan ketika kematian itu datang menyapa. Ukhti Sumaiyah Romli dikhabarkan oleh rakannya bahawa beliau sempat melafazkan syahadah ketika tiba di Hosp. Queen Rania, Petra. Beliau juga dijadualkan pulang ke Malaysia beberapa hari selepas kembali semula ke London. Namun, Allah takdirkan beliau terlebih dahulu pulang ke kampung abadi, tempat asal semua manusia... Semoga Allah merahmati, mengampuni mu ukhti. Perjalanan dalam mengambil ibrah alam ciptaan tuhan. Semoga perjalanan itu bernilai ibadah yg besar di sisi Allah.



Takziah juga buat sahabat sebatch, Humairak Ibrahim dan suaminya Nazirul yang turut tercedera dan telah dibawa ke bilik pembedahan petang ini (22 Jun), mereka berdua kehilangan bayi dalam kandungan yang merupakan bakal permata sulung.. Innalillah wa inna ilaih raji3un.. Lagi 2 bulan lebih sahaja lagi. Moga terus tabah, diberi kekuatan berpanjangan untuk meneruskan hari-hari di bumi anbiya' ini. Sungguh bayi kalian sedang menanti di jannah sana.. 

Gambar kubur bayi umai dan nazirul.. bayi yang sudah lengkap sifatnya, 1.8 kg, namun Allah ingin dia menantikan bonda dan ayahandanya di syurga sana.



gambar dikongsi sahabat Irbid yang sempat melawat Umai di hosp Queen Rania. Kata Umai : "Mira, baby dah takda!" .. jawab kawannya : "Adalah! dia tunggu kat syurga".


Nazirul dalam perjalanan menuju ke hospital di Amman untuk pembedahan. 

Ukhti Ili Diyana yang menemani adik usrahnya Sumaiyah Romli juga dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak kurang teruknya. Termasuk driver yang merupakan rakan sebatch kami, Shukri atau lebih mesra dipanggil keriey juga masih dalam keadaan kritikal dek hentakan kuat di bahagian kepala.

Gambar kriey alias.. semoga Allah sembuhkannya. 



____________________________

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan, keampunan dan belas ihsan pun pada mereka semua. 

Ini saat mereka sedang dalam kesusahan, suatu saat nanti kita pula. 

Ini sahaja yang mampu saya kongsikan, lain-lain kisah dibimbangi ada tambah tolak pulak kan. 

Seperit-perit kita yang mendengar, perit lagi mereka yang mengalaminya. Allah... Engkau Maha Adil. Pasti ganjaran indah bakal mereka terima atas musibah ini.

____________________________

Dulu tiap kali suami drive memandu bawa orang, tiap kali tu saya tak putus berdoa. Kerana pengalaman sebelum ini berjaulah bersamanya, saya melihat suasana cerun, bukit, gaung yang dalam, kawasan berbatu-batu. Apatah lagi cara arab drive yang kadang boleh membahayakan kita sekalipun kita telah berhati-hati.. 

Jujur saya langsung tidak mampu melelapkan mata dek kebimbangan. 


Apapun, hidup mati, segalanya dalam ketetapan. Sejurus saya menerima berita ini, teringat saya pada ayat alquran dari surah luqman, ayat laast sekali yg sempat saya kongsikan dalam laman fb.


"..........tiap jiwa itu tidak mengetahui apakah yang bakal dia lakukan esoknya, dan tidak juga mengetahui di bumi manakah dia akan meninggal... "

Salam takziah. Bersabarlah sahabatku. 

Nabi bersabda : إنما الصبر عند الصدمة الأولى

Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.. Saya petik di hujungnya sahaja..ia mengisahkan tentang seorang wanita yang menangisi kematian di tanah perkuburan, nabi menegurnya dengan memintanya agar bertaqwa dan bersabar.. Namun dibalas : "Jauhkan dirimu dariku.. sesungguhnya engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini." (ketika itu wanita tersebut tidak melihat bahawa yang menegurnya itu Rasulullah S.A.W... Kemudian, dimaklumkan padanya bahwa yang menegurnya tadi adalah Rasulullah S.A.W.. Apabila dia mengetahuinya, dia lantas ke rumah nabi untuk meminta maaf. Lalu Nabi S.A.W berkata dan memberi kaedah di atas. Yang bererti : 

"Sesungguhnya (yang dinamakan) kesabaran itu ialah saat pertama ia terkena pada kita / pada hentaman pertama." 

Saat pertama kita mendengar berita kehilangan anak, atau kematian ahli keluarga, atau dimarahi. Maka tindakan selepas itu menentukan, adakah kita sabar atau mempertikaikan..

Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar. 







Thursday, June 20, 2013

Usaha itu doa

Sahabat2.

Saya teringat pesan warden aspuri MMP suatu ketika dulu, yang mengatakan, doa yang paling kuat ialah usaha.

Kenapa?

Kerana bila kita berusaha, tangan, otak, kepala, mata, mulut, jari jemari, dan seluruh anggota badan turut berdoa sekali.  Mana mungkin mereka sanggup menjalankan suatu usaha itu melainkan dengan benar-benarrr berharap usahanya itu berhasil.. kan?

Bila saya fikir.. subhanallah.. cantik sekali..

Jadi jangan lupa berusaha dalam apa jua yg kita impikan.. :)

Wednesday, June 19, 2013

Adikku-adikku yang gigih

Ketika Asar tadi, sambil-sambil mengajar anak-anak kecik mengaji iqra'..
Saya didatangi dua adik-adik yang gigih..
Yang tahu erti hidup dalam menyumbang dan memberi..
Yang berusaha untuk menjadi penggerak pada perubahan..

