Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, November 9, 2014

Projek menterjemah kitab :)

Bismillah.

InsyaAllah jika diizinkan oleh Allah SWT, saya selaku house-wife-mother, akan memulakan projek menterjemah kitab arab ke bahasa melayu.

Mohon doa sahabat sekalian semoga projek ini berjaya. Ameen.




Pengalaman di Amman, Jordan

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas segala nikmatNya yang mengindahkan lagi kehidupan kita.

:) Terima kasih Allah beri saya peluang untuk teruskan kehidupan dengan positif. Setelah melalui detik-detik homesick pada bumi tempat saya menadah ilmu.

Tahun pertama di Jordan, jiwa dikacau dengan bermacam bisikan sesalan .. "Kenapa la aku datang Jordan.. Amman plak tu, takda kawan dan sebagainya...". Boleh dikatakan tiap malam berteman seorang sahabat merangkap housemate dan teman sepengajian tercinta, Azilah... kami berteleku selepas solat, kadang menangis.. Sahabat saya dirisik UIA, tapi menolak peluang itu semata untuk datang ke Jordan.

Ia tahun di mana saya terjebak aktif dalam persatuan, bermula sebagai timbalan lajnah multimedia kepada seorang ketua yang "wat tak endah".. Gigih saya meng"update" blog persatuan yang kini sudah tiada lagi(di block).

Menggunakan yahoo group di email masing-masing, di situlah kami berhubung sesama ahli untuk sebarang makluman program. Facebook masih tersangat rare ketika itu. (mungkin saya kot yang kurang main fb ketika itu).

Ketika itu, persatuan merupakan satu-satunya pengikis "homesick" melampau pada bumi Malaysia, serba sebanyak ia mengikis sikap manja selaku anak bongsu perempuan.

Disibukkan dengan kuliah setiap hari, library / maktabah merupakan tempat wajib singgah tiap kali gap kelas, dan ia juga merupakan tempat paling banyak dikunjungi untuk budak 1st year seperti saya saat itu.

Belum ada whatsapp, facebook pula masih lagi 'muda', tidak lah aktif mana. Jadi hadir ke maktabah adalah semata untuk siapkan kerja assignment atau mengulangkaji! bagus sangat kan.

Malam-malam disibukkan dengan meeting, meeting, meeting.. kadang kelas, kadang study dan sebagainya. Manakala hujung minggu kami "bertafaqquh" bersama, berqiamullail yang paginya pula kami beriadah dan berprogram...terngiang-ngiang bacaan yang lunak oleh seorang kakak yang kami panggil kak za sewaktu qiam kami.. indah sangat..

Disebabkan pelajar Malaysia Amman tidak ramai..kami sering dijemput untuk hadiri majlis-majlis ataupun keramaian orang arab.. Apatah lagi pelajar wanita yang boleh dikira dengan jari..

kenal tak kenal, kami turut menghadiri kelas mingguan personal(untuk kami sahaja, muslimat amman) bersama allamah Syeikh al-muhaqqiq Syuaib Al-Arnout, ulamak besar dalam bidang hadith... masyaAllah... disebabkan ketika itu kami tak berapa kenal dengan Syeikh, kami kadang bergurau dengannya seolah dia bukanlah ulamak besar. Syeikh sabar mengajar kami yang ketika itu masih lagi "kurang" dalam bahasa arab. Nahu, fiqh, isu semasa.... Boleh dikatakan ia talaqqi yang paling sempoi pernah saya join. Syeikh suka sangat bertanyakan pandangan kami dalam sesuatu perkara, pernah suatu ketika Syeikh bertanya "jika berhadapan dengan kuffar yang zalim dan mahu bunuh kamu jika tidak melafazkan perkataan kufur, mana kamu pilih, mati syahid atau melafazkan dengan niat mengambil rukhsah?" ....  Sorang demi sorang memberi jawapan dan ia akan dikhulasahkan oleh Syeikh hafizahullah... kenangan talaqqi ini segar bermain di minda dan jujurnya saya sangat rinduuuuuuuu untuk menghadirinya lagi.

Allah...

Jika mahu disimpulkan kenangan 4 tahun kepada satu artikel ini.. Rasanya tak muat...

Segalanya segar dalam jiwa. Bahasa arab yang ku cintai... setiap hari praktis dan praktis agar tak hilang dari ingatan, agar lidah masih tak pelat menyebutnya...

...... to be continued


Thursday, October 9, 2014

Fresh graduated :)

Bismillah. 

Alhamdulillah, sudah lebih sebulan saya sekeluarga tiba di tanah air tercinta, menyemai hidup di bumi Malaysia, dengan harga sara hidup yang makin meningkat, dengan kadar jenayah yang makin melonjak. Moga Allah memelihara kami dari segala fitnah dan bencana. 

Syukur alhamdulillah, bergelar graduan bukan mudah rupanya, hehe, ada2 saja yang ingin bertanya, menguji, soal itu ini. Dan pastinya mencari pekerjaan itu juga bukan suatu yang mudah.. 

Ruqayyah kini sudah 9 bulan 8 hari, syukur dia semakin baik dengan sanak-saudaranya. Vocab dia juga makin bertambah, mama papa, baba, tata dan sebagainya. Takpalah Ruqayyah, nanti dah besar panggil ummi wa abi yer :) impian besar ummi untuk jadikan keluarga kita menguasai bahasa arab, hehe, bukan mudah, dan penuh cabaran!

Kami sekeluarga kini menetap di Sepang, secara detail lagi di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara. Menemani ummi (ibu mertua) yang keseorangan di sana, sementelahan kami berdua ini belum bekerjaya.Alang-alang itu, teruslah encik suami cari kerja di sana. Alamatnya memang hidup di sana lah ye? .... hmm...redha je mana2 :) 

Still searching for usrah, rakan, halaqah dan seumpamanya. Alhamdulillah dah jumpa kawan, Bahijah namanya, bersama suaminya yang merupakan rakan alam maya kepada suami saya..dan inshaAllah dia akan calling2 berwhatsapp untuk sebarang aktiviti atau usrah. Syukur alhamdulillah, semoga Allah dekatkan hambaNya ini dengan orang baik supaya saya boleh terus istiqamah ke arah kebaikan. 

Berkaitan kerjaya. 

Jujurnya tak terfikir untuk ke arah menjadi guru.tapi guru pun berperanan besar dalam didik anak bangsa kan, insyaAllah mana2 pun takpa.. namun cita2 besar ingin menjadi seorang pensyarah muda.. over kan? baru umur 22 dah berangan nak mengajar budak2 univ... haih, akak dah grad tau! hehe. disebabkan cita2 tu, jadi my job search lebih tertumpu pada universiti2 seluruh Malaysia. Perasan betul! Mungkin sebab selalu berkawan dengan sahabat2 pensyarah, dan tutor yang sedang melanjutkan pengajian di Jordan kot..... aura mereka terpalit sama. Jadi, bila tengok diorang semuanya pensyarah, teringin nak jadi tu jugak...

