Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, February 8, 2011

Hujan hati

Assalamualaikum w.b.t..

Permulaan sem kedua tahun satu di kuliah shariah menyaksikan diriku slow moving dengan facebook.. pagi sampai petang, laptop disimpan kemas dalam begnya.. habis sahaja kuliah, diri ini lebih selesa untuk mara ke maktabah.. kadang-kadang tertidur.. kadang-kadang membelek-belek kitab di sana di samping menulis sebanyak mungkin soalan yang bermain di minda untuk ditanya pada doktor mahupun dukturah.. takut sekali untuk terus bertanya tanpa preparation, bimbang tiba-tiba hilang kalimah bahasa arab.. 4 bulan setengah belum cukup untuk memantapkan bahasa.. dan malam pula, perlu diletakkan tekad untuk membaca, selesai dari itu, hadap laptop pun takpe..

Hadith tahlili- Dr.Ala' addin al-'adawi
Fiqh Toharoh wa assolah wa assiyam (Mazhab as-syafi'ie)- Dr.Rudainah ar-Rifa'ie
At-tilawah wal hifz - Dr. Nida' Zakzuq
Usul iman- Dr.Marwah al-khurumah
Maharot Ittisol bil injiliziyah - Dr.....

.........

Sem 1

Ulum hadith- Dr.Ala' addin al-'adawi
Ulum quran - Dr Abdullah az-zuyut
Sirah Nabawiyah- Dr. Nama' al-banna
Madkhal li dirosah as-shariah- Dr.Abd Khalil Abu 'aid

Pointer : .... (jayyid faqot) ^^(^^,)

------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah.. di samping mengejar ilmu, pointer juga jangan dibiarkan tercicir.. lebih penting lagi, apa yang diperoleh bisa disampaikan suatu masa nanti.. setakat ini, nahu,sorof dan ulum quran merupakan madah yang masih lagi sedikit segar(minat sgt).. dan pastinya baja yang terus menyegarkannya dalam dada kita ialah "menyampaikan".. biarpun berada di luar negara, majal(medan) untuk menyampaikan itu tidak terlalu luas, namun ia masih lagi boleh dilaksanakan dalam kehidupan seharian, bantulah kawan yang tidak faham, perturunkan dalam usrah mahupun talk seharian.. (perrhh..blog?.. apa guna?.. huhu.. tak pandai bermain dgn uslub dlm mnyampaikannya dlm blog, time menulis je mesti santai, jadi tak menepati disiplinnya.^^)


Ada masa luang, pandanglah ke langit, pandanglah bulan.. betapa keindahannya sangat kecil jika mahu dibandingkan dengan keindahan syurga Allah.. sememangnya bagi orang awam, tidak salah untuk mereka mengejar syurga.. tapi bagi kita yang belajar agama, kita lebih memahami bahawa hakikat kehidupan ini bukanlah kerana syurga.. melainkan semata kerana Allah..
Ada masa luang juga, bawalah diri untuk bertafakkur. kadang-kadang hidup bagai diselubungi kesalahan, jasad dan hati bagaikan kotor terpalit dosa, segala kerja menjadi tidak keruan, percakapan hilang hikmahnya.. rupanya tanpa disedari, kesedaran itu merupakan permulaan pada kebaikan dan pengislahan.. bersedialah untuk mengislah diri.. dan bersedialah untuk menerima kesilapan lalu sebagai pengajaran..

Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.. tapi untuk siapa? pastinya hanya untuk yang layak menerima pengampunan dan kasih belasNya..
Tatkala meletakkan kepala di pembaringan, ingatlah hari ini.. bagaimana hari ini dilalui.. sejauh mana bilangan langkah kaki pada hari ini mampu merisik khabar redha ilahi.. hari ini tidak akan kembali, sedari itu, pintalah ampun pada Robbul Izzati..

Mudah-mudahan segala keburukan terhapus sebelum mata tertutup untuk memberi kerehatan pada jasad yang sudah kepenatan.. kepenatan menghadapi dunia yang sangat mencabar.. dan hati pastinya kepenatan dalam menjaga iman, menjaga perasaan yang kadang-kadang hampir tergelincir dari landasan..


Ya Allah.. lunakkanlah jiwa kami agar ia sentiasa mengingatiMu. ameen ya robb..


Masa mengubah diri kita..
Dalam 4tahun, pelbagai perkara bisa melanda..
Ya Allah..
Peliharalah diriku..hingga ke akhirnya..
Wallahua'lam..

Wassalamualaikum w.b.t

2 comments:

Akhyar said...

penulisan santai pun satu dakwah kalau kena gaya,tapi kena cari gaya la pulak.


PERTAMA tahun lepas, Ust Hasrizal ada cakap pasal buku 'Aku terima nikahnya' yg agak santa,macam x layakla orang sehebat beliau tulis buku macam tu kan. tapi,masyarakat skrg lbh suka tulisan santai,dan tinggalkn tulisan2 berat, jd tugas 'pembaca tulisan berat' pulak untuk 'pasarkan' mutiara2 dr tulisab berat tu utk org awam. menulislah kalau pandai.belajarlah kalau tak pandai. sekadar pendapat kerdil.

bicara mama & baba said...

xpe, different people possess different style, cara penulisan melambangkan gaya diri..x perlu ikut orang pon, yg penting teeruskn dgn identiti..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...