Semangat yang sepatut dipuji..
Saya senyum.. indahnya..
Kebusy-an sebenarnya sangat cantik..
Saat itu sedang dilalui oleh mereka..

Ketahuilah adikku...
Setiap tahun kita tidak terlepas dari tanggungjawab..
Sekalipun setelah jawatan itu tidak lagi dipegang..
Kita masih miliki bergunung amanah yang menanti untuk dilaksanakan..

Kita mungkin memikirkan banyaaaaaaaak program..
Mana satu yang patut aku buat??
Kalau buat macam ni, kang orang ni tak suka..
Kalau buat macam ni, orang jadi boring..
Kalau buat macam ni, takut tak tercapai hadaf...

Banyak kita fikir, kan?

Adikku..

Kita hambaNYA yang lemah..
Pengajian itu Allah beri dalam pelbagaaaaaaai cara..

Ta'allum melalui teladan..
Ta'allum melalui sistem yang ada..
Ta'allum melalui try and error..

'Try and error' inilah yang kita takut nak buat..
Inilah yang berlaku pada aku suatu ketika dulu..

Hingga kadang memaksa aku untuk soal kembali..
"Kenapa takut tersilap?"
Ini yang memerlukan jawapan...

Hidup ini sering macam tu..
Kita banyak cuba, kita banyak tersilap cara..
Tapi selepas itu kita belajar 'apa yang betul'..

Apa yang penting..
Kita tadabbur kembali peringatan dari Allah...


Kalau pada manusia pun..
Kita sudah terhari lihat kawan-kawan berusaha buat sesuatu utk kita.
Sekalipun sesuatu tu belum tentu 'cantik'..
Tapi ia sangat bernilai..

Wa Lillah al-mathalul a'la..
Apatah lagi untukNYA yang KAYA dengan ganjaran, cinta, maghfirah..
Yang Maha Mengetahui segala isi hati..
Pasti DIA tahu kita hanya mampu mencuba dan tidak sesekali ingin menentukan natijah..

Semoga terus tabah.

Bila tengok Dato' Husam Musa datang Amman..
Dia yang kepenatan.. tapi diberi segala macam tugasan..
Kejap ke sana, kejap ke sini..

Tak tengok lagi insan-insan lain yang hebat berjuang..
MasyaAllah.
Insan apakah itu..
Dari mana dia miliki kekuatan..
Seolah tiada masa rehat buatnya..

Itulah mereka yang ditarbiyah hebat..
Sudah lali untuk berada dalam kepenatan..
Kerana mereka yakin, kerehatan hanya di syurga sana..
Mereka sedang mengumpulkan sebanyak yang mungkin tiket untuk miliki cinta Allah..

Aku hanya mampu berbicara..
Kerana diri aku tidak seperti mereka.
Namun aku berharap untuk menjadi seperti mereka..


Sapaan rindu

Pagi subuh yang cantik, usai solat bersendirian dan hubby solat di Masjid berdekatan. Saya melabuhkan diri menyandar di dinding, nak baca al-quran sepotong dua.

Cabaran mengandung yang berat ialah mudah semput/ mengah. Satu mukasurat pun sudah termengah seolah baca sambil berlari. Bila dalam keadaan sedemikian, saya menarik nafas panjang2, dan menghembuskannya secara perlahan untuk kembali menyambung bacaan.

Biarlah janin dalam rahim ni yang dia dengar suara bonda dan ayahandanya sendiri yang mengalunkan alquran. Sekalipun belum tentu dia selamat melihat alam dunia, tapi itulah antara usaha kami terhadap amanahNYA Yang Esa, entah dapatkah saya didik dia di dunia ini, atau tak sempat dek ajal kita tak tahu bila, semoga usaha mendidiknya sebelum kelahiran ini memberinya sinar andai ditakdirkan bondanya tiada lagi di dunia ini lepas ini..

Serikangli saya memikirkan tentang kematian..

Apatah lagi ketika diri yang kecik ini sedang membawa amanah besar dari Allah..

Sering terfikir, andai mati saat melahirkan itu ganjarannya ibarat pahala mujahid mujahidah di luar sana..

Ia sangat indahkan..

Hamba Allah tak terlepas dari merasai rindu..

Rindu yang sangat misteri..

Saat kita miliki kebahagiaan, kurniaan dariNYA..

Kita masih lagi menyimpan satu rindu yang belum kunjung tiba..

____________________________

:')

Saturday, June 15, 2013

Serikan hidup :)

Sedikit perkongsian buat suami isteri yang baru muda jelita :

 ~ Hidupkan solat berjemaah di rumah, namun dalam masa yang sama sentiasa galakkan suami solat di masjid.

Setakat ini subuh suami mesti di masjid melainkan apabila beliau miliki halangan seperti travel dan lain-lain.

Percaya atau tidak, cuba lah praktis dahulu. Usai solat berjemaah biasanya kita akan duduk terlebih dahulu, itulah masa yang sesuai untuk muhasabah. Aura solat sangat cantik, situasi itu kita akan berada dalam keadaan tenang, tidak marah, tidak tergesa, tidak mengantuk. Jadi, bolehlah berkongsi rasa :)

~ Buatlah permainan

Sekali sekala, hidupkan suasana ceria di rumah. Buatlah permainan yang melibatkan suami isteri. Seronok kan.

Paling best buat pertandingan sudoku, chess dll. Takkan hidup nak baca kitab, baca alquran sahaja.

