Assalamualaikum warahmatuLLah
Pukul 6.30 pagi, handphone saya berdering menandakan ada panggilan masuk. ''Assalamualaikum hanani,saya turun dah''. Emm lantas saya membalas ''waalaikumussalam, Oh ye ke. Ok saya pergi sekarang''
Saya bergegas bersiap dan segera bersalam dengan ibu, saya mencium pipi beliau. Walaupun saya bersiap secepat mungkin, namun saya masih terlewat menyebabkan Syuhadiah terpaksa menalefon sekali lagi. Maaf2. Saya terpaksa menunggu enjin motor dipanaskan terlebih dahulu dibimbangi 'mampus' tengah jalan. Dia pastinya mengerti.
Pagi itu, perjalanan ke Kota Bharu sungguh mendamaikan. Sambil berbual dengan syuhadiah, kadangkala saya melihat pemandangan pagi, SubhanaLLah, sungguh menyejukkan mata. Jika dapat mengulang hafalan di tengah sawah pada waktu sebegitu, pasti sangat menenangkan. SubhanaLLah.
Saya tidak mahu memanjangkan kalam, saya segera skip pengalaman hari ini. Setelah dibelanja makan oleh ayah Syuhadiah, saya dan sahabat saya tersebut bersegera ke terminal bas tumpat.
Driver bas hari ini sungguh peramah, dengan itu saya tidak berasa gementar walaupun ini pertama kali menaiki bas ke Tumpat. Perjalanan ke sana membawa saya melalui sungai kelantan, kawasan kampung, sawah dan panorama yang menenagkan jiwa.
Tiba di Maahad Muhammadi Tumpat, saya berjalan-jalan sekeliling kawasan sekolah tersebut. Oh, ini ke MMT. Tak de kurangnya dengan MMP. Ada kolam, padang yang luas, musolla yang menarik dan pelbagai lagi. Apa yang menariknya, ketibaan kawan-kawan rapat kepada Syuhadiah menambahkan seri suasana tika itu. Hari itu, saya menambah beberapa orang rakan baru (mungkin ada yang dah kenal sebelum ni) antaranya aisyah,fatin,hakimah,kak jah,husna dan lain-lain.(Maaf jika ada yang tertinggal)
Mereka cukup ceria dan periang. Hehe. Saya mungkin kurang ceria, sukar sekali untuk ketawa bersama. Sekadar senyum memanjang, tapi jauh di sudut hati, saya sangat menyenangi mereka.
Saya lebih suka memerhati sekeliling di samping membaca apa-apa sahaja yang terpapar pada pandangan mata.
Hmm suka sekali bersama mereka, namun saya dan syuhadiah tidak boleh lama di situ, dalam pukul 1 lebih, kami menaiki bas kembali ke Kota Bharu, kemudian terus mempercepatkan langkah memasuki kawasan Maahad Muhammadi tercinta. madrasati.. Saya segera menuju ke pejabat bagi mengambil markah kokurikulum untuk diisi dalam borang UPU. Haha. Saya hanya memperoleh 8.0 dari 10.0.. apapun, syukur pada Allah. Memadailah dengan sejauh mana komitmen saya terhadap aktiviti kokurikulum.
Apa yang menghairankan, tiada seorang pun pelajar yang mendapat jumlah keseluruhan markah kokurikulum melebihi 8.0, err bukan untuk menaikkan saya. Cumanya, saya sedikit pelik memandangkan di Maahad Muhammadi Tumpat, saya lihat ramai sekali pelajarnya yang mendapat lebih dari 8.0. Malahan KP MMP juga hanya mendapat 8.0.. Hmm, tidak apalah. Mungkin itu sahaja yang selayaknya kami terima.
Kepenatan ini kami tamatkan dengan segera pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, saya terlena di atas bas, menunjukkan bahawa jasad saya sungguh penat dan teramat letih hari ini. Yang penting, saya memperoleh pengalaman baru pada hari ini. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Kan??
Berjalan di atas muka bumi Allah, sambil memerhatikan kekuasaanNya. Hingga menimbulkan rasa kagum kita terhadap Allah akan kehebatanNya mencipta dan menjadikan sesuatu. Inilah yang dituntut dalam Islam. Bukan perjalanan jauh tanpa mendapat apa-apa faedah, yakni hanya mendapat 'penat dan letih'..
Wassalamualaikum warahmatuLLah
1 comment:
assalamu'alaikum..slm ukhuwwah..begitulah indahnya hidup bersama ilahi..setiap masa akn trasa kemanisannya..rs syukur bnar dhati ini,krana dpertemukan oleh Allah,shbt2 yg sntiasa mgingati kpd kholiqnya..Alhamdulillah.. t.ksih kpd penulis krana sudi mencoret kenangan bersama kami,yg mungkin msing2 msih cuba mengenali dan msih mlu2..tp apapun,bg sy perkenalan yg singkat ini mgkin mmpu mjdkan sebuah persahatan yg rendang dan subur serta dbjai oleh kasihNya..insyaAllah..akhir kalam..sabda rasulullah "...3 prlakuan yg dpt memurnikan kecintaan shbtmu kpdmu,iaitu mmberi slm apabila bertemu,mlpgkan tmpt duduk untuknya dimjlis,memanggil dgn nama yg disukai"(riwayat Baihaqi)..slm persahabatan..(^^,)_fatin_
Post a Comment