Buat blog readers and stalkers, mohon doakan buat saya dan suami. Mudah2an ada rezeki kami untuk menabur bukti di samping mencari rezeki di mana2 sahaja, untukMu, untuk agamaMu, kami sudi dicampak di mana2 sahaja, namun kami mohon berikan kami sekadar yang kami mampu hadapinya. Itu janjI Allah pada hambaNYa, dont worry.... yakin pada Allah.. 

Juga inshaAllah dalam masa terdekat kami akan lancarkan jual beli online.sebagai kerjaya sampingan dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ni adik kakak.. doakan segalanya dipermudahkan, jangan lupa support k! moga rezeki halalan toyyiba itu dapat kami kecapi dan nikmati.ameen.




Friday, August 29, 2014

Going home :')

Bismillah..

Alhamdulillah, feel blessed, syukur walau sakit2 dan macam2 ujian, Allah mudahkan proses pengemasan rumah, lancar dan senang. Rupanya banyak jugak ye barang di Jordan ni, hehe, baju sahaja berguni2 sedangkan hanya mampu beli sehelai baju tiap tahun, iaitu time raya >_<

Pasti yang paling busy mengemas ialah putri yang sedang menginjak usia ke 8 bulan 4 hari lagi :) she's so busy tengok2 balik kertas2 baju2 dan barang2 yang ummi abi nak clearkan, bila lipat kain, dia yang paling busy untuk cek balik kain tu, hehe. Cerdik dan rajin anak ummi nih.

Suami tersayang dah nak demam, kesian sangat. Sebab kesian tu lah, zaujahnya ini gagahkan diri untuk tolong. Bahkan rasa lagi bertenaga bila dapat tolong berbanding tengok sahaja, lemah x bermaya. Thanks to him, sekali lagi dia buat banyak kerja. Masak, kemas, basuh baju dll.. Katanya : "Dah...... syg rehat je , tak yah buat apa2..". Bila terbuat banyak kerja je, dia akan marah2 gitu2. hehe.. terima kasih ambil berat.

Gerun dan takut juga untuk terbang ni, lagi2 selepas tragedi2 yang meragut nyawa melibatkan kapal terbang. Apapun, pada Allah kita berserah, tak ada tali untuk bergantung, tak ada belon2 menyambut kami di bawah jika ada apa2 berlaku, kalau perlu terjun pun, tak tahu apa di bawah kan, laut kah, hutan gunung kah dll.. justeru, tawakkal mereka yang di udara merupakan tawakkal yang paling tinggi.. benar2 serah pada Allah, jatuh ke mana, terbang ke mana :')

Moga Allah berkati perjalanan ini, niat untuk terus berbakti untuk ummah, sambung perjuangan, untuk mendidik masyarakat, untuk bertemu ibubapa dan sanak saudara yang dirindui... semoga segalaya selamat sahaja...

Doakan kami ye :)

Maafkan salah silap apa2 jika ada....... do pray for us <3 nbsp="" p="">

Sunday, August 24, 2014

Ujian itu tarbiah

Assalamualaikum wbt.

:) :)

Alhamdulillah 3ala kulli halin wa ni3ma..

Lafazkan kesyukuran dan pujian bagi Allah SWT dalam apa jua yg kita hadapi.. Jika ia suatu yg baik, maka kita syukuri, jika ia suatu yg kurang baik, maka kita bersabarlah. Allah pasti mengganjari kesabaran kita itu.

Yakini apa yg berlaku pasti penuh hikmah...

Pengalaman kali kedua dimasukkan dalam wad sepanjang berada di Jordan. Kali pertama sewaktu melahirkan anak, dan kali kedua setelah sedikit musibah berlaku.

Sedih dan rindu mengusik2 hati,membuatkan jiwa keibuan ku acap kali tersentuh, setelah menahan diri, akhirnya sebak yang ku tahan terluah jua, menangis tersedu jadinya. Pertama kali meninggalkan anak, tidak tidur bersamanya. Buat ku membayangkan tangisannya saat melihat ummi abinya tidak ada di sisi.

Syukur Akhirnya Ruqayyah sudi menyusu dengan ibu susuannya setelah beberapa kali menolak, apakan daya, ummi ditegah dari breastfeed Ruqayyah buat sementara sebab drugs yang dimasukkan dalam badan ummi..

Ruqayyah beberapa kali datang padaku berbaring di ribaanku, merayu dan menangis.. aduhai anak..

Ujian ini ujian buat kita sekeluarga...

Doakan diriku segera sembuh.. :') apa yang hilang pasti ada ganti, yang berusaha pasti ada jalan, yang yakin pasti akan bahagia.. bahagia dengan hikmah tersembunyi.. moga Allah jadikan sakit ini kaffarah dosa2 ku.. ameen ya rabb..

Monday, August 11, 2014

Tarbiah, main, anak

Assalamualaikum wbt.

Suka saya nak kongsi sebuah perkongsian dari salah seorang kakak(dewasa dari ku berbelas-belas tahun) yang sudah pun miliki 3 orang anak... saya sangat kagum dengan keluarga itu, bayt adda'wah, suami hebat, isteri hebat, anak2 pun hebat...

Saya perhatikan anak2 kakak ini, berbeza dengan anak2 yang lain... Di usia 12 tahun, anak sulungnya kelihatan sangat matang, tak main berlebihan macam kanak2 lain, anak perempuannya juga kelihatan matang...

Cuma satu masa, semasa makan2 bersama... kakak ini pesan (lebih kurang ayat dia) : "Anak sulung biasanya sangat kesian, kita biasanya sangat excited terima anak, macam2 impian yang kita tanam, macam2 perancangan kita letak untuk tarbiah dia, jadi dia merupakan anak yang paling disiplin, paling strict, berbeza dengan anak2 yang lain, bila ada anak kedua dan seterusnya, baru kita perasan, kita rupanya sangat strict dalam mendidik anak pertama dulu.."

Macam mana tu kak? saya soal untuk diberi contoh yang lebih memahamkan saya...

"Yelah, kita tak bagi dia main tu main ni, tak bagi dia buat perkara tertentu sebab kita nak dia jadi macam yang kita impikan..jadi bila budak2 lain duk main, dia tak main skali... memang ada kelebihan dia, dia kelihatan matang dan mungkin lagi cerdik, tapi kanak2 kan ada dunia dia, biar dia lalui semua tu..." 

Oo... sekarang saya faham apa maksud yang cuba disampaikan, khasnya pada saya dan rakan2 yang pertama kali menimang cahaya mata...