Rasulullah S.A.W juga bermain dengan Aisyah R.A, bergurau senda dan meraikan sikap Aisyah yang ketika itu masih muda  :)

~ Rajin-rajin minta pendapat. 

Suami yang baik dan tidak egois suka bertanya pendapat isteri. Lagi best beri kepercayaan pada isteri untuk bantu kerjanya. Ini sangat best!

Isteri secara fitrahnya suka bertanya suami terlebih dahulu. Jadi insyaAllah tidak ada masalah.

~ Rancang hidup bersama

Rancang apa yang ingin dikecapi dalam masa terdekat, merancang bagaimana rumahtangga yang ingin dicapai, bagaimana didikan yang ingin diberikan terhadap anak-anak. Cantik jika ada bahan bacaan yang sesuai. Nanti saya selitkan insyaAllah.

Seronok! Barulah terasa perkahwinan ini bukan suatu misi main-main. Tapi ada misi besar dan ia memerlukan kerjasama yang sangat erat antara kedua-dua sayap ini.

~ Setiap hari minta maaf 

Kalau boleh tiap masa.

____________________________

"Marriage is not about love, it's about making ummah"

Aha. tiap post saya mesti suami akan baca. Dia memberi kepercayaan kepada saya sepenuhnya untuk miliki blog yang memuatkan bermacam, ada tentang kehidupan, nasihat, kemasyarakatan, pengalaman, dan lain-lain. Dan saya juga telah berjanji dengan diri sendiri tidak sesekali berbicara tentang rumahtangga melainkan segala yang indah dan baik.

Itulah bertuahnya miliki suami isteri yang beragama..

Thank you Allah.

Friday, June 14, 2013

Tidak lagi selamat

Huhu.

Pagi ni bangun jam 2.30 pagi lagi... kesian nak kejutkan suami, jadi bangun sorang-sorang dhulu..

Entah kenapa macam tak lena sangat. Mungkin terfikir suami esok bakal pergi jauh.

Bukan jauh ke mana, jauh dari pandangan mata. Ke hujung Jordan sana. Aqabah dan lain2.

Macam tulah kot cara student di sini cari rezeki. Iaitu salah satunya dengan cara bawak orang Malaysia travel sejordan.

Usai solat, saya segera ke bilik mencari pakaian-pakaian untuk dibawanya travel.

Kemudian sterika kan baju yang nak dipakainya.

Akhir sekali kejutkan suami, biar dia mandi pagi-pagi ni badan segar sikit untuk drive selama 6 jam.

Suami bantu saya kemas bilik untuk tetamu, almaklumlah malam ni bakal ditemani ahli usrah.

Saya siapkan makanan. Bagi ubat ferron/ zat besi untuk suami sebab rasanya darah dia rendah kot bila abang ada mengadu pening kepala.

Bila tiba masa dia nak kluar. Mulalah saya merasa sebak.

Adeh.

Bagai nak berpisah lama.

Saya menyalami tangannya lama-lama dan tak dapat nak menahan air mata dari keluar bercucuran.

"Hanani minta maaf segala salah silap selama ni ye. Abang bawa kereta hati-hati. Ingat Allah selalu.." 

Saya bersuara dalam nada sebak.

"Abang minta maaf juga ye... Syg jaga diri baik-baik..." balas suami sambil merenung mata saya yg dah basah.

_________________
Rasanya saya sangat emotional pagi itu.

Bukan apa.

Pukul 3pg lebih, arab mana ntah menghubungi suami.

Dia cuba berkenalan. Nasib baik suami segera letak fon lepas arab tersebut tidak peduli dimarahi.

Itu lelaki hubungi lelaki, apatah lagi jika silap2 akhawat yang terkena.

Negara arab kini khususnya Jordan dan Mesir tidak lagi selamat.

Bermacam kes keselamatan berlaku dan ada yang melibatkan pelajar Malaysia.

Kes pecah rumah, raba dan gangguan seksual, pergaduhan, ada yang tiba-tiba dikelar telinga, rompakan, ada yang diugut bunuh.

Justeru, saya tidak menggalakkan akhawat untuk hadir lagi ke sini.

Cukup belajar di Malaysia sahajalah.

Melainkan kalian bertemankan suami, abang, adik . Mudah kata, bermahram. (bukan muhrim - muhrim ni maksudnya orang yg berihram)

Itupun belum tentu selamat.

Hanya pada Allah lah kita mengadu, bertawakkal dan berserah diri.

Saya juga dah cuba memelihara diri sebaiknya.

Tidak sesekali berpakaian baju kurung bersilau2 mata memandang, atau baju yang warna warni sana sini.

Cukup jubah kosong, jika bercorak, corak yang tidak keterlaluan.

Kenapa? kerana..

Itu pakaian2 adat malaysia mengundang banyaknya mata-mata memerhatikan.

Apatah lagi bila mereka melihat kita bergelak ketawa dengan rakan.

Jalan lenggang lenggok tak pandang kiri kanan, belakang depan..

Akhawat-akhawat ku sayang.

Bila di jalanan, cubalah jalan dengan muka yang serius. Muka garang @_@

Elakkan tersilap senyum pada arab lelaki.

Jangan menampakkan kita bersikap ramah dan mudah didekati lelaki.

Jangan bergelak ketawa dan bergurau senda, 'cokek-mencokek' dengan rakan.

Berjalan setegas yang kita boleh :)

Berpakaian berpada-pada. Sekalipun kita bertudung labuh dan berpurdah.

Jangan tunjukkan gadget yang ganas2 ye sebab ini salah satu aset yg menarik mereka utk ikut sampai ke rumah :)

Sentiasa memerhati sekeliling bila keluar.

