Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, June 22, 2013

Takziah buat rakan - rakanku

DariNYA kita datang, dan kepadaNYA jualah kita kembali.
إنا لله وإنا إليه راجعون

Berita disedut dari laman group MPMMJ (Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan).

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.


____________________________

Baru semalam bersharing bersama akhawat PPMA, menamatkan perbualan bersama mereka dengan satu gambar, "Pray as if it were your last".

Tidak tergambar perasaan ketika kematian itu datang menyapa. Ukhti Sumaiyah Romli dikhabarkan oleh rakannya bahawa beliau sempat melafazkan syahadah ketika tiba di Hosp. Queen Rania, Petra. Beliau juga dijadualkan pulang ke Malaysia beberapa hari selepas kembali semula ke London. Namun, Allah takdirkan beliau terlebih dahulu pulang ke kampung abadi, tempat asal semua manusia... Semoga Allah merahmati, mengampuni mu ukhti. Perjalanan dalam mengambil ibrah alam ciptaan tuhan. Semoga perjalanan itu bernilai ibadah yg besar di sisi Allah.



Takziah juga buat sahabat sebatch, Humairak Ibrahim dan suaminya Nazirul yang turut tercedera dan telah dibawa ke bilik pembedahan petang ini (22 Jun), mereka berdua kehilangan bayi dalam kandungan yang merupakan bakal permata sulung.. Innalillah wa inna ilaih raji3un.. Lagi 2 bulan lebih sahaja lagi. Moga terus tabah, diberi kekuatan berpanjangan untuk meneruskan hari-hari di bumi anbiya' ini. Sungguh bayi kalian sedang menanti di jannah sana.. 

Gambar kubur bayi umai dan nazirul.. bayi yang sudah lengkap sifatnya, 1.8 kg, namun Allah ingin dia menantikan bonda dan ayahandanya di syurga sana.



gambar dikongsi sahabat Irbid yang sempat melawat Umai di hosp Queen Rania. Kata Umai : "Mira, baby dah takda!" .. jawab kawannya : "Adalah! dia tunggu kat syurga".


Nazirul dalam perjalanan menuju ke hospital di Amman untuk pembedahan. 

Ukhti Ili Diyana yang menemani adik usrahnya Sumaiyah Romli juga dilaporkan mengalami kecederaan yang tidak kurang teruknya. Termasuk driver yang merupakan rakan sebatch kami, Shukri atau lebih mesra dipanggil keriey juga masih dalam keadaan kritikal dek hentakan kuat di bahagian kepala.

Gambar kriey alias.. semoga Allah sembuhkannya. 



____________________________

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan, keampunan dan belas ihsan pun pada mereka semua. 

Ini saat mereka sedang dalam kesusahan, suatu saat nanti kita pula. 

Ini sahaja yang mampu saya kongsikan, lain-lain kisah dibimbangi ada tambah tolak pulak kan. 

Seperit-perit kita yang mendengar, perit lagi mereka yang mengalaminya. Allah... Engkau Maha Adil. Pasti ganjaran indah bakal mereka terima atas musibah ini.

____________________________

Dulu tiap kali suami drive memandu bawa orang, tiap kali tu saya tak putus berdoa. Kerana pengalaman sebelum ini berjaulah bersamanya, saya melihat suasana cerun, bukit, gaung yang dalam, kawasan berbatu-batu. Apatah lagi cara arab drive yang kadang boleh membahayakan kita sekalipun kita telah berhati-hati.. 

Jujur saya langsung tidak mampu melelapkan mata dek kebimbangan. 


Apapun, hidup mati, segalanya dalam ketetapan. Sejurus saya menerima berita ini, teringat saya pada ayat alquran dari surah luqman, ayat laast sekali yg sempat saya kongsikan dalam laman fb.


"..........tiap jiwa itu tidak mengetahui apakah yang bakal dia lakukan esoknya, dan tidak juga mengetahui di bumi manakah dia akan meninggal... "

Salam takziah. Bersabarlah sahabatku. 

Nabi bersabda : إنما الصبر عند الصدمة الأولى

Hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.. Saya petik di hujungnya sahaja..ia mengisahkan tentang seorang wanita yang menangisi kematian di tanah perkuburan, nabi menegurnya dengan memintanya agar bertaqwa dan bersabar.. Namun dibalas : "Jauhkan dirimu dariku.. sesungguhnya engkau tidak ditimpa seperti musibahku ini." (ketika itu wanita tersebut tidak melihat bahawa yang menegurnya itu Rasulullah S.A.W... Kemudian, dimaklumkan padanya bahwa yang menegurnya tadi adalah Rasulullah S.A.W.. Apabila dia mengetahuinya, dia lantas ke rumah nabi untuk meminta maaf. Lalu Nabi S.A.W berkata dan memberi kaedah di atas. Yang bererti : 

"Sesungguhnya (yang dinamakan) kesabaran itu ialah saat pertama ia terkena pada kita / pada hentaman pertama." 

Saat pertama kita mendengar berita kehilangan anak, atau kematian ahli keluarga, atau dimarahi. Maka tindakan selepas itu menentukan, adakah kita sabar atau mempertikaikan..

Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar. 







3 comments:

Bayt Amzar said...

Salam Takziah dari kami sekeluarga... sayu mendengar kisah mereka.. Sungguh Allah sayangkan mereka...

Al-Fatihah buat arwah...

Salwa said...

Salam Takziah ... buat Tuan Haji Romli sekeluarga diatas pemergian anakanda tersayang Allahyarhamah Sumaiyah binti Romli .... Semoga arwah dicucuri Rahmat .. kami di Malaysia menanti ketibaan jenazah pada malam ini (24 Jun) di KLIA dan akan diterbangkan ke Penang pada jam 10 malam .. Jenazah akan dibawa ke kediaman dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Buqhari , Alor Setar pada jam 1@2 pagi ( 25 Jun ) ...

suebee said...

banyakkan berdoa agar mereka kembali sihat seperti sediakala dan takziah kepada keluarga Hj Romli

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...