Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, February 10, 2011

Perginya seorang ulama'

Seorang lagi ulama besar meninggal dunia malam tadi (9 Februari 2011). Beliau adalah al-'Allamah al-Mufassir Dr. Fadhl Hasan 'Abbas, merupakan ulama terulung dalam bidang 'Ulum al-Tafsir serta 'Ulum al-Lughah dan al-Balaghah.

Beliau meninggal dunia pada umur mencecah 81 tahun. Dilahirkan pada tahun 1932 di Palestin, menghafaz al-Qur'an ketika berumur 10 tahun dan matan-matan turath seperti al-Rahabiyyah dalam ilmu Fara'id, al-Ghayat wa al-Taqrib dalam Mazhab Syafi'i, Jauharat al-Tauhid dalam ilmu aqidah dan Alfiyah Ibn Malik.

Mendapat pendidikan tinggi di Universiti al-Azhar dalam Kuliah Usuluddin pada tahun 1952. Mendapat darjah kedoktoran daripada al-Azhar pada tahun 1972 dengan tesis bertajuk "Ittijahat al-Tafsir fi Misr wa al-Syam".

Ketika di Jordan, penulis sempat dibawa oleh rakan al-Fadhil Us. Norazamuddin berijtima' dengan beliau ketika beliau menyampaikan talaqqi tafsir di rumahnya di Syimisani, Amman. Sehingga kini kitab-kitab beliau sentiasa penulis manfaatkan termasuk kitabnya "Khumasiyyat Mukhtarah fi Tahzib al-Nafs al-Ammarah" sebagai silibus tazkirah Jumaat di Masjid Petaling Jaya suatu ketika dahulu. Begitu juga kitab beliau berjudul"Nafahat min al-Isra' wa al-Mi'raj". Beliau memiliki kupasan yang sangat menarik dan semasa tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Semoga Allah SWT merahmati beliau dan menempatkannya di sisi para Anbiya', Syuhada' dan Solihin. Amiiin…


------------------------
Tambahan:

Dr. Fadhl sering mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul pada setiap tahun di rumahnya. Dengan kehendak Allah jua beliau diwafatkan dalam bulan maulid yang penuh barakah ini. Berikut adalah sedikit rakaman beliau dalam salah satu sambutan maulid berkenaan.



sumber : www.sawanih.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...