Berilah kanak2 tu ruang untuk mereka teroka dunia mereka, bermain kejar2, tembak tembak dll... itu cara mereka membesar, kalau perlukan alat mainan yang sesuai, berikanlah sekalipun kadang2 ia nampak macam kebudakan.. macam anak patung ke... dah memang namanya budak2...

Apapun, Islam ajar kita untuk mengambil "kesederhanaan" dalam sesuatu perkara...

Jangan terlalu longgar dalam mendidik anak, dan jangan terlalu strict.... ambil lah yang pertengahan...

Jujurnya saya tak berapa berkenan dengan cara sesetengah arab(boleh dikatakan majoriti)... bila kita pakaikan tudung pada kanak2 atau bayi, mereka akan tegur,

"kenapa pakaikan dia tudung? dia kecik lagi.." (yelah, anak dia yang umur 12 tahun tu pun masih pakai skirt, headband bagai)...

"Saja je tutup kepala dia, sebab panas ni tak elok dia terdedah kena cahaya matahari, tak bawa topi" (kadang macam ni jawapan saya).. lagipun bukan selalu pun, buka tutup buka tutup... untuk bayi 6 bulan ke atas, cukup sekadar kita ajar dia kadang2, biar dia kenal sikit.. walaupun masih kecik sangat, percaya lah,, kesannya tetap ada...   lainlah kita mewajibkan budak2 tu pakai-- no ok.

Bagi mereka, usia bawah baligh ni walaupun dah 14, 15tahun, still masih dibenarkan untuk on off hijab.... hm, padahal dah besar sangat tu....

Dr pensyarahku pernah mengakui kesilapan ini.. katanya "kita arab selalu lewat mendidik anak... masa besar, kita harap dia betul2 ikut syarak, tpi masa kecik kita tak pernah ajar dia!"

Percaya tak kalau saya katakan hanya budak melayu je yang pakai tudung kat sekolah sini, sekolah tadika dan sekolah rendah! the rest ----- masih berskirt, seluar jeans, headband, ikat rambut dll..tak pelik, bahkan mereka pelik tengok kita pakaikan tudung untuk budak sekolah rendah, apatah lagi kalau tadika kan.

Ada orang sebab nak sangat anaknya jadi ulat buku, tiap masa bagi buku je.... mainan pun buku, apa2 pun buku.. bagus tu, tapi dia juga memerlukan perkara lain untuk diterokai selain buku....

Macam tu lah lebih kurang seposen dari saya...

Belum ada pengalaman, ini kan anak pertama, jadi hanya share orang lain punya pengalaman. :)

______________________________

Antara tarbiah ruhaniah cadangan sepuluh sen dari saya :

1) Beri anak dengar alquran, at least sekali sehari....! jangan jangan jangan langsung tak baca alquran dalam sehari... sebaiknya untuk kita yang masih menyusukan anak, semasa menyusu tu, bolehlah kita isi dengan baca alquran, selain kesan pada anak, kesan juga pada susu yang mengalir dalam badan kita tu right?

2) Joinkan dia dalam majlis ilmu... selain kita mengajar dia untuk socialize dengan orang, dia juga insyaAllah akan terkesan dengan rahmat yang ada dalam majlis ilmu tersebut.. ramai bimbang takut anak nangis dan ganggu.. yup, itu kita kena usaha agar anak dapat tenangkan diri dalam majlis ilmu hingga tak ganggu orang.. bawalah mainan dia, buku, atau apa2 sahaja yang kita fikir boleh lalikan dia kejap.

3) Zikir selalu.... dodoikan anak, bagi susu dsbgnya....

4) Elakkan lagu2 yang kurang elok, bahasa2 yang kurang elok..

5) Jaga makan dia, usaha sedaya upaya untuk elakkan makanan2 yang kurang elok, khasnya dari luar rumah... kenalkan dia dengan makanan sunnah.. tamar, madu dll..

______________________________

Antara permainan yang kita boleh buat selalu :

1) main sorok2 ... mungkin belakang bantal, tutupkan kepala kita dengan kain, biarkan baby tu cari kita.. dia akan dengan sendiri tarik kain tersebut, cari kita dan gelak2 bila dah nampak muka umi nya di sebalik kain tu... ulang dan ulang permainan ni.... bila dah besar sket, boleh main sorok2 belakang pintu pula..

*permainan ni ajar dia untuk raikan perasaan ingin tahu tu..
*ajar dia untuk usaha dan usaha
*ajar dia untuk berani

2) koyak-koyakkan kertas... cuma pastikan kita ada sepanjang masa di sisi anak untuk permainan ni sebab budak akan cuba masukkan kertas dalam mulut.... baby akan cuba pegang kertas kecik2 yang kita koyakkan, dia angkat, letak, kita boleh tiup2kan kertas tu hingga bertaburan..... she'll try so hard untuk ambik kertas yang bertaburan tu..... dia juga akan gelak2 bila tengok kertas kecik2 tu terbang...

*teach her to focus, budak2 biasanya sukar nak pegang benda kecik2, tapi kalau dia fokus dan usaha, dia akan mampu pegang kertas tu..

dll...

Boleh berikan cadangan kalian kat bawah ye kalau ada sesuatu yang menarik untuk kita lakukan bersama ke arah didik anak kita > terbaik rohaninya, terbaik juga mindanya.

Ok lah, ada kelas computer pulak...... learning about how to make website, web page.... chayyuk hanani!

Sunday, August 10, 2014

Graduate

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah hehe, insyaAllah jika diizinkan olehNya, semester ini merupakan final sem walaupun sepatutnya semester lepas saya graduate selaku pemegang ijazah sarjana muda usuluddin dari University Of Jordan, Amman.

Apapun, kita merancang, sejak dari tahun 1 lagi, sering sebut2, nak grad tepat pada masa, dan dapat hadiri majlis convocation, bla bla bla... tapi siapa sangka, kahwin, mengandung dan semua... sehingga terpaksa drop beberapa subjek demi maslahah diri sendiri... alahan terukk .. tak kurang juga kesilapan diri sendiri, bila rasa kurang 'ngamm' dengan pensyarah, maka saya dengan senangnya klik butang drop untuk subjek tersebut.. pernah berlaku untuk subjek hafazan, komputer dll.. :'( menyesal eh? hehe , namun saya panjatkan syukur pada Allah SWT sebab sepanjang berada di univ ni, belum pernah fail mana2 subjek.. paling rendah pernah dapat ialah C- ....

Nak dapat alif tu pun menangis2 dulu, bukan mudah sebab berdepan dengan sistem universiti yang sangat pelik... dia kuotakan bilangan pelajar untuk setiap gred.... hanya 10% dari bilangan pelajar sahaja dibernarkan untuk dapat A, 15 % untuk B dan sebagainya.. means kalau pelajar 60 orang, hanya 6 orang yang tertinggi sahaja akan dapat A. (walaubagaimanapun, syukur pada Allah, at least ada hikmahNya, usaha kena lebih dll)..

