Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, February 15, 2011

Coret



Alhamdulillah lepas subuh tadi sempat juga menghabiskan 5 muka hafalan.. dari surah mujadalah dan surah al-hasyr.. wajib tasmik hari ini pada al-fadhilah dukturah tercinta.. walaupun beliau sedikit garang..(dpt guru quran je mesti garang.. tp ust abd bari dan ust wan hilmi tak garang pun).. hmm.. oleh itu, jangan bina asbab untuk beliau memarahiku.. malu la dah besar pun nak kena marah lagi.. malu sgt tu..

Yang paling disukai ialah bacaan Dukturah Nida'.. Subhanallah very-very amazing.. sangat menarik bacaannya.. dibaca secara tartil.. dengan tarannum yang sangat baik.. lengkap berhukum hakam.. rasa nak je rakam..

Makin kita belajar, makin kita rasa malu dengan kisah silam.. makin lama kita hidup, makin rasa segan dengan perangai kebudakan dahulu kala..

Makin diriku belajar tahsin qiroah, makin malu mendengar bacaan zaman dulu. setahun lepas mahupun dua tahun lepas.. jadinya, tak nak dengar lagi yang lepas-lepas..haha.. segan(**.)

Alhamdulillah kita di Malaysia, kelazimannya ibu bapa mula ajar mengaji mahupun menghantar anak-anak mereka ke mana-mana pusat mengaji al-quran seawal umur 5 tahun.. dan kami 9 beradik, diajar oleh ayah serta sayap kirinya, mak seawal usia hampir 5 tahun.. bermula dengan buku iqra' jilid satu sampai 6.. bila dah tamat jilid ke 6, terus masuk surah al-baqarah..

Berbeza dengan cara nenek saya di rumah sebelah, yang juga menghabiskan malamnya dengan mengajar anak-anak orang kampung mengaji, beliau terus menggunakan muqaddam... asas dalam muqaddam tak banyak sangat. habis saje asas yang sikit itu, terus masuk juzuk amma.jadi disitulah bezanya.. saya pasti, prinsip ayah time ajar kami ialah, bila dah kuasai asas, masuk surah mana pun pasti boleh baca.. biarpun kami tak bermula dengan juzuk amma.. tapi alhamdulillah saya pasti sangat cara yang ayah guna sangat berkesan.. praktik2.

Dengar bacaan abang-abang time diorang jadi imam, semuanya lebih kurang sama.. alhamdulillah sangat bagus bacaan diorang.. cuma adik saje yang tak pernah mengimami kami.. lawaknya si adikku ini ialah time saya nak jadi makmum solatnya, saya menghamparkan sejadah di belakangnya, dia mungkin baru lepas angkat takbir kot, dan agaknya dia boleh rasa saya hampar sejadah..haha terus dia hentikan solatnya dan dengan muka tersengeh-sengeh macam kerang busuk.. dia menyuruh saya solat di tempat lain.. hahaha.. kakaknya ini agak marah, "kenapa tak nak jadi imam, orang laki kenalah jadi imam klu tak sempat solat kat masjid.. ee...dahla batalkan solat tanpa sebab.."

Kihkih..suka menyakat adikku yang perasan itu.. kadang-kadang time nampak dia sedang berdoa, terus saya duduk di tepinya untuk sama-sama mengaminkan doanya..dan dia pula segera menghabiskan doa sambil tersengeh-sengeh.. budak ni nampak je biasa biasa, tapi hakikatnya dia lebih matang dari kakaknya..

Kuikui.. saje menulis sementara menunggu untuk ke jamiah..

Wallahua'lam. apa yang baik jadikan teladan, apa yang buruk jadikan sempadan..

Salamun alaikum.. sambung balik..

Alhamdulillah selesai juga kuliah hari ini.. seriously, ketika kelas bahasa inggeris tadi, saya kepeningan untuk menukar bahasa, dari bahasa arab ke bahasa inggeris.. otak dipaksa untuk change languages dalam masa yang sangat pantas, apa taknya, doktor ni campur bahasa arab dan bahasa inggeris...adeh..

Nasihat saya, masuk je dalam kelas bahasa inggeris, sambil tunggu doktor.. terus tukar bahasa ok.. guna bahasa inggeris je.. sebab kalau nak tukar time belajar, susah sikit..

Sambung berkisar pemerhatian saya dalam ilmu tajwid..

Siapa kata ia tidak penting, sedangkan ia asas dalam memahami al-quran.. selama saya duduk ke hulu ke hilir di Kelantan, saya pernah dengar ceramah seorang hamba Allah ini, katanya "...kenapa asyik duk fikir nak betulkan bacaan, kenapa tak fikir camne nak terapkan alquran dalam diri.. alquran itu diturunkan untuk diikuti isinya..tu lagi penting, ni tak, asyik duk betulkan sampai tergeliat lidah"...