Jika rasa tak sedap hati saje, terus masuk rumah semua atau call sesiapa.

Letak fon kat telinga selalu.

__________________________

Pokoknya.

Jika nak datang ke negara Arab, fikir terlebih dahulu :)

Benar tawakkal dan yakin Allah sentiasa ada utk menjaga.

Tapi ia tidak cukup sahabat-sahabat :)

________________________

Bila Maryam bonda Isa a.s sakit nak bersalin.

Allah menyuruhnya menggoyangkan pokok tamar dan makan dari buahnya. Mudah-mudahan dia mendapat tenaga untuk melahirkan zuriat mulia itu.

Jika Allah ingin, dan cukup dgn doa Maryam al-muhsinah saje, Allah boleh terus mudahkan proses bersalin tersebut.

Tapi di sini Allah mengajar kita agar berusaha sehabis upaya, pelihara diri, usaha utk mengelakkan benda2 yg tak diingini terkena pada diri.... dan jika terjadi jugak, itu di luar kemampuan kita. :)


Modul Usrah 1 : Taaruf (My Family)

Bismillah.

InsyaAllah saya ingin cuba kongsikan seberapa banyak idea dan modul yang pernah dilaksanakan dalam usrah, program dan sebagainya. Ada yang tidak dapat dilaksanakan, ada yang sempat.

Moga boleh membantu mana yang perlukan :) khasnya untuk naqibah. Sebab naqib biasanya tidak perlukan modul. Lelaki cara lelaki, wanita pula ada caranya.

__________________
Tentang taaruf.

Biasa kita lakukan, masing-masing berbicara tentang diri masing-masing, ikut turn dan sebagainya.

Di sini saya berikan cadangan modul yg berbeza :

1- Masing-masing story tentang diri masing-masing 
a- Beri sekeping kertas A4 yang dipotong 6. (kecik la kan)..
- Beri masa untuk masing-masing catat tentang diri sendiri. Sampai memenuhi segala ruang pada kertas.
- Akhir sekali, biar rakan yang baca kertas tersebut :)

b- Buat macam kotak beracun, sediakan soalan-soalan asas, namunkan utamakn soalan yang mencari kelebihan pada diri ahli usrah, ini supaya bakat dan kelebihan tersebut kita tak sia-siakan.
- Jalankan music, gerakkan kotak beracun tersebut.
- Bila dah stop... tahulah kalian apa yg patut dibuat kan?

2- Rakan kita perihalkan tentang diri kita.
- Macam mana nak perihalkan? dia pun mungkin tak kenal kita - jawabnya pandai-pandailah.

a- Mulakan dengan 'first impression' , apa pandangan awal rakan mereka terhadap ahli usrah masing-masing.
"Rasanya dia jenis yang pendiam.."
"Mungkin jenis periang"

- Beri masa 'emergency' selama 5 minit, masing-masing bertanya rakan di sebelah. Bila dah habis masa, maka bolehlah mulakan sesi 'Meh saya perkenalkan, rakan sebelah saya ini namanya ______' hingga ke akhir.

b- Jika masing-masing dah pun kenal.. ini lagi mudah.
- Each person talk about friend besides her... apa-apa sajalah yang dia tahu..
Cth : Kat sebelah saya ni Rasyidah, dia student medic tahun 1.. penghafaz alquran.. dia sangat suka bertalaqi.. adik beradik dia 6 orang... hingga ke akhir.

3-  Koreksi kelebihan dan kekurangan ahli (Bukan sekadar tahu biodata)

Ini antara perkara terpenting yang perlu ada dalam taaruf. Bukan kita nak beri mereka rasa gah, bukan juga nak ingat-ingatkan mereka akan kekurangan masing-masing.. Tapi ia sebagai batu loncatan ke arah perubahan.

- Mungkin kakak naqibah hanya beri sehelai kertas kecil dan tidak perlulah dibaca isi kandungannya.. Jika nak baca, tanya dahulu kesudian ahli usrah. Jangan lupa maklumkan terlebih dahulu kenapa akak perlu tahu beberapa point dalam ni... tentu sekali kerana kita nak jadikan usrah sebagai agen perubah... biar selepas ini, kita mampu kekalkan dan grooming kelebihan yang ada, dan kita cuba baiki kelemahan yang wujud dalam diri. Beri mereka keyakinan sepenuhnya dan kepercayaan !

 Letakkan di situ beberapa perkara penting ;
1- Cabaran yang ditempuhi - cth kekurangan wang, tidak ada support dari family, takda komputer macam org lain
2- Kekuatan - kemahiran berkomputer, pandai math dll
3- Kelemahan - pendiam, kurang peramah, penakut berhadapan dengan org ramai,pemarah.

___________________

Semoga bermanfaat :)

Monday, June 10, 2013

Al-quran di dada, bagaimanakah

Alhamdulillah.

Semalam sempat menyempat call bonda di Malaysia hampir sejam berborak. Seronok berkongsi pengalaman dan mendengar pengalaman bonda semasa sedang kandungkan kami sembila orang. Dulu dah selalu dengar, tapi belum merasai. Sekarang perasaan gembira dan harapan bonda tersebut sudah mula meresap dalam diri..

I can feel what u feel..

Kata bonda menceritakan bagaimana dapat anak-anak yang sedap mata memandang dan cerdik pandai semuanya, semasa mengandung beliau tak lekang dengan alquran, katanya banyak surah yang tak dihafal tapi seolah dihafal dek selalu dibaca. :) - wah, aku ni dah macam reporter pada bonda sendiri.