Doakan segalanya berjalan lancar, minat saya pada bidang akademik ni usah cakaplah, tapi minat sahaja tanpa usaha dan itqan yang betul2 macam rajin baca kitab, dll, tu tak jadi apa jugak...

InsyaAllah jika diberi peluang dan ruang, saya dan suami akan terus menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi.. jika dapat, insyaAllah beralih ke bidang fiqh wa usuluh pula... fikir punya fikir, nak sambung kat malaysia ke kat mana? namun atas permintaan ibuku, minta sambung kat Malaysia, insyaAllah akan dipenuhi, sayang ma <3 di="" else....="" impian="" jordan="" nbsp="" or="" p="" sambung="" somewhere="" turki="" uk="" untuk="">
Yang penting, kita berdoa dan terus berdoa, minta dijadikan antara orang yang berkhidmat untuk agamaNYA, moga dia tempatkan kita mana2 tempat yang terbaik, sesuai dengan kemampuan kita....

Rabbuna yassir... :)

Doakan kami sekeluarga moga menjadi antara educated family... ameen.... untuk agama, ummah dan negara...

Ya Allah kabulkanlah... 

Wednesday, August 6, 2014

7 months with ummi abi

Assalamualaikm wbt.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang mengurniakan kesihatan dan kelapangan untuk kembali mencoret serba sedikit perkongsian. Mungkin bermanfaat bagi sesetengah pihak namun tak bermanfaat bagi sesetengah pihak...

Baru-baru ini, kawasan luka ceaser ku agak bermasalah. Entah kenapa, perit dan pedih dapat ku rasai dari dalam, tak termasuk kulit luar. Ngeri betul kan. Puas search google mencari jalan... apapun, alhamdulillah sekarang ni ok sket kot.

Bila fikir kesakitan ini, sebak sangat rasa. Betul la, bila jadi ibu, baru kita tahu sejauh mana besar pengorbanan yang seorang ibu lakukan, sanggup bersakitan demi seorang anak..

Parut ini akan kekal, sebagai saksi buat ku, cuba menyelamatkan satu nyawa yang ku cintai kerana Allah.

Ruqayyah sekarang dah 7 bulan! subhanallah.... seusia 6 bulan lebih dia sudah start to crawl walaupun masih belum stabil betul... dan beberapa hari sebelum 7 bulan, dia sudah mampu merangkak dengan baik, begitu juga duduk :) walaupun kadang2 masih lagi terhuyung hayang, tapi dia dah mampu stabilkan dirinya :)



MashaAllah, budak kecik ni makin aktif, masuk bawah kerusi, makan kertas *_*, panjat tilam pastu jatuh, naik atas ummi abi, bla bla bla... pokoknya, dia sangat sukar untuk distopkan... tambah lagi dengan mulut banyak $_$, nonstop talking....

Juga dah mula menangis bila tengok ummi bersiap2 pakai tudung bagai tapi tak amik dia. hehe... poor baby... tiap kali nak ke univ, sedihnya alahai...

Yup itu di rumah.

Keluar rumah je, mata dia dah lali lali ngantuk...

Mngkin disebabkan rutin abi nya mendodoikan nya guna cara "dukung sambil berjalan"... he just dukung dan jalan ke hulu ke hilir saaaampai la budak kecik tu tertidur dengan sendirinya. Cara ni abi dia buat sejak Ruqayyah berusia 3 bulan lagi.....

Jadi, ummi pn mula lah bimbang bila dia tidur, sebab nanti bangun and still at outside, dia akan meragam sket @_@ .. tak mahu dengan orang, nak ummi abi je...apapun, entah kenapa tak mampu nak elakkan dia tidur sekeluarnya kami dari rumah.. adoi.

^________^

Seusia 6 bulan dulu, ummi dah start introduce solid food untuk Ruqayyah..and I started with orange sunquick :) , then epal puree, then pear puree...... and now ada growell diterbangkan khas dari Malaysia keluaran era edar... campur dengan susu sket... hehe, lagi lah excited bila budak kecik ni telan je semua, walaupun disertai dengan muka pelik tiap kali telan (*_*).

Untuk pengetahuan kita, 6 bulan baru introduce ok.... bagi dia rasa taste lain pula selain susu ibu.. tapi bukan bererti semua benda kita boleh suap dia.... adoi... ada orang tried to give her biscuit @_@ , agar2, puding dll... haha, umminya pasti lah terkejut beruk dan terus angkat Ruqayyah sebelum diteruskan suapan makanan yang penuh dengan perasa buatan tu..

Hmm. tentu lah tak elok right?

Jadi, awal2 ni just bagi dia rasa taste lain, dan bukannya untuk bagi kenyang.... ummi just feed her about 1 oz je tiap kali suap apa2... itupun, mungkin kurang dari tu... actually, babies punya sumber utama untuk nutrients still datang dari kita(ibu2 khasnya yg bf)... dan bukannya dari makanan tu.... jadi, susu tetap jadi sumber utama sampaila dia 9 bulan (or 10 bulan maybe... berdasarkan research yg ku lakukan hehe)...

Tambahan pula, Ruqayyah punya berat takda lah underweight...... at 6 months, she's 7.1 kg.... berat jugak la bagi ummi abinya yang tuyus ni walaupun ada lagi yg berat...and itu merupakan average weight untuk baby girl di usia 6 bulan.... :) alhamdulillah... (tapi pipi nya gebu dan boolat mashaAllah).

K lah, ada kelas pula...

Tuesday, June 10, 2014

Rezeki

Assalamualaikum wbt.

:) Keif halukum?

Syukur, update sikit pasal puteri tercinta, dah bising sangat, kuatnya suara dia masyaAllah.... namun syukur alhamdulillah, dia agak solehah bila menghadiri majlis ilmu.. walaupun ada je kadang2 dia mula buat onar bila boring dan mengantuk... she's still learning :)

Akhir-akhir ni agak stress sikit.

Iyer, mungkin tekanan examination baru ni masih berbaki, campur dengan ujian kesihatan yang Allah bagi sikit sebanyak buat insan yg lemah ni makin lemah.... ditambah dengan keaktifan puteri kecik yg solehah tu...

Sambil pegang Ruqayyah : "Ruqayyah, kenapa nakal sangat ni ! ummi tengah tak sihat ni"... saya pegang sambil masamkan muka... dia dengan muka innocent masih tak faham apa2 pun.. hehe.... geram betul... tapi bila tengok ummi tak layan, dia mula nangis.. alahai kesian.. saya pandang dalam2 mata dia, berair dah mata dia haih.... terus cair balik, ambil dia dan bagi susu, usap2 sikit sambil minta maaf...tidur jugak budak tu akhirnya...

