Assalamualaikum wbt.
Apa khabar anda sekalian. Moga2 nikmat kesihatan yang baik masih lagi mengiringi perjalanan kita pada hari ini. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.
Mak ayah, seronok juga di sini.. pengalaman pertama ke kedai hardware.. cari lampu neon, cat, alatan mengecat, dan starter lampu.. sememangnya sangat sukar untuk menggambarkan barangan yang hendak dibeli memandangkan tidak semua benda kami tahu kalimahnya dalam bahasa arab, tanpa seorang pun lelaki mmbantu. First time buat semua ini, baru tahu ada dua jenis cat, dan baru tahu perlu campur air untuk mengecat, dan baru test campurkan pewarna biru+merah akan menghasilkan warna purple...hehe.. pasang lampu, mengecat, mengadun cat, campur air dan pewarna untuk mendapatkan warna yang kami nak, then cat.~excited sbb sangat mudah~ Alhamdulillah, pengalaman yang best..!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seringkali kita mendengar perkataan "bersabarlah".. tapi jarang sekali kita diberi ingat akan kalimah "syukur"..
Apakah kita hanya mampu mempersembahkan rasa sabar pada Allah atas musibahNya, kenapa cepat benar musibah itu dilihat, sedangkan pelbagai kebaikan dan nikmat sepanjang hidup ini sangat lambat mata kita menangkapnya..
Amat bertepatan sekali Firman Allah bahawa sangat sedikit di antara hambaNya yang bersyukur..
Wallahua'lam..
Jom sama2 tengok video di atas.. sangat menyentuh hati..
No comments:
Post a Comment