Bertuahnya bonda tak melarang aku makan apa sahaja yang terlintas hatta nenas yang orang kata bahaya bahaya. Alhamdulillah merasa juga.

Bonda mengakhiri perbualan kami hari tersebut dengan meminta banyakkan doa biar Allah mudahkan semuanya. Katanya, mengandung orang yg mengaji ilmu ni berbeza, Allah tahu la apa cabaran yang sepatutnya. Berbeza dengan bonda yang ketika itu sudah tak lagi belajar :) tapi anak-anak bonda semuanya terpelajar. Alhamdulillah.

_________________

Cakap tentang al-quran.

Alhamdulillah sahabat setahfiz sudah pun menerima cahaya mata perempuan baru-baru ini. Sungguh tak disangka ia terlalu cepat.

Cuti 3 bulan ini juga aku bakal menerima sorang laki abang ipar baru dari adik beradik setahfiz :) aish. Semua sahabat sekelas tahfiz ni macam cepat kahwinnya. Kah kah. Mungkin banyak cabaran yang ditempuh, mungkin juga itu yang terbaik buat kami. Syukur padaMu ya Allah.

_________________

Semalam duduk bermuhasabah dengan suami tentang al-quran sambil2 aku menegur.
"Abang tersilap baca tadi.."
"Oh yeke.. yang mana?? "

Aku bacakan kembali di mana kesilapannya.

Selepas beberapa ketika, kami mula berbincang.... Kenapa kenapa dan kenapa.

Aku ceritakan dulu semasa sekolah menengah, ulang quran hampir 5 juzuk sehari... sebab tu boleh ingat sangat2.. pastu ditambah lagi kadang jadi imamah di masjid aspuri..

Suami juga begitu...

Kami mula mengkritik suasana sekeliling... masing2 merasakan suasana kini kian pudar. Ia tidak seperti sekolah menengah dulu... :'(

Akhirnya.

Baru lah terpusing kembali pada diri sendiri.

"Kalau kita salahkan suasana, sebenarnya kita sedang salahkan diri sendiri sebab kita yg menghidupkan suasana sebenarnya.."

"Betul.... tapi macam mana kalau masih tak ingat.... kadang rasa macam alquran merajuk..."

"Takpa.. sekarang kita sama-sama banyakkan istighfar.. banyakkan berdoa.. tahajjud... mungkin bila kita kurang semua tu, maka quran juga tak berapa nak rapat... kena fikir balik, apa amalan ketika sekolah menengah yg kita lazimi, tapi bila masuk Univ kita dah tinggalkan..?''

"Ye tak ye jugak.... jika dulu, masjid aspuri adalah tempat terindah untuk duduk... kini?..."

Tapi kan......

"Bila hanani mengulang, rasa boring dengan surah yang diulang... camna ni.... macam tak elok plak.."

"Kalau camtu takyah ulang dah, cukup baca sahaja... tiap bulan khatamkan 30 juzuk.. Baca sambil tengok alquran.. Kadang ada orang tak hafal pun alquran, tapi disebabkan dia selalu baca, dia boleh ingat!!.. "

"Cantek!"


Saya dan jemaah :)

Sekian mengutarakan topik kecil, perkara yang saya sudah lali mendengarnya sejak 2 tahun lepas lagi. Saat pertama kali menjejakkan kaki di bumi Jordan ini hinggalah sekarang..

Tapi bila terbaca blog adik ku sayang dari Medik. Saya pasti dia melalui saat yang sukar sebelum ini.

Orang kata : "insan hot.. dikejar dan dicari"

Hehe.

Buat adik ku sayang.

Insan berjemaah pasti lebih terjaga, terpelihara, dan rata-ratanya lebih baik berbanding yang tiada apa-apa ikatan mengikatnya.

Insan berjemaah lebih faham, lebih menghayati tujuan hidupnya di muka bumi ini.

Kerana itulah hadaf utama mana-mana jemaah! - memahamkan kenapa kita hidup di bumi Allah

Alhamdulillah Allah beri saya satu kekuatan, beriltizam, bersama dengan mereka yang satu perjuangan.

Tapi adakah itu bermakna saya meninggalkan mereka yang tidak sebarisan? - Tidak -

Berjemaah ajar saya untuk raikan semua pihak. Berjemaah = berpersatuan.

Saya miliki kawan yang kurang cantik akhlaknya dan pasti takda mana-mana jemaah aim beliau.
dan saya juga miliki kawan yang sangat cantik akhlaknya.

Bila merancang program, saya dan rakan-rakan sebarisan, memerah otak dan idea untuk mengisi kekosongan kedua-dua belah pihak hingga lah akhirnya ada yang bertepuk tangan gembira, ada yang bercakap dgn nada tidak suka.

Jujur, di akhir sesi, saya lebih berlapang dada, "Takpa kalau orang tak nak datang.. yang penting kita ikhlaskan niat"

Inilah hakikat sebenar kehidupan.

Kita tidak boleh hidup selesa dengan wehdatul fikri.. Tapi kita boleh hidup selesa dengan wehdatul amal. 

Saya yakin, kalau semua sahabat, bergabung idea dan cara, kita pasti miliki satu amal yang tip top! sekalipun fikrah kita berbeza.

Memang kita diciptakan untuk berbeza.

Namun apa yang berlaku ialah.
"Bagi kamu jemaah kamu, bagi aku jemaah aku." - "Kita berlumba..."

Sedangkan sepatutnya : "Kita sama-sama usaha.". 

Balik Malaysia, kita sambung kerja masing2.. Kerana di Malaysia, millions perlukan kita.