Ceh..astaghfirullah......terus jatuh kepercayaan saya terhadapnya.. kesian la tuk-tuk guru al-quran kalau dengar apa yang dia kata..

Pada pandangan saya yang juga tak tahu apa-apa, first tanggapan saya pada seorang ust yang bagus bacaan al-qurannya ialah agamanya juga bagus..biarpun suaranya entah ke mana, tarannum tiada.. tapi bacaannya yang lengkap dengan hukum itu memberi tanggapan awal sedemikian.. tak tahulah betul ke tak tanggapan ni..

Iya, ikutilah isi al-quran.. tapi amatilah juga kepentingan untuk membaiki bacaan :

Firman Allah ta'ala : "..dan apa yang dibawa kepadamu oleh rasulmu(Muhammad) maka ikutlah, dan apa yang dia larang itu maka hentikanlah (dari melakukannya)-surah al-hasyr

Jangan lupa........ada manusia, ada lidah, ada lidah, ada kata-kata.. yang selalu dikata ialah :

"ee. dia ni tudung labuh@berkopiah, siap pakai jubah lagi.. berjurus sangat.. tapi kenapa teruk sangat bacaan dia, tersekat-sekat macam tak pernah baca quran.. betul ke ni lulusan timur tengah..."

Kihkih.... boleh jadi je ada orang kata gitu...

Lagi sebab pentingnya ialah.. disitulah syifa' nya kalamullah..(sebagai ubat kepada ketidaktenangan, hehe, ada ke kalimah tu).. kegopohan, over laju dalam membaca alquran membuatkan seseorang tu cepat boring, penat dan jantung makin tak normal.. apa taknya, termengah-mengah jadinya..

Ramai orang kata "betui ka baca quran tu ubat pada keresahan? tak rasa pun..".. macam mana nak rasa kalau pelaksanaan itu tak kena cara.. betul tak? ibarat basuh kereta kot, camne kereta nak bersih kalau basuh dengan air yang kotor.. memang benar, basuhlah kereta agar ia berkilat dan cantik.. kui2.. tapi tengok pulak cara laksanakannya.. kalau silap, natijahnya pun lain la..($$)

Back to the past...

Pastinya, para pendengar juga boleh terketuk hatinya.. biarpun tidak faham.. saya sendiri ketika mendengar alunan ayat suci alquran oleh para masyasyikh dan qori2, akan berasa sangat sayu..hati bagai tiba2 terbasuh.. dan teringin untuk melakukan kebaikan.. teringin untuk turut sama membaca kalamullah..

kih2.. tu lah.. iman ni naik dan turun... tatkala iman tengah naik, masyaAllah.. buat pape pun tak sedar.. tak hairanlah kalau kita dengar cerita mengatakan hamba Allah yang soleh ni solat sebanyak sekian2 tatkala malam menjelma.. kih2.. nak pertikaikan ke? kenapa nak pertikaikan sedangkan hal imannya itu kita tidak ketahui.. memanglah bagi kita, seseorang yang mampu solat sebanyak seratus rakaat satu malam(contohnya) itu macam mustahil..hehe..mustahil bagi kita yang iman nipis darinya.. tapi tidak bagi mereka yang imannya sentiasa terupgrade..

Salurkan roh sebenar al-quran.. moga terus meresap dalam urat saraf hingga ke jantung.. moga segalanya berjalan dan menjalankan tugas dengan penuh kbaikan dan keredhaan Allah..

Jadi, jom......

Wassalam

3 comments:

Anonymous said...

aduss22
salah la tanggapan kawan die sal quran tu
memang penting kita tau maksud, tapi jauh lagi penting bacaan tu untuk dibetulkan
sbb bacaan yang betul, walaupun dibaca tak best, slow tak dengar, tapi lidah begerak tu, akan bagi kesan kat hati tanpa disedari
hati yang sehat akan menjadikan jantung berdenyut dengan lancar seolah-olah menyebut kaliamt 'Allah, Allah'
jantung yang sehat melancarkan segala perjalanan darah ke setiap sudut dalam tubuh, menjauhkan diri daripada penyakit dengan izin Allah.
gapo hok nabi ajar, tu la hok perubatan yang paling berkesan sebenarnya.
cumo perlunya kepada ubat-ubatan moden sbb hati manusia dah rosak teruk kerna maksiat.
yang benar
inen
wallahua'lam

Nur Hanani Fadzilah said...

ahsanti.. na'am. iza soluhat soluhal jasadu kulluh.. wa iza fasadat fasadal jasadu kulluh..

punca segala penyakit ialah 'hati'...

dan hati bisa menerima ubatnya.. yakni zikrullah.. dan membaca alquran mrupakan sbaek2 zikrullah.. yg tidak terubat dengan zikrullah hanyasalah hati sangat kronik.. lalu bakal menghadirkan penyakit lain pula.. ^^. versi indon..

Anonymous said...

setuju. yg penting dua kene tahu. baik membaca aq dan memahami maknanya

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...