Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, July 3, 2013

Dua insan teristimewa :)

Dua insan teristimewa dalam hati ini.

Baru2 ini pergi ziarah rakan yang kemalangan, shukri Alias.. Adui, ngilu dan gerun melihat jahitan di sekitar kepalanya. Katanya dah ok sikit, cuma belakang jelah sakit sebab patah... Sama2 doakan dia ek.. 

Bila borak-borak dengan ayah shukri(pak cik alias), terserlah kegembiraan dan teruja , pengalaman berada di Jordan, khasnya Amman yang kejap ni dia guna sungguh2.. beli halawiyat, beli anggur segar dll. Kadang pergi jalan sekitar kawasan Sweileh ni untuk kenal banyak benda lagi.

Hmm, aku sering terbayang keseronokan ayah kalau dapat datang Jordan. Pasti beliau seronok sekali mencuba sesuatu yang baru, apatah lagi bahasa arab yang memang diminatinya dari dulu. 

Impian yang aku pendam sejak sekian lama. 

^_^

Dua insan teristimewa dalam hidup ku ini, ma dan ayah. Kini sudah pun miliki 6 menantu, (2 menantu baru ^_^) dengan cucu seramai 8 orang (nak masuk 9 orang) .. Meriah, meriah sangat bila semua balik. Rumah akan bersepah dengan mainan, bising dengan tangisan. Ayah dan ma yang sudah pun miliki panggilan baru iaitu tok ma dan tok ayah, kini sibuk melayan kerenah cucu2 yang comel, cerdik.

9 orang anak, bermacam ragam, kerenah sewaktu kecil dan sewaktu besar kami. 4 dari kami duk oversea..

Mengaji iqra' 1-6 kemudian masuk alfatihah, juzuk 1 hingga lah khatam di tangan ma ayah... akhirnya masuk form 2 dan mula belajar2 berdikari duduk rumah sewa, baru lah mengaji sendiri..(uhh, rindu nak ngaji dengan ma dan ayah)...

Dulu, kalau ma kejutkan bangun tidur suruh mandi utk ke skolah, memang tak layan sangat..tidur lagi dan lagi sampai ma acah untuk rotan.. tapi dengar je bunyi tapak kaki ayah dan suara ayah ngaji(tanda dia balik dari masjid), sure cepat2 bangun.... pergh. hebat aura ayah.hihi.



ma dengan aufa

 ayah dengan hasnaa'






Luv them so muchhh....


2 comments:

Anonymous said...

puan nani,
hati2 dgn gambar macam terdedah sikit aurat..hehe

:)

Emy ilhamie said...

waaa... 4 orang duduk oversea, bestnye merantau tmpt orang.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...