Assalamualaikum w.b.t..
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Alasan kuno yang tak patut..
Menyemai kasih sayang, membuktikan cinta yang mendalam..
Hampa dan terasa sedikit down jika itulah alasannya.. jalan yang halal ada, kenapa masih dipilih jalan yang haram.. hanya dengan lafaz "aku terima" di hadapan dua orang saksi serta wali, yang tidak makan masa lama, mungkin 2minit, dan mungkin setengah jam bagi yang lidah terkaku sat^^..anda sudah bisa meruntuhkan segala gap dan barrier antara diri anda dengan kekasih hati.. ceh.. tu baru benar2 pembuktian.. jadi tak perlu main hantar bunga merah di sebalik pagar lagi, tak perlu mengeluarkan duit mahal untuk beli bear merah.. tak perlu berahsia untuk berdatting di mana pun.....
Kalau ye tak nak kahwin pun, kenapa dipilih 14 febuari untuk mendampingi teman...?? apa alasannya?? kenapa 14feb..huhu.. main ikut orang ye? jika orangi itu berjalan ke neraka, maksudnya anda juga mengikutinya ke neraka.....
Kerja Syaitan Laknatullah....
Sedar tak sedar, perkara ini dilihat indah dan sangat romantis di pandangan mata muslim yang tipis imannya.. siapa yang menghiasinya jika tidak musuh umat Muhammad s.a.w.. itulah syaitan laknatullah..
Firman-Nya Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. – al-Hijr (15) : 39-40
Klik..untuk pencerahan yang lebih..
Para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
Sekian sahaja.. wallahua'la wa a'lam..
Wassalamualaikum warahmatullah..
p/s : Cinta sangat indah.. tapi ketahuilah risiko yang bakal didepani tatkala sudah jatuh di dalamnya.. ada yang membawa bahagia, namun ada juga yang membawa sengsara.. justeru, berhati2 sentiasa, jika silap, dirimu bakal terkorban dek cinta..
Allah....asytaq ilaik..
No comments:
Post a Comment