Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, February 3, 2011

Asyik2 tudung


Assalamualaikum w.b.t...

Rajin btul mengupdate blog.. takpe. baki esok saje lagi untuk memulakan semester dua.. pasti sedikit busy dan tiada masa sangat.. tekad dan azam untuk semester dua telah dipatri.. inshaAllah ingin melakukan lagi baik, bukan sahaja untuk pointer, tapi untuk keistiqomahan membaca.. keistiqomahan memungut cahaya2.. agar jalan terus disinari dengan keberkahan.. moga kerajinan menjadi tulang belakang, dan ilmu menjadi teman.. niat di hati.. moga suatu masa nanti, berjaya berada di medan menyampaikn.. huhu.. hidup di sini, dikelilingi para master dan phd, dengan sendirinya terasa ingin menjadi seperti mereka, mengutip serba sebanyak uslub mereka..dan memerhatikan kehidupan mereka, dan ingin berjalan di jalan mereka.....cece.. ~bila org berjiwa bahasa sudah berbahasa~

Kehairanan..

Sangat-sangat menghairankan apabila ada yang mengkritik pelajar sekolah agama yang bertudung biasa.. kenapa? apa salahnya? Saya memang bertudung labuh, tapi jauh sekali ingin mengkritik atau memandang enteng pada mereka yang bertudung biasa.. malah saya juga sesekali mengenakan tudung biasa, ketika ke rumah sanak-saudara, mahupun berhari raya.. haihh.. Apakah pakaian itu menjadi suatu bandingan di sisi Allah? sedangkan kita tahu...

"..Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.."- surah al-hujurat :13

Taqwa pula bermacam-macam tafsiran ulamak tentangnya.. yang paling mudah ialah, mengikuti suruhanNya dan menjauhi laranganNya.. lagi, teringat kisah antara Saidina Umar al-khattab r.a yang bertanya pada Ka'ab al-akhbar r.a tentang taqwa, Ka'ab bertanyakan Saidina Umar tentang perlakuannya tatkala melalui jalan yang ada duri, Saidina Umar berkata bahawa dia pasti akan menjauhinya dan melalui jalan yang lain.. kata Ka'ab r.a, itulah erti taqwa..

Err..

...Boleh jadi, yang bertudung labuh itu lebih buruk akhlaknya berbanding yang bertudung biasa.. nauzubillah.. itulah kebahayaan fitnah yang terjadi masa kini.. yang iman bertopengkan tudung labuh sedangkan akhlak dibiarkan rapuh.. Semoga Allah mengampuni kami..

Belek balik ayat quran dan hadis..

Firman Alla Ta'ala yang bermaksud :"......tidak boleh mereka menampakkan perhiasan mereka melainkan yang biasa terzahir dan hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya itu ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan mereka melainkan pada...."-annur : 31

Kebanyakan mufassir sperti Imam at-Tobari dan al-Qurtubi Rahimahumallah menyetujui pendapat yang mengatakn "perhiasan yg biasa terzahir" itu merupakan wajah dan kedua telapak tangan.. tengoklah balik dalam kitab tafsir mereka.. ada di library mana2 university..^^..ada sebab-sebab yang menyokong menyebabkan mereka lebih pada pendapat tersebut.. selain dari kedua anggota yang disebut td, semuanya merupakan perhiasan... tutuplah perhiasan itu melainkan pada mereka yang termaktub dalam kalamullah~kadang-kadang terdetik untuk mencari maklumat, namun tausiqnya tidak terpeduli..maklumlah, bukan ada library sendiri.. tp inshaAllah ingin mewujudkan sebuah library dewasa nanti~..

Seluruh badanmu merupakan perhiasan.. sebab itu apabila keluar saje kamu dari rumah, syaitan berusaha menghiaskan lagi dirimu agar bisa meruntuhkan setiap mata yang memandang.. ish2.. takutlah pada Allah tatkala keluar saje dari rumah.. mohonlah perlindungan Allah.. andai kita telah berusaha menutup setutupnya, tapi masih dipandang, itu bukan suatu yang pelik.. maka ke atas lelaki itu hendaklah mengikuti suruhan Allah dalam surah an-Nur ayat 30:

"Katakanlah pada lelaki yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya dan menjaga kemaluan mereka......"