Mungkin kerana masing-masing dah tanam dalam diri : "Diorang takkan nak buat ngan kita"

Akhirnya. Bila ditanya, saya akan kata :

- Semua jemaah itu baik.
- Kaji semua, dan jangan hanya pandang sebelah pihak. Kaji apa? - kaji sejarah penubuhannya, bila ditubuhkan. siapa menubuhkan, apa hadafnya, apa bidangnya, kemasyarakatan kah, atau politikkah, atau kebajikan dll atau mungkin semua bidang dia masuk.
- Fikirkan di Malaysia, mana yang lebih perlukan kita
- Bersahabat dengan semua. Bantu semua pihak.

Kajian saya menunjukkan. Sahabat kita akan usaha tarik kita. Tapi bila kita tolak, kita tak lagi menerima hadiah coklat yang macam sebelum ni, kita tak lagi terima PM mesej di FB, dan tak lagi dihubungi seperti sebelum ini. Adakah ini tujuan ukhuwah? - ini namanya ukhuwah beragenda. Dan saya tak suka hal seperti ini.

Yup, di Malaysia, IKRAM, PAS, HALUAN, ABIM.. kita seiring. hanya berbeza bidang. Bahkan saya seronok subscribe fb Dr Hafidzi Mohd Noor, sangat2 supportive terhadap usaha pembaharuan politik di Malaysia.

:')

D n T bukan milik sesiapa. Ia milik kita semua. Yang bergelar hamba Allah.

p/s : D = Dakwah, T = Tarbiyah

Pesan murabbi : "Kukuhkan akidah perjuangan"

-Perjuangan kita satu. Wasilah kita banyak-

Sunday, June 9, 2013

Akademi Daieyah

Alhamdulillah.

Hari ini masih bernafas sedangkan telah ada insan yang semalamnya sihat, hari ini dia sudah tiada.

Hari ini kita masih mampu bersuara, melihat dan bergerak sedangkan ada insan yang semalam dia sihat, tetapi hari ini sudah tidak mampu lagi bergerak, berbicara dan melihat..

Bila meletakkan diri dalam situasi tersebut, kita akan rasa sayu sangattt... insan2 yang hari ini sudah tiada, meninggalkan anak bini , yang mereka pasti, pastiii sangat merindukan suara, senyuman, sentuhannya.... meninggalkan ternakan, tumbuhan yang tiap hari dijaga, diberi makan, dan disiram..... paling sayu sekali...

Dia telah meninggalkan tikar sejadahnya, meninggalkan telekung solatnya, dan dahi tidak lagi mampu menyentuh bumi.... menyembah Yang Esa...

Kita hari ini bagaimana?

_________________________

Berkisar tajuk.

Sesuatu yang sentiasa bermain di benak fikiran, dan sangat cantik kalau boleh dipraktikkan..

Kita hari ini, daie muka buku... segalanya merujuk pada FB, google..
Kita hari ini, daie kitab... banyak ilmu, tapi kurang pengalaman, sampai depan orang syok cakap sorang-sorang.

_________________________

Suatu hari Prof minta kami dalam kelas Usul Dakwah pergi ke sbuah kuliyah yang kebanyakan pelajar wanitanya tidak berhijab.... Ramai dalam kelas mula rasa tak senang lagi-lagi yang berniqab... Ada yang minta excuse, ada yang bagitau "Tak logik"... sedangkan sebelum-sebelum ini, kelas kami ini sangat meriah dengan pandangan2 bernas mereka, meriah dengan suara-suara mereka yang lantang di hadapan....

Namun dalam ramai-ramai, ada jugak yang pergi mendekati dan menjalin ukhuwah bersama non-hijabis di sana...

________________________

Ada satu kisah yang lawak...

Time tu berpeluang join program bersama dengan wanita di rumah harapan, Kelantan... program bersama adik2 tersayang... yang terpilih :)

Malam tu, selepas solat maghrib berjemaah... tiba ku ditepuk untuk beri slot bagi mengisi kekosongan yang ada... selesai berzikir, berselawat bersama adik2 tersebut, aku mula ke hadapan untuk borak-borak..

Time pegang mic, fikiran ku sangat kosong... apa ye nak diberitahu! takda persediaan...Allah..

Semua mata memandang pada satu susuk tubuh yang diamkan diri.. kening berkerut memikirkan idea. dan di barisan belakang sekali, kakak fasi yang lain memandang dgn mata penantian!

Ya Allah.. aku tengah cuti 3 bulan, dari Jordan plak tu. Takkan tak mampu!

Tiba aku mula bersuara, buat2 lawak sikit, perkenalkan diri.

"Sape boleh bagitau, apa beza kita dengan lelaki?"  cuba hidupkan suasana, yang kembali jadi bising dek kekosongan idea.

Zass... muka ku merah merona sebab takda orang respon...

Aku tukar soalan, "Ok, sape boleh bagitau, apa keistimewaan wanita? ... haaa"

Ada ala 2, 3 suara yang menjawab... "Wanita ni pemalu... cantik..." bla bla.. kemudian kembali bising.

Kemudian aku mula bicara tentang wanita, bagaimana Islam muliakan wanita... bagaimana handle diri sebagai wanita....

Tapi!!!

Panorama di hadapan sangatlah tidak indah.. ada yang menyandarkan diri pada dinding, ada yang bersandar pada kawan, yang menguap, yang borak2 dgn kawan... ada yang menongkat dagu!!! astaghfirullah... remuk sangat hati ketika itu...

Tanda apa?? - ia petanda bahawa apa yang aku bicarakan sangat memboringkan.. Daie syok sendiri!

