kredit to en.baith
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah ku rafa'kan pada Allah.. terdetik di hati utk update blog, biarpun sekadar sepatah dua kata yg ringkas.. penat maa.. pukul 6.30 pg bertolak ke Mafraq utk program API.. siap ada explorace lagi, berjalan dgn pantas sana sini skitar University Al Al-bayt Mafraq yg besar tu.. pulang pukul 5.30 mlm.. sampai pukul 6.45 mlm d Amman yg sejuk ni.. kemudian pukul 12 mlm kot, bertolak ke Pantai Aqabah yg terletak di hujung dunia Jordan, pantai yg cantik, biru je dari jauh. Di seberang sana, Arab Saudi..Tabuk kot.. seberang sana lagi, semenanjung sinai, Mesir.. kat tepi tu, Israel. 4 jam je perjalanan.. tak sakit mana pinggang~^^
Tinggalkan jap tajuk lepas.. kita tengok tajuk atas tu..
--------------------------------------------------------
Semua yang pandai buka blog, mahupun melayari internet.. saya kira anda bukan lagi seorang kanak2 kecil utk hidup tanpa tujuan yang difahami.. contoh yang sgt mudah ialah "jelajah pasar raya".. lihat saja lah bagaimana beza seorang ibu dan seorang anak yg tiba di pasar raya.. ibu sibuk memikir dan mencari barangan yang diperlukan.. sedangkan anaknya bising2, "nak ini", "nak itu".. nak mainan, nak air.. iaitu dia berjalan tanpa tujuan, yang difikirkan hanyalah keseronokan utk diri sendiri.. itulah kanak2.
Kita kini dah dewasa right?
15 ler.. muda lagi..
Huhu.. Owh.. bukan tu yang dimaksudkan.. saya maksudkan fikiran kita..
Sekiranya kita faham, dari mana kita datang, tujuan apa, dan ke mana kita akan tuju selepas ini.. maka itu dikira fikiran kita bukan lagi tahap kanak-kanak kecil.. fikiran kita sudah mampu melahirkan kebaikan utk diri sendiri dan manusia lain, mampu utk mencari bekalan utk dibawa menuju ke destinasi terakhir..
Apply perumpamaan itu pada org yg couple.
Begitu juga bagi mereka yang bercinta bagai nak rak, bulan bagai bersinar, dan kala bergaduh, mendung bagai takde lagi matahari..ngeh2.. ~serius2
Tinggalkan langkah yang salah, mulakan langkah yang tegas..
Jika tiada tujuan di sebalik perkapelan itu, maka tinggalkanlah.. bukankah jika diteruskan, anda ibarat kanak2 kecil yang hanya tahu melayani diri dengan keseronokan sementara..? kerugian yang sangat besar menjenguk2 diri, berapa ribu sen wang dihabiskan dengan ber'sms'.. berapa juta minitkah masa dihabiskan dengan ber'chatting'.. berapa gelen air mata dihabiskan dengan menangis.. alangkah baiknya jika tangisan itu merupakan tangisan aduan pada Allah, betapa lemahnya jiwa dalam menghadapi dunia.
Usia yang muda, masih jauh perjalanan yang bakal ditempuh, kenapa menempa maut dengan mencari keredhaan org yang tidak memegang mohor keredhaan itu.. sedangkan tuan punya kerajaan dunia akhirat hanya memberi cop mohor redha pada insan bernama ibu bapa, dan insan bergelar suami. Ingin cop mohor palsu? huhu.. watpe susah2. Jika belum masanya, maka jauhilah..
Go2 power rangers..
Kesedaran yang baik menjadikan anda manusia terbaik ketika itu, tapi tatkala kesedaran tertutup, andalah manusia terpencil.. yang masih kekal dalam kedegilan..
Tujuan hidup itu sudah kita maklum, maka, berjalanlah di atas jalan itu.. moga penghujungnya, anda bisa tersenyum riang, tersenyum memeluk insan2 yang berjaya memimpin anda dn dipimpin anda utk turut sama meneguk air kerehatan sebenar, bisa mengangkat sebesar2 kesyukuran, itulah redha sebenar, iaitu redha Allah s.w.t..
----------------------------------------------------------------------------------------
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment