Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, March 31, 2011

Ikon pemimpin berjiwa rakyat

Assalamualaikum wbt.

Salam pagi Jumaat yang mulia.. alhamdulillah wa syukr lillah.


"Cantik nama negeri awak! Kalantan Dar Naim..," kata kawan arab
"Ya.. nama yg tercantik di Malaysia, pemimpinnya juga adalah yg terbaik..,"jawab diriku.

Sekarang, bukan ingin berbicara tentang politik. Usia juga masih belum melayakkan saya utk mengundi. Tapi bercakap sekadar dalam konteks diri saya, dan pandangan mata saya sebagai seorang yang masih junior dalam dunia luar..

Apabila melihat watak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, hati ini rasa sebak.. Beliau lah insan yang menghabiskan sisa hidupnya dari dulu sampai kini utk satu nama iaitu 'Islam'.. Rumah beliau langsung tidak menunjukkan gaya seorang Menteri Besar sebuah negeri.. Isteri beliau dilatih dan ditarbiyah utk terus tabah berada di samping beliau, yg pasti perit utk ditempuhi.. Anak2 beliau semuanya membesar dalam keadaan yg biasa2, tidak seperti anak menteri besar lain..


Kikiki.. I'm so proud.. bangga dgn pentadbiran beliau(ni pnghargaan sbg anak negeri la).
Apa yg menambahkah respect saya pada beliau ialah apabila terbaca ni dlm wikipedia.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tulisan Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008 :

-Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009 :

-diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia

-disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".


Mana ada menteri besar lain seperti beliau.. memang takde.. tak pernah jumpa.. bersikap rendah diri.. ish3.. setiap Jumaat, kalau di Kelantan merupakan hari yg sangat berbahagia.. Jika di Kota Bharu, hari itu seluruh Kota Bharu akan bergema dengan bacaan ayat suci al-quran, kemudiaannya penyampaian ceramah oleh Tuan Guru.ia bukan ceramah politik.. tapi ceramah keagamaan... kalau bukan beliau, akan diganti oleh pimpinan2 negeri yang lain..rakyat dari seluruh daerah akan berpusu2 datang, baik laki mahupun perempuan, tua atau muda, background agama mahupun tak..

Tidak hairanlah kalau dalam ceramah beliau, ada disebut sesetengah perkataan yang tidak akan difahami oleh rakyat negeri lain.. ~tu berlaku kes2 macam dulu..huhu~ ketahuilah, kita bukan ingin membela beliau dalam suatu perkara buruk.. tp ingin menjelaskan kenapa dan atas sebab apa hal itu timbul..

Andai kata Tuan Guru bercakap bahasa surat/bahasa melayu rasmi.. saya pasti rakyat kelantan akan tertidur.. lagi2 mak cik pak cik yg datang dari jauh..

Lagi pasal beliau ;

-Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau

-anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.

-Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

-sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

-Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

-Menguasai 3 bahasa ; urdu, bahasa inggeris, arab, tamil.


--------------------------------------------------------------------------------------

Pergi dulu.. ada hal..


2 comments:

Belakang Garisan Pena said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Laman_Utama

=)) Risau akan setelah pemergian beliau suatu hari nanti. Siapa pengganti sehebat dan setanding beliau kelak.

Nur Hanani Fadzilah said...

yer.. betul.. hakikatnya Parti Islam se-Malaysia di Kelantan kuat kerana Tuan Guru..sesetengah mereka terlalu fanatik terhadap tuan guru.. bukan kerana perjuangan beliau.. dan ini pasti suatu yg bahaya utk masa depan PAS di kelantan..hmm..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...