Beberapa kali ku menarik nafas kembali cari semangat dan cuba senyum semula... Memahami situasi.. mereka insan terpilih, yang Allah pilih untuk bersama dalam program yang mereka sendiri tidak mahu... mereka dipilih untuk berubah.... jadi, kenapa nak pelik dengan situasi itu? ia bukan salah mereka! exactly salah kita!

Akhirnya ku mulakan kembali slot tersebut dengan beri sebuah kisah berkait dengan keluarga tercinta... benar2, aku hampir menangis menceritakan kisah itu.. Saat itu menyedari mereka mula beri perhatian..

Ada yang bertanya, "pastu jadi macam mana kak"... aku senyum sambil menahan sedih.. itu tanda mereka sedang mendengar..

Akhir sekali, kuberanikan diri dengan alunkan sebuah nasyid yang selalu didengari..

"Sayang sayang ummi..
Ummi ku sayang ummi..
Sayang-sayang ummi.. ummi ku sayang..."

 beberapa kali ku alunkan, akhir sekali, mereka sama-sama turut mengalunkan.. dan akhirnya kami sama-sama menangis rindukan ibu masing2 :')

Habis je prog, kakak motivator bagitau..
"Tips nak suruh apa yang kita sampaikan tu terus ke hati, ialah kita sampaikan melalui hati.. kita rasa dan hayati apa yang kita ceritakan.. jadi paling mudah, ceritakanlah suatu pengalaman yang pernah kita hadapi.."

______________

Di situ aku sedar...

Tak semua yang aku belajar, aku boleh ceritakan..
Tak semua yang kita tahu, kita mampu beritahu..
Tak semua yang kita nak bicara, orang mahu dengar..

Suatu hari, kita akan berhadapan dengan realiti..
Bila di hadapan kita mereka yang tidak bertudung...
Ada yang bertudung tapi singkat, nipis, jarang...
Ada yang berbaju tapi ketat, nipis, kecik....
Mereka ini tidak suka ceramah agama dari ustaz-ustaz hebat luar sana..
Apatah lagi kita yang langsung tak famous??
Mereka ini yang akan buat kita sakit mata, buat kita rasa pedih!
"Korang nak aku buat apa lagi!.. nasihat sudah, bagi dalil pun sudah!"

Mereka insan yang muak dengar cemuhan..
Insan yang benci dengan perkataan tarbiyah Islam.

______________

It's time to learn..

Thursday, June 6, 2013

Tiap detik jantung

Monolog hati 6 June 2013

Subhanallah ..
Alhamdulillah ..

Ia satu pengalaman, perasaan yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Suatu yang sangat baru dalam hidup, merasai adanya satu nyawa dalam diri kita.

Saat aku dan suami melihat detik jantungnya berdegup, aku banyak tergelak kecil dan tak henti dari bersyukur ... ia persis kelipan bintang yang kejap besar, kejap kecil... tapi cukup laju! Ya Allah,  dia sudah mula mengepam darah ke seluruh anggotanya... otak jugak sudah bakal terbentuk! Perasaan ketika itu hanya Engkau sahaja yang tahu.

Allah menjadikan fitrah kita, wanita mahupun lelaki, kita akan cintakan perkara sebegini. Apatah lagi wanita yang dirinya dipenuhi dengan masya'ir (perasaan halus).. sebak sangat bila mampu melihat keajaiban ciptaan Allah betul2 dalam badan kita !

Sepanjang hari tersebut, aku tergelak sendiri, kadang meneliti semula printscreen yang diberi... lama sekali aku meneliti sambil berfikir, bagaimana dia boleh terbentuk hingga membesar berkali-kali ganda... bagaimana ruang yang kecil ini mampu membesar dan dia juga pantas sekali membesar?! aishh..

Aneh sekali rasanya... sungguh hebat kekuasaan Allah..

Makin hari makin merasai kekuasaanMU..

Ya Allah peliharalah .. 

Sunday, June 2, 2013

Selera Kampung versi Jordan

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...

Dgn tulus ku angkat kesyukuran , sekalipun sekali-sekala mata ni tak lekang dari bergenang. Bila difikirkan, Malaysia miliki segala yang kita idamkan, impikan.. Sebut sahaja, takpun, tunjuk dengan jari sahaja insyaAllah dah boleh merasa.

Sedangkan di rantau ni, segala apa yang lidah nak rasa, tak ada depan mata, ia memerlukan kudrat dan usaha sendiri.... Jadi sabarlah duhai perantau.. Apa yang kita usahakan sendiri itu lebih bermakna sebenarnya :')

Sering motivasikan diri... Memang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi kita dapat apa yang kita perlu.. itulah ilmu dan pengalaman hidup di rantauan... mungkin sukar nak berkongsi bahan ilmiah dalam blog kerana perlukan kerajinan menyelitkan sumber dan dalil, demi amanah ilmu.. tapi lebih baik kita kongsi serba sedikit nasihat dan sesuatu yang mungkin sesetngah pihak perlukan...  ingat kaedah fiqh :

ما لا يدرك كله, لا يترك كله
"Apa yang tak dapat kesemuanya, tidaklah ditinggalkan kesemuanya"..

Bentuk manfaat itu kan banyak... Ada orang perlukan nasihat, ada yang perlu rujukan ilmiah, ada yang perlukan perkongsian pengalaman dan sbgnya... hm, tak lupa yang perlukan resepi...

Entah berapa kali saya merujuk satu blog ni , blog ore kelate. hehe.. aziekitchen.blogspot.com untuk buat apa-apa resepi masakan kelantan.. Untuk cik abe, untuk diri sendiri... dan sekali sekala buat makan untuk sahabat handai, ahli usrah dan lain-lain..... hm. kira dah berduyun pahala yang dia dapat bila berkongsi, sekalipun kongsi resepi kan?

