Assalamualaikum w.b.t..
Pagi yang sunyi, kita bangkit dari tidur.. dengan berlafazkan "alhamdulillah", kita kembali bersemangat,
"syukur pada Allah yang masih menghidupkanku setelah aku dimatikan buat seketika waktu, di akhir masa, kepadaMu jua aku kembali.."..
Begitulah..kematian pasti dirasai..
Alhamdulillah.. kali ini berpeluang menziarahi Dukturah Fauziah yang baru sahaja kehilangan suami tercinta, merangkap murobbinya, al-allamah as-syeikh Fadhl Hassan Abbas, ulama' tafsir dan ahli bahasa serta balaghoh yg buta,terkenal di Jordan amnya dan Amman khususnya.. yang meninggal dunia pada zohor semalam, hari Rabu bersamaan 06 Rabi'ul Awwal 1432H, dan dikebumikan hari ini, khamis selepas zohor.. semoga Allah menjadikan kuburnya taman antara taman-taman syurga dan menggolongkannya dalam golongan soleh.
Beliau meninggal di dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk ke lapangan terbang queen alia bagi menunaikan umrah.. "beliau dilihat seperti sedang tidur, bersandar di kerusi kereta,tapi wajahnya ketika itu sangat bercahaya".. mashaAllah.. menurut Dukturah, as-syeikh rohimahullah telah memperawalkan jadual penerbangan ke Makkah, asalnya tarikh penerbangan lambat lagi.. dan malam sebelum kematiannya, as-syeikh sentiasa memperingatkan isterinya tercinta agar mendoakannya..
"Apabila ada seseorang bertanyakan 'siapa kamu', janganlah memberi jawapan 'saya isteri fulan bin bulan', tapi jawablah 'saya dukturah', kerana kamu sememangnya dukturah"- kata dukturah Fauziah, mengingat kembali pesan suami tercinta, yang mahu isterinya itu tahu bahawa dia juga memiliki keupayaan, bukan semata menumpang kemasyhuran suami.. sebak di dada tatkala beliau menceritakan peribadi as-syeikh.. sangat berlemah lembut, sentiasa berjaga malam.. dan sangat merindui Allah dan rasul.. huhu.. dalam diam, ini sangat memberi motivasi kepadaku..
Kini as-syeikh telah menyahut panggilan ilahi, untuk pergi ke suatu tempat yang lebih baik berjuta ganda dari dunia ini.. di saat kita mampu melihat warna yang pelbagai, as-syeikh bagaimana ye.. ish2..sekalian duktur di jamiah juga menyebut-nyebut akan beliau..
Ketika di rumah dukturah, saya melihat di setiap sudut pasti ada yang menangis.. namun, beliau sedikit pun tidak menangis.. melainkan hanya memejamkan mata ketika terasa sebak.. begitu hebat tarbiyah as-syeikh pada isteri tercinta.. ketika jenazah as-syeikh dibawa masuk ke bilik, para wanita tersebut mula bising sambil mendoakan, pelbagai doa dapat didengari namun ketika itu hati ini sangat bimbang andai ada yang meratap.. benarkah tabiat wanita arab ketika ada kematian ialah meratap??..
Iya, begitu rupanya mereka, setelah jenazah as-syeikh diletakkan di atas katilnya, kedengaran suara wanita melaung-laung.. "ya harom.. syaikhuna... ya robb lesh.." entah apa lagi yang diperkatakan.. lalu, sekalian mereka yang pelajari agama segera menghalau wanita tersebut.. "astagfirullah...quli la ilaha illallah.. sollu alannabiy...''.. mereka mengingatkan tentang haram meratapi kematian.. dan hati ini kembali lega.. alhamdulillah, keadaan kembali terkawal..
Keinginan hati untuk melihat wajahnya membuatkan kaki ini dipaksa untuk masuk ke bilik tersebut.. dan tanpa segan silu, aku membuka selimut yang menutupi wajah as-syeikh.. ya robbi.. benarkah apa yang ku lihat.. tanpa perlu menipu dan berdusta, ingin ku tanyakan pada wajah putih yang kelihatan tersenyum hingga menampakkan giginya itu 'apa yang kini rohmu rasai'.(tak tahulah mata ini benar-benar melihat atau ilusi semata)..subhanallah.. sebak sendiri jadinya.. benarlah, inilah wajah ulama' buta yang menghabiskan hidupnya dengan kalam pencipta yang dirinduinya.. tiada siapa yang mengetahui hakikatnya di akhirat nanti.. tapi ingatlah kita bahawa mereka yang ikhlas dalam segenap perbuatan imma menuntut ilmu atau sebagainya hanya keranaNya pasti tidak rugi, ini janji Allah..
Ingatkah kita bahawa Allah tidak menarik suatu ilmu itu secara tiba-tiba, melainkan ditarik seorang demi seorang ulama' atau ahli ilmu tersebut.. perhatikan dunia kini, dunia yang makin tua, zina yang makin berleluasa, bilangan wanita lebih ramai dari lelaki, lelaki menyerupai wanita juga makin ramai, anak derhaka yang melupakan ibu bapa jua ramai.. pokoknya..
BUMI INI SUDAH TERAMAT TUA..
Allah.. biarpun ku tidak mampu untuk menjadi penulis kitab hingga berjilid2 seperti as-syeikh, paling kurang biarlah diri ini mampu menggapai redha mereka yang menjadi jalan atau wasilah kepada redhaMu..
Mati nanti, semua perkara akan ditinggalkan melainkan 3 perkara :
1-ilmu yang bermanfaat
2-sedeqah jariah (yang berpanjangan)
3-anak soleh yang mendoakan
Berusahalah dan berazamlah untuk memiliki ketiga-tiganya.. dengan tangisan kita disambut, dengan tangisan jua yang mengiringi pemergian kita.. kematian itu memisahkan dari segalanya..
Berpisah di dunia yang sementara, akhirat nanti kembali bersua.. inshaAllah...
Wallahua'lam..
Wassalamualaikum warahmatullah..
No comments:
Post a Comment