Syukur sebenarnya, Allah bagi rezeki lebih sikit baru-baru ini.... dapat lah bayar hutang sedikit sebanyak... lega jiwa, lega hati... tiap kali di tahiyyat akhir tak lekang baca doa tu...

اللهم إني أعوذبك من عذاب القبر وأعوذبك من عذاب جهنم وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال

Yup, wang mungkin tak banyak bila tolak itu ini, tapi kalau kita bersyukur, kita akan rasa ia banyak dan ia merupakan nikmat dari Allah SWT..

Apalah sangat wang atau usaha yang kita dapat dari hasil titik peluh kita, ia sebenarnya bukan milik kita.. Milik Allah SWT... yang mana dia beri pada kita, namun di dalam itu juga ada rezeki hambaNYA yang lain...

Bayar hutang - rezeki pemiutang
Bayar sewa rumah - rezeki tuan rumah
Beli barang baby, barang rumah - rezeki penjual
Bajet pergi umrah - rezeki syarikat travel tu
Bajet tiket pulang - rezeki syarikat tiket
Infaq - rezeki orang yang menerima

Akhirnya, tiada apa yang berbaki untuk kita di dunia.. :')

Rezeki sebenar ialah kaya hati dan jiwa, cukup segalanya sekalipun tidak mewah sebagaimana orang lain...

Allah berfirman : "Sekiranya kalian bersyukur, nescaya akan aku lipatgandakan bagimu.."(surah ibrahim)

Sejauh mana kefahaman kita akan ayat ini yer?

Nothing left to us. !

Yup. It's ok... :)

At least, kita bahagia...

Cuba pandang wajah pekedai, gembiranya dia bila kita beli kedai dia.. tak ke kita rasa bahagia bila dia bahagia...

Cuba pandang wajah penerima infaq, tak ke dia rasa gembira?

Yup.. bahagia dengan kebahagian saudara kita.!

Then, takda orang nak pandang wajah kita??

Allah kan ada..

Biar lah segala yang kita salur, hulur, terima, beri.. ia datang dari Allah, dan ia pergi juga untuk Allah!

Noktah.

. :)

Say alhamdulillah k..

_______________

If I have money..

Saya akan beli something hadiah pada suami.
hadiah pada anak.
hadiah pada ma ayah, ummi ayah.
hadiah pada adik beradik.
hadiah pada jiran.
hadiah pada rakan-rakan.
hadiah pada guru-guru.
beli kat kedai yg nampak macam tak laku....
beli pada org yg nampak sangat uzur tp masih kerja..
beri pada org yg iffah... dia memerlukan tp tak tunjuk.

_______________

Kebahagiaan itu ialah dengan memberi... 

Tuesday, May 27, 2014

Bebas?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Rasanya lama sangatttt tak update blog tercinta selepas kehadiran insan baru dalam hidup. Bukanlah disebabkan dia sebenarnya, tapi kekangan waktu apatah lagi semester kali ini sangat mencabar dengan subjek yang killer, banyak dan susah.

Ruqayyah yang pandai ni juga makin hari makin aktif. Pakai pampers saja dah mengambil masa 5-7 minit itupun berhempas pulas dengan dia yang suka suki saja mahu meniarap... :) alhamdulillah Ruqayyah sekarang sudah hampir 5 bulan.. Sekejap sungguh masa berlalu.

Sebenarnya saya ingin kongsi sedikit perbincangan bersama pensyarah baru-baru ini.

Yup.

Bicara soal KEBEBASAN atau dalam kata lain , FREEDOM.
Mesti orang akan kaitkan dengan Islam.
Islam menyekat kebebasan bersuara.
Kebebasan itu kebebasan ini.
Juga kebebasan wanita.

Dahtu, negeri awak tak da undang-undang ke?
Nampak macam bebas sangat kan. (konon). hehe. post kali ini macam garang.
Takda lah. Saja sekali sekala ubah style.

Kalau orang yang normal.
Dia akan mampu membezakan antara kebebasan dengan pensisteman.
SYSTEM :)

Benar lampu isyarat menyekat kebebasan kita.
Tapi dalam masa yang sama ia memelihara nyawa.
IA MERUPAKAN SISTEM YANG DICIPTA KHAS UNTUK MENJAGA KESELAMATAN AWAM.

Mungkin contoh tu tak berapa menjadi.

Kita bagi contoh lain.
Masuk rumah Pak Cik Ahmad.
Dahlah dia tua, batuk-batuk.
Tiba-tiba, kita senang-senang nak merokok dalam rumahnya.
Agak- agak dia marah tak?

Atau

Contohnya

Kita pergi hospital.
Ada ruang menunggu pesakit.
Tapi kita dengan sesenang jiwa tak mahu tunggu di ruagan itu.
Nak tunggu kat bilik operate.
Boleh ke?
"Adik, sila tunggu di bilik sana ye. Atau mahu kami panggilkan polis?"

Hm..sambung.


Tuesday, March 11, 2014





Alhamdulillah :)))))

my dearest baby ruqayyah dah besar, 2 bulan sudah.. banyak perkara baru yang dipelajari tiap hari....
dan kehidupan dah normal balik. Tidur, study, masak-masak dan sbgnya. Syukur pd Allah..

baby ruqayyah tak banyak meragam, baikk sgt alhmdulillah.. cuma bila dia tidur tu,,,,, suka orang pegang/ lingkarkan tangan pd dia.....

----------------- continue....

Thursday, January 23, 2014

Ruqayyah al-munirah

Alhamdulilllah, syukur pada Allah. Kami dengan ini menamakan puteri tersayang dengan nama WAN RUQAYYAH AL-MUNIRAH :)

Sebelum bersalin, macam2 nama bermain dalam kepala, paling saya suka nama Amal, Iman, Syifa', Nida'... namun tak lupa juga list senarai nama beberapa tokoh dalam sejarah Islam. Fatimah, Khadijah, Aisyah dan lain2.

Malam pertama di wad, suami menghubungi gurunya tercinta,Syeikh Solah al-Khalidi untuk memberi khabar gembira kelahiran permata pertama. Syeikh cukup teruja dan bertanyakan nama apa kami nak bagi.. Lantas suami pula meminta Syeikh untuk mencadangkan nama..... terkeluarlah dari mulut syeikh nama2 para sahabiat sebagai cadangan.... :) safiyyah, ruqayyah dll....

Ehem.

