Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, February 24, 2011

Takut weh.. when talk about usul iman

Assalamualaikum wbt.

Matahari itu ibarat wahyu.. mata manusia ibarat akal..

Keduanya tidak dapat dipisahkan, andai ada matahari tapi mata tidak dibuka @ digunakan untuk melihatnya, maka dunia ini kelihatan gelap bukan..

Namun andai ada mata, tapi tiada matahari.. lagi lah kegelapan sebenar menyelubungi bumi ciptaan Allah ini..

Ingin guna wahyu sahaja? boleh, tapi apakah semua manusia menerimanya? bagaimana dengan mereka yang tidak percaya pada wahyu?

Ingin menggunakan akal sahaja seperti kaum muktazilah yang terlebih menggunakan akal? itu pastinya bakal merosakkan aqidah serta fikiran kerana akal itu terbatas..

Begitulah, apa gunanya akal jika ia tidak digunakan.. kita akan mengetahui betapa bergunanya sesuatu itu apabila ia digunakan dan dimanfaatkan.. justeru, Allah sangat menyarankan hambaNya agar berfikir, serta bertadabbur, dan gunakan akal untuk mendapat sesuatu..

Tapi dalam hal tertentu, pasti ada hadnya.. pandangan mata juga ada hadnya bukan?.. jadi dalam menggunakan akal, pastikan had larangan itu tidak dicerobohi.. jika dicerobohi, nescaya boleh jadi rosak..

Jadi tatkala ditanya soalan yang melepasi line merah/ had bahaya, maka senyaplah dan katakanlah.. "sesungguhnya aku beriman kepada Allah dan rasulNya serta apa sahaja yang dibawa olehnya, dan Allah itu mengetahui apa yang kamu tidak ketahui"..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Doktor kami berkongsi suatu yang menarik berkisar kes di idaroh jamiah, ketika ada hiwar/ perbualan antara agama..

Dalam hiwar tersebut, kaum masihi meminta agar aqidah yang mereka bawa diiktiraf sama seperti Islam diiktiraf.. Doktor kami, al-fadhilah dukturah Marwah memberi pandangan bahawa "ia, kita sebagai muslimin tidak boleh sama sekali menafikan hak mereka sebagai ahli zimmi, maka berikan pada mereka akan hak-hak mereka, tapi pengiktirafan tentang aqidah mereka benar, itu sama sekali tidak mungkin boleh dilakukan kerana Allah telah berfirman dalam al-quran 'maka sesungguhnya telah kafirlah mereka yang mengatakan Allah itu salah satu dari yang tiga (surah al-maidah :73)....."

Lalu seorang paderi Jordan bangkit dan berkata, "Allah berkata sedemikian dalam quran, tapi hakikatnya kami tidak mentigakan Allah, aqidah kami juga berasaskan tauhid pada Allah. Mungkin bunyi seperti tiga, tapi kami yakin hanya satu.."

Dan mereka juga sangat pelik dengan Islam, katanya Allah itu 99.. ada nama yang berbeza.. lagi banyak bukan?.. haha...

Maka jawab dukturah kami, "99 nama itu merupakan sifat Allah, bukan zatNya.. bezakan yer.. contoh, Ali diberi gelaran sebagai 'syujja/sorang yg berani'.. adakah Ali itu satu, dan syujja' itu satu?.tidak, Ali dan syujja' itu satu."

"Tapi jika dikatakan Allah itu ruhul qudus, Allah itu ayah, dan Allah itu anak... maka bukankah ayah itu satu, anak itu satu, dan rohul qudus itu satu.. ini bererti tiga bukan? bagaimana mereka boleh mengatakan bahawa mereka mentauhidkan Allah..? pelik sangat..!"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yg kedua,

Seorang pelajar bertanya, dukturah, kita sedang menonton tv.. tiba2 ahli kaji cuaca memberitahu:

"Esok akan turun salji,kih2"

Pastu kita pun percaya...

dan seorang ibu mengandung pergi ke klinik, doktor tersebut scan2 perut lalu mengatakan :

"Tahniah, bayi perempuan.."

Lalu si ibu menyiapkan pakaian baby..semuanya pink.. sbb percaya bahawa baby yang bakal dilahirkan pompuan..

Bolehke percaya benda macam ni, bukanke haram... ia ibarat kita iktiraf seseorang itu mengetahui perkara ghaib bukan?

jawabnya "tidak..tidak haram. kenapa kamu kata ia perkara ghaib, sedangkan bukankah semua itu dikaji dan dilihat? yakni mata kamu melihatnya..suatu yang dapat dilihat oleh mata bukanlah perkara ghaib. kamu melihat awan bergerak laju, lalu kamu tafsirnya mengikut ilmu yang kamu pelajari.. itu tidak salah..namun iktikadkan dalam hati bahawa sekiranya Allah tidak mengizinkan ia terjadi, maka ia pasti tidak akan terjadi.. namun percaya padanya itu tidak haram krn ia bukan suatu perkara ghaib..tapi ia suatu kajian ilmu dan tatbiq/laksanakannya dalam kehidupan.."

Tapi ingat, rezeki, cinta, dan masa depan berdasarkan bintang@zodiak.. itu jelas haram.. kerana masa depan dan seumpamanya itu merupakan suatu yang abstrak dan tidak tertampak pada pandangan mata..hanya Allah mengetahuinya..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
yg ketiga..

soalan yang lagi dahsyat.. namun bak kata guruku..

"Kita ini doktor, dan ilmu yang sedikit ini merupakan ubat/penawar.. kita jangan beri ubat ini melainkan bagi mereka yang sakit.. dan jika sakitnya teruk, maka berilah lebih sikit.. jika sakitnya sikit, beri sikit jelah ubat tu.. begitulah dalam memperihalkan bab aqidah, cukup untuk membuka mulut pada mereka yang perlu.. pada mereka yang hatinya dan imannya sedang sakit.."

wallahua'lam..tidak saya ingin kongsikan melainkan suatu yang sangat ringkas..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...