-al-ijabah , tak perlu ganti puasanya.. kerana asal keadaan si A ini ialah suci.. tp klo dia rajin nak puasa skali lagi takde masalah.
-Dalam keadaan lain yang seumpama ini, seperti solat.. selepas solat baru menyedari padanya ada keputihan atau sebarang kotoran yang biasa ada pada seorang wanita.. klo dia sememangnya tak rasa semua itu ada sebelum solatnya, maka solatnya sah..
-Cairan yang berwarna kuning di akhir fasl haid.. adakah ia dikira darah haid?
al-ijabah, ada sebuah hadis yang sedikit panjang yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a tentangnya.. Aisyah r.a mengatakan di akhir hadis tersebut tetaplah kamu dalam keadaan haid hingga melihat cairan putih(dikatakan putih susu).. dan jika yang bercampur antara keduanya, maka tunggulah dulu sehingga waktu ghalib(bilangan hari kebiasaan datang haid. gitula).. lepas tu, kalau ada lagi cecair kuning tadi, maka mandi dan solatlh..
Haha.ayat pondok la saya punya statement..inshaAllah stakat ini dahulu.. permasalahan yang biasa wujud dalam kalangan wanita..jawapan secara ringkas namun dibincang panjang bersama dukturah. inshaAllah jika ada masa luang, boleh tulis secara lebih baik.. rasanya soalan last ni pernah seorang pelajar di maahad tanya..
Kitab rujukan terbaik cadangann oleh guru saya di mmp : al-Ihatoh (fi masail haid wannifas wal wiladah) oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari... Memang bagus lah kitab ni meliputi perkara kecil dan membawakan perbahasan imam 4. Sesuai bagi mereka yang belajar dan nak mengajar.
Manakala di jamiah, guna pakai kitab fiqh al-manhaj karangan Dr mustofa bugho dan Dr Mustofa al-khan.. serta kitab al-Mughni tak ingat sape muallif dia..
No comments:
Post a Comment