Tak salah nak panggil Ruqayyah. Munirah pun boleh...... tapi tak perlulah pendek2kan namanya hehe... moon ke, qayah ke kui3 XD xmo2

Syukur juga, Ruqayyah kini dah jadi saudara susuan Alaa', Ammar dan anak2 kak Husna Hussain, ustazah phd tafsir kat sini.. disebabkan hari pertama tu, ruqayyah menangis2 kelaparan. Syukur malam tu kak Husna datang melawat. Semalaman penuh Ruqayyah kenyang, tidur, uk uk bersusukan susu orang lain :) takpe, kak Husna orang hebat dan orang baik... jadi saya senang hati dan seronok :)

Hari pertama menguji saya dan suami.. tanpa pengalaman, tunjuk ajar.. kami cuba salin pampers baby, tahan telinga mendengar tangisannya, berjaga malam, tukarkan baju dan tidurkan bayi kecil berusia dua hari.. fuh, suami yg asalnya kekok pegang budak kecik dah jadi pro hehe.. sakit2 luka tempah czer juga terpaksa ditahan gitu je..

Syukur ada teman usrah mutazawwijat,, siang hari ramai datang membantu.. mengurut, sapukan minyak, tolong tukar pakaian baby, masakkan lauk untuk saya dan suami dll... jazakumullah khairan kathira pada kak Fida dan ust Rozaimi yg 3 hari berturut2 masak untuk saya, kak husna hussain, mak cik pah dan keluarga, kak shila, kak ida, ust syed amni :)...

Tak lupa juga jiran arab yg baik hati.. p.cik sohib bayt kami, abu bassam, yg sudi lambatkan bayaran sewa bulan ini, mak cik ummu bassam yg datang menjenguk dan mengajar macam2 tips sempena syita', juga su'ad ummu dhiya'uddin yg datang membawa air zam2, babunaj, masakkan kek, buatkan lauk pantang dan bg baju baby yg disimpan turun temurun...ya Allah, rasa sangat indah hidup berjiran, terasa roh Islam dan ukhuwwah yg Islam ajar... saat kita tiada saudara mara yg dekat, Islam menjadikan kita semua miliki nya :')

Permata kami tidak banyak meragam melainkan ketika inginkan susu... dan pastinya malam2 hari tu dah jadi macam burung hantu... secara jujurnya sejak ada anak, malam sudah tiada ok! :) Siang hari pula bukan nya dapat tidur.. jadi dlm sehari2 hanya sempat tidur dalam 3 jam sahaja.....

:)

Yang cabaran paling besar tentulah breastfeeding... haus, penat, mengantuk, letih, lenguh, sakit... semua ada. Apapun, saya bertekad untuk exclusive breastfeeding kan ruqayyah.... insyaAllah... sekarang dah elak2 susu tepung, hatta time penat sangat2 dan kena bangun tiap setengah jam pun, saya cuba tahan jugak dari minta suami bancuhkan susu tepung..... hanya yang mengalami dan sedng mengharungi akan memahami perasaan ini :) nampak macam senang, tapi sebenarnya sangat2 sukar.

oRITE.. badan dah rasa segar sikit ...

Tak sabar nak kuasai dapur, masak macam2 dan kembali sehat macam dulu..

Cara mudah untuk sentiasa sihat.. fikirkan anak kita bila dah makin besar.. time kcik ni memang la penat dan letih sikit :)

All the best untuk mommy to be di luar sana...

Setkan dalam kepala untuk menjadikan journey seorang ibu sbg tabung pahala untuk kita di akhirat kelak.... dgn cara ini, kita akan rasa sentiasa tenang dan kuat... !

Saturday, January 11, 2014

Cabaran & dugaan

Rasanya kisah pengalaman czer setakat itu sahaja kot. hehe. Maka bermulalah episod cabaran, dugaan dan segala macam manis pahit sebagai insan berpantang.

Hari pertama, saya mula tersedar dari kesan bius setelah terdengar suara suami cakap2 dengan nurse. Setelah itu, datang nurse lain menepuk2 pipi saya dan menekan2 perut, laju darah keluar dari bawah. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Akhirnya saya ditolak ke wad setelah sedar 80 %. Melihat saudara2 seusrah yang datang, alahai sebaknya. Ingatkan berdua sahaja dengan suami, ada juga insan lain yang sudi menjenguk. Saya menggagahkan diri untuk berborak dengan mereka dalam keadaan 80 % sedar. Mak cik sorang tu duk cakap saya sangat kuat, anak jugak sangat aktif.. alhamdulillah.

Saya meminta2 pada nurse untuk melihat si kecil. Rindu rasanya, maasih merindui tendangan halus dari dalam perut, namun saya menyedari dia sudah keluar dan ketika itu rindu sangat2 untuk melihatnya.

Setelah asar barulah saya dapat melihat bayi tersayang..sebaknya rasa.

Bermulalah episod sebagai ibu.

Nak tak nak, perkara pertama yang kita akan fikir ialah ingin menyalurkan antibodi utama buat si kecil. Tentu sekali breasfeeding. Kecewa sekali kerana hospital2 di Jordan ini tidak meraikan susu badan.. kesian anak tercinta, datang2 tu dah bersin2.. :'(

___________________

Jujurnya ..

Saya masih terkejut dengan perubahan yang berlaku mendadak. Kerana itu, seringkali saya menangis di malam hari kerana masih lagi sedang berusaha untuk adapt dengan kehidupan baru. Bangun2 tengok kat tepi ada baby kecil menangis meminta susu.. dengan kesakitan di tempat luka, kesukaran membuang air kecil, angin badan dan urat dek belum boleh mengurut lagi dll..itambah dgn kepenatan berjaga malam..

Adapt dengan kesibukan suami dan pastinya tak mampu untuk mendengar luahan kita sepanjang masa dek sibuk menguruskan rumah, tetamu dan sebagainya.

Cabaran yang tak kurang menyedihkan ialah berusaha meyakini bahawa susu badan yang kita hasilkan ini mencukupi untuk bayi.. jika fail untuk yakin, nescaya kita akan rebah dan kalah pada susu formula.

Yup... semua itu memerlukan sokongan dan dokongan dari semua pihak. Ibubapa, suami dan lain2. Merekalah yang perlu yakinkan kita bahawa apa yang Allah bagi yang terhasil dari badan kita ini memang cukup dan paling berkhasiat untuk bayi.

Benar ..

Kalau bukan krn Allah yang memberi kekuatan, pasti kita skrg hanya berbaring bermanja dan berehat... bayi disusui dengan susu formula, kerja lain dibiarkan begitu shj..

Ramai beranggapan waktu pantang merupakan waktu brehat dari kepenatan mengandung 9 bulan.. hakikatnya, ia waktu preparation sbg ummi... kala ini kita mengubah jadual tidur kita dll..

:)opps.. baby nanges plop dah..



Thursday, January 9, 2014

2 Januari 2014, Bersalin :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah thumma alhamdulillah.. Kesyukuran tak terhingga diungkapkan sepenuh jiwa buat Dia Yang Maha Esa atas izin dan inayahNYA sehari selepas last updaate baru-baru ni, DIA beri peluang untuk saya merasai perit jerih sakit melahirkan khalifahnya di muka bumi. Semoga segalanya menjadi kaffarah dosa buat saya sendiri selaku hambaNYA yang seringkali alpa.