________________________________________

Alhamdulillah minggu lepas sempat menyempat lah pulak buat macam-macam, selera kampung tapi versi jordan dek kerana bahan-bahannya semua dari bumi anbiya' nih, serba kekurangan.. tapi alhamdulillah rasa dia tu ada lah jugak kan... :')

1- Laksa Penang


Ok. gambar tu hiasan je.. tapi lebih kurang jelah kuah dia.. melainkan laksa tu.. sbb kat sini takda laksa ok, ada spagetti je.

Utk kuah tu :
Blend bawang besar sebiji + bawang putih dalam 2 biji (kalau ada belacan, blend lah sekali)
Bila dah blend, campurkan dengan cili kering yang dah dikisar dalam sesudu (cili kering jordan pedas bak hang! seb baik guna malaysia punya je)
Blend tuna / isi ikan - asingkan (ni terpulang nak letak banyak mana)

Kemudian, tuangkan semua (bawang dll blended + tuna blended) ke dalam periuk.
Tambah air dalam beberapa gelas (atas selera nak kuah pekat mana)
Tambahkan asam keping, ikutlah berapa biji (sesuai dlm 3 biji - 5 biji)

Kalau ada daun kesum letaklah sekali. Kalau takda takpalah...
Last sekali, tambahkan garam sikit sebanyak :') ciap..

Ulam tu memandai kita jelah ek, semua dah besar panjang... Biasa orang letak telur rebus, salad, timun dll.

2- Nasi kerabu Kelate
:') Terliur plak tengok gambar ni.. rasa nak buat lagi...

Nasi tu rebus macam biasa lah kan, tambah pewarna biru je sikit.

Untuk kuah tumis :
Blend bawang besar 2 biji, bawang putih 2 biji, halia 1 inci.
Campur dengan cili kering yang dah di blend.

Panaskan minyak, agak2 separa tenggelam semua bahan kisar tadi.. Kemudian masukkan bahan blend + cilir kering yang di blend tadi. Kacau sikit, bagi naik bau.

Bila dah naik bau, campurlah santan setin (mungkin dlm 500g kot) tak ingat.
Kacau2 sikit supaya dia tak jadi biji-biji. Kemudian tambahkan garam secukup rasa.
Nak bagi pelik sikit, tambah kari sikit. Best kalau tak tambah.

Agak2 kaler dia cantek dan dah mula menggelegak, maka ciaplah..

Untuk kerabu :
Kelapa kering, goreng sampai kaler dia koko-koko cantik. Asingkan
Rebus ikan - amik isi dia / tuna dalam tin tu
Blend sikit dengan bawang besar yang dipotong2 - eloknya tumbuk je tapi sebab takda alu lesung. - Kiranya blend macam tak blend sbb tak letak air pun.. Just nak suruh dia hancuss sikit2

Last sekali, campurkan kelapa goreng dengan isi ikan yang diblend dgn bawang td.
Tambah garam dan gula secukup rasa :') sedap..

Untuk ulam :
Pandai2 lah yer.. Kobis, timun, kacang panjang (kt sini kacang  pendek)..

Nak sedap lagi, buatlah sambal belacan... yummy.
Pastu bakar daging ke, goreng ayam ke, bakar ayam... everything were sangat sedap :')

3- Laksam Kelantan

Alhamdulillah.. jadilah laksam walau segulung.. hehehhe. paling kurang dpt merasa.hm yg lain, lembik dan keras.. last sekali, kitorang guna spagetti je..

Cara laksam : 
Bancuh tepung beras 3 cawan + tepung 1/2 cawan + garam sudu kecik
Sekali dengan air suam2 5 cawan

*guna cawan yang sama ok!

Time bancuh tu, panaskan lah kukusan... ambik tudung periuk ke apa2 sahaja.. haritu saya guna loyang memanglah susah sikit nak gulungnya..... sapukan sikit minyak...

Kemudian tuangkan bancuhan tadi ratakan, jangan nipis sangat dan jangan tebal sangat... tunggu dalam 5 minit. kemudian angkat loyang tadi.. tunggu sjuk sikit baru gulung... :) then gunting/ potong2.....

Untuk kuah :
Blend bawang besar sebiji + bawang putih 2 biji + black pepper sesudu kecik + halia seinci.
Bila dah hancur, masukkan isi ikan / tuna ke dalam blender tu, blend lagi...bwang dll + ikan...
Tapi jangan terlalu hancur, nanti kurang sedap..  kalau lekat2, tambah lah air secawan.

Kemudian tuang semua yg dalam blender tu ke dalam periuk camtu je... buka api...
Then, letak santan setin... dan tambahkan air sikit sebanyak..
Kalau rasa black pepper kurang , tambahla sikit lagi..
Last sekali, letak garam secukup rasa... Tunggu sampai boiled... ciap :')

4- Karipap pusing

Penat plak nak siapkkan yg ni punya resepi.. nanti lain kalilah :') Yang penting bila dah kerap kali buat, insyaAllah ingat.

___________

Tips untuk 'menjadi' masakan kita :
1- Jangan skema sangat nak sukat2... Campak je ikut instinct. Ni yg ibu2 bagitau la.. sbb laksam punya gulungan saya tak menjadi sangat.. so katanya jangan ikut resepi fully.. Percaya pada diri sendiri lebih penting.

2- Niatkan nak wat makan utk orang bukan kita sorang

3- Jual.... sebab bila jual, kita akan buat sehabis baik punyer..  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...