Nak dijadikan cerita. 1 Januari 2014, detik hati kuat mengatakan saatnya makin hampir. Solat asar pada hari tersebut yang ketika itu suami tiada di rumah, saya menangis tersedu-sedu, sujud yang dirasa seolah kali terakhir. Usai solat, saya menangis sambil berdoa, andai benar masanya sudah makin hampir, mohon Allah permudahkan tidak kira apa jua cara yang bakal ditempuhi, asalnya si kecil dalam perut ini selamat.

Malamnya, saya bergurau dengan suami. "Rasanya dah nak bersalin kot bang.." sambil cakap-cakap dengan baby. "Baby, mama rasa tak larat sangat dah nak pergi kuliah. Kita ada masa beberapa jam lagi sebelum pagi esok nak kena pi kuliah.. mama tak kesah dah kalau tak sempat exam pun. Baby nak keluar keluar lah:(" ----ok, panggilan mama sudah berhenti sebab sekarang membahasakan diri sbg "ummi"..

Ni firasat dan naluri seorang ibu kot hehe.. anda pasti akan mengalaminya.

Jam 3.30 pagi. Saya tersedar dari lena, mata berkelip-kelip dalam gelap. Rasa tak sedap hati datang, dan tiba-tiba rasa ada sesuatu terkeluar dari ------- (faham-fahamlah). Terus bangun dan ke bilik air untuk buang air kecil. Ditakdirkan ternampak cairan koko keluar. Saya yang menggelabah cuba tarik nafas, namun ketika itu saya tersenyum sebab rasanya makin hampir nak bersalin kot. Disebabkan yang keluar itu tak banyak, jadi pastinya bukan air ketuban. Dek kegelabahan saya, terus bagitau suami keluar ketuban dengan warna koko... suami bangun dan minta cek balik.

Jam 4.00 pagi. Saya menghubungi Doktor yang bakal menyambut baby ni nanti. Bagitau Dr tentang apa yang saya lihat. Dr mengatakan itu perkara biasa tanda dah hampir bersalin samada pada hari itu juga atau beberapa hari lagi. Namun katanya, kalau saya nak pergi hospital pun pergi jelah untuk cek ctg(cek denyutan jantung bayi)...

Jam 4.30 pagi. Kami masih lagi kalut dan tak tahu nak buat keputusan apa.. Nak ke hospital ke tak. Orang kata kalau pergi awal-awal tanpa rasa sakit, nanti samada kena tahan terus atau mungkin kena balik semula..... kejap kami bincang utk tak nak pergi, kejap rasa nak pergi... hehe..akhirnya buat keputusan untuk ke hospital selepas azan subuh nanti.. Sementara itu, saya mengambil peluang utk solat taubat sementara masa masih ada...

Usai solat dan berdoa dengan suami, kami mengisi perut sikitt.. dengan kurma, dan nasi + telur goreng..

Jam 5.15 pagi. Saya dan suami keluar rumah berjalan kaki menuju ke lampu isyarat yang jaraknya lebih kurang 5 minit berjalan biasa.Kami singgah kedai kejap untuk beli coklat dan air. Lalu menyeberangi lampu isyarat untuk menahan teksi. Alhamdulillah dapat pakcik teksi yang baik, dia mendoakan segalanya selamat. Teksi meluncur laju ke hospital tila' ali.

Jam 5.45 pagi. Kami sampai di hospital dan menuju ke bahagian towari'(kecemasan). Terkejut sebab takda orang langsung. Kelibat nurse, Doktor atau lain-lain... haish, biar betul hospital ni. Kami berjalan-jalan menaiki tangga tengok di ruangan pintu utama. Juga lengang.. tiada orang.. akhirnya turun kembali ke bahagian kecemasan dan tengok di bahagian kaunter ada la sorang laki yang bertugas. Dia meminta saya dan suami naik ke bahagian wiladah... Di sana saya tekan loceng dan kemudian dibenarkan masuk, manakala suami tersayang menanti di ruang menunggu..

Jam 6.30 pagi. Saya bagitau nurse yang bertugas bahawa Dr meminta buat ctg. Perut diletakkan alat untuk mendengar degupan jantung baby dan kadar contraction yang datang. Subhanallah, bergema satu bilik, sayu rasa apabila dapat mendengar degupan jantung si kecil dalam perut.. Lenguh dan tak selesa, itulah yang dirasai bila buat ctg, Tak dapat nak bergerak-gerak sangat..Sekali sekala saya berwhatsapp dengan suami yang sedang bimbang.

Katil sebelah saya, seorang wanita Mesir yang agak dewasa sedang mengerang kesakitan. Duk menjerit-jerit.. Haish gerun dibuatnya.

Jam 7.30 pagi. Nurse datang melihat bacaan ctg yang keluar pada kertas. Segalanya mumtaz katanya. Bayi sihat wal afiat dan contraction saya ketika itu adalah slow-slow motion hehe.

Tiba-tiba datang nurse tua yang nampak macam berpengalaman, dia bertanya kenapa datang hospital sedangkan contraction boleh dikata macam belum ada.. saya memberitahu bahawa ada keluar cecair dari bawah..ketuban kot... lalu dia minta untuk tengok seluar XXXX... alamak segan betul.. ketika itu saya dapati segalanya kering, maksudnya bukan ketuban la yang keluar.. adeh..

Nurse tersebut minta untuk cek bukaan... fuh. ni saat yang mengerikan.. dia minta saya menarik nafas seketika. Tapi tak sempat tarik nafas, dia dah seluk,, ya Allah, sakit tak tertahan rasanya... dia menekan dengan kuat, lalu mengeluarkan tangannya yang disaluti air... sejurus itu, habis jubah dan pakaian saya basah, air meleleh-leleh keluar kena lantai... ????? blurr kejap. tadi kering, sekarang basah berjeruk.

Terus nurse tersebut hubungi Dr saya dan memberitahu kondisi saya.. ceh.. kononnya ketuban dah lama keluar... dan takda bukaan lagi....

Tiba-tiba.....

Saya dikejutkan dengan pilihan yang diberi.. katanya Dr Fatimah mencadangkan awak di czer dengan segera sebab belum ada bukaan sedangkan ketuban dah keluar....

?????

Geram nak cakap, kita baca banyak blog, baca web kesihatan dan macam-macam. Czer itu pilihan terakhir selagi mana jantung baby normal.... time ni dah rasa macam nak pitam... bukan sebab takutkan czer, tapi sebab takutkan kossss czer yang beribu.

Saya keluar bilik menemui suami. Belum sempat cakap apa-apa, air mata dah meleleh mengalir.. time ni suara juga tak dapat nak ditahan, memang agak teruk saya menangis ketika itu... suami datang dan memeluk, kelihatan mukanya juga dah merah2 *macam nak nanges*..... saya memberitahu paksaan czer yang disebut nurse tadi...

Nurse tua tu datang dan menemui suami dan saya. Terkjut melihat saya menangis teruk.. dia berkata "kenapa nanges?? jangan takut, biasa la tu czer".... memang la kat negara arab ni czer ni dianggap perkara biasa.... tapi kita kat malaysia, ia merupakan last choice.

"Nurse bukan ke boleh induce untuk menggalakkan bukaan???"

"Tak boleh sebab ia boleh menyebabkan baby stress"

"Kalau tunggu sejam dua lagi boleh tak??"

"Cuba call Dr awak... rasanya dia dah otw"

Suami bercakap dengan Dr, dan Dr hanya beri 10 minit untuk kami buat keputusan...

Saya hubungi bonda di rumah, memang saya menangis tersedu2 dalam telefon... sampai kedengaran suara bonda juga seolah ingin menangis... tiba2 rasa menyesal datang hospital awal tanpa sebab yg kukuh. dari tak ada apa2, kepada ada apa-apa....*biasala anak first"

Ma cuba menenangkan anaknya ini... akhirnya saya dapat menenangkan diri dan yakin, andai ini yang ditakdirkan, saya redha dan pasrah... selesai cakap2 dengan suami, saya kembali masuk ke dalam bilik dan memberi jawapan...

________

Selesai menukar pakaian, saya berjalan-jalan sekitar katil dengan harapan ada miracle yang terjadi, ketika ini, berkali kali saya ke tandas.. dan dah mula rasa senak-senak lenguh pinggang... contraction baru nak start rasanya... tapi segalanya dah terlambat... Dr dah sampai, dia datang dan sekali lagi memeriksa bukaan.. yup, belum buka lagi.. saya cuba bgitau Dr yang dah mula rasa sakit, tp tak dilayan... akhirnya saya menarik nafas meredhai dan pasrah dengan segala yang sedang berlaku.. pasti ada hikmahnya...

Sakit tak tertahan bila dipakaikan tiub kencing, tak kurang dicucuk tangan kiri, disuntik ubat bius, dimasukkan alat untuk menyedut ketuban yang berbaki... ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya... mengalir air mata saya mengenangkan.... yup, mana2 cara pun, bersalin itu memang sakit...

Jam 9.40 pagi kot. Saya ditolak ke operation room... didepakan kedua tangan. Saya melihat lampu yang tergantung di atas dengan perasaan kosong.. istighfar dan selawat tak lekang disebut.. saya mula merindui suami, rasanya kami masih terkejut dengan kejadian yang berlaku terlalu cepat ini.. Barang saya dan baby juga tak dibawa bersama, rumah masih bersepah dan macam2 lagi belum disediakan... tapi mentally, kami dah bersedia sejak 36 minggu lagi.

--------------bersambung


Wednesday, January 1, 2014

Last update sebelum...

Assalamualaikum wbt :)

Salam pembuka bicara, selamat tahun baru masihi buat semua. Rasa segan nak wish, tapi rasa terlalu keterlaluan pula kalau langsung buat macam tak da apa2.

Tahun tetap akan berlalu, kita yg hidup tetap akan hidup. Seiring meningkatnya usia, haruslah meningkat kematangan, meningkat amal dan meningkat lah hasilnya.

Kini berada di hujung-hujung kehamilan, syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk hambaNYA ini menimba pengalaman hingga kini, ia suatu yang sangat indah untuk diceritakan.

Sakit?

Yup, sudah ada mild contraction sudah hampir seminggu. Perut sering mengeras macam batu, sakit belakang dan sakit pinggang makin menjadi2. Kadang pukul 4 pagi terbangun dek merasa penangan contraction. Tiap kali ia datang, saya hanya mengukir senyum sambil menahan sakit dan set masa, teknik pernafasan yang dipelajari cuba diaplikasi, yelah, sakit belum teruk lagi kan.. kalau dah teruk, tak tahulah sempat nak fikir teknik atau tak. gembira dengan tanda ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

Dalam gembira dan berdebar untuk menyambut insan baru. Sesekali saya menangis dan terasa sebak. Andai ditakdirkan apa-apa komplikasi berlaku sewaktu proses kelahiran, saya redha dan pasrah... dan andai ia terjadi, justeru masa bersama suami tercinta dan masa untuk banyakkan taubat + amal berbaki tak lama. Takut, gembira, sedih, sayu, bimbang, mengharap... semuanya ada.. :'(

Benarlah bila orang kata di hujung2 ini emosi jadi tidak menentu. Kadang kita jadi terlebih excited, kadang kita jadi senyap, suka termenung dan berfikir... saya juga menyedari hujung2 ini suka sangat borak dengan suami, muhasabah diri, muhasabah tujuan perkahwinan, muhasabah masa depan dan sebagainya. dan pastinya yang pertama2 sekali akan mengeluarkan air mata ialah mak buyung ini sambil gosok2 perut bimbang takut baby terkesan dengan tangisan bondanya...

Dek suka sangat search2, boleh kata macam2 istilah dah lekat kat kepala... braxton hicks, perineum, active labour, cervix, VE, CTG, postarior, oligohydramnious, fetal distress, induce, ... macam2 lah.. ulang dan ulang baca, baca pengalaman orang, baca proses2, mendalami anatomy badan wanita mengandung, belajar komplikasi2 yang boleh timbul dan sebagainya. (Ceh, memang minat bab ni, tapi ditakdirkan tak jadi Doktor...)

Buat semua teman-teman blog, teman2 persekolahan dan universiti, keluarga tercinta dari kedua2 pihak..dan khasnya buat suami tersayang..

Selaku orang asing di bumi Allah ini, kita memang akan merasai "makin jauh" dari titik permulaan, dan "makin hampir dengan titik pengakhiran...

Syukur dan gembira dengan pengalaman mengandung sampai 9 bulan lebih ini, macam2 dapat ditimba. Apatah lagi bila berkongsi dengan yang tersayang.. suami, ibu, adik beradik... yang berat terasa ringan, yang sukar terasa mudah....

Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.... doakan segala proses kelahiran nanti berjalan lancar, doakan kedua ibu dan anak selamat,,dan doakan moga Allah ampuni segala dosaku...

Maafkan segala salah silap diriku yang kerdil ini, yang masih lagi belajar... kadang tersilap, kadang terlebih semangat, kadang malas, kadang marah, kadang terlebih riang....

Semoga kita bertemu lagi di next entry... *jika diizinkan Allah*

Semoga mujahidah kecil ini selamat melihat dunia yg fana...



  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...