Allah mendahulukan suruhan menundukkan pandangan, barulah diikuti suruhan agar menjaga kemaluan (sy pun tak tahu nak guna kalimah apa lagi, maaf banyak2).. itulah, dari mata turun ke hati, dari hati turun lagi ke bawah.. sarang nafsu.. hm.. ya Allah.. memang detail sekali suatu pensyariatan itu.. lagi-lagi, berkejarlah untuk menjadi orang yang beriman dgn mengikut suruhan Allah.. sungguh Allah sangat2 ingin menyucikan jiwa dan hati mereka yang beriman.. itulah caranya!

~ tunduk, tundukkan pandangan je, bukan tundukkan kepala.. tapi jika pandangan tidak mampu tertunduk dengan tertunduknya kepala, maka tundukkanlah kepala sekali..haha.. ma la yatimmul wajib illa bihi fahua wajib.. gurau saje tuh.. tundukkanlah pandangan, tp jangan sampai terlaga tiang~ kan bagus jika semua mengikuti suruhan Allah ini.

Pehh.. yang paling penting, ayat khimar (tudung) tu.. hendaklah tutup dada, siapa pun tahu batas dan had dada, tidak perlu diperkata lagi di sini.. tutup untuk apa? pastinya supaya tak ternampak.. jadi jika nipis, maksudnya belum tertutup lagi.. maka syarat seterusnya ialah hendaklah tidak nipis.. lengkap sekali syariat Allah..

Panjangla pulak berleter di sini.. geram sebenarnya buka fb td.. tp tidak boleh dinyatakan asbabnya..kang ada yang terasa.. Alhamdulillah kita masih diberi pencerahan hati oleh Allah.. memahami bahawa syariat Allah itu tidak membebankan malah melengkapkan..

Jangan lagi kita menyempitkan fikiran kita yang sememangnya telah sempit, tidak semua tudung labuh itu menutup aurat, dan tidak semua tudung biasa itu tidak menutup aurat... bertudung labuh tapi nipis, ia masih belum memenuhi syarat bukan? dan bertudung biasa, tapi menutupi dada dan tidak nipis, syarat sudah terisi.. jadi, pilihlah yang mana disukai..

Ada yang berkata, semakin saya keluar dari bumi maahad, saya semakin terlalu ber open mind dengan orang, salah tu.. setiap orang ada asasnya untuk berfikir dan menerima sesuatu.. semakin jauh kita mengembara dan hidup dalam komuniti, semakin kita sedar, pentingnya untuk buka minda.. terima akan suatu yang tiada dalam fikiran kita sebelum ini..

Ketika dulu, ke mana saje saya pergi, pakaian solat pasti sentiasa dibawa, paper bag setiap bulan kena tukar.. kadang-kadang merungut, sukarnya nak berjalan jauh, di tangan mesti ada paper bag yang membawa pakaian solat.. kerana apa? kerana saya menganggap saya tidak boleh melakukan solat tnpa berpakaian solat...... namun sekarang, alhamdulillah.. jika kita yakin pakaian yang kita pakai tersebut sudah menutupi aurat dan bersih, maka solatlah menggunakan pakaian itu.. cuma perbahasan seterusnya berkisar bawah dagu,, auratkah itu??huhu..perkara yang sering menjadi isu di ma'had.. bagi yang menganggap ianya aurat, bolehlah ditarik ke depan sikit tudungnya..

Islam itu sungguh indah dan memudahkan.. jangan kerana kejahilan kita, orang menganggap Islam itu complicated dan menyusahkan.. saya sendiri pun masih dalam fatrah tak tahu apa mende. jadi jangan tanya pelik2.. huhu.. hmm."al-aslu(perkara asal)" itu tiada perbahasan padanya.. namun kemudian datang perkara furu' berdasarkan maslahat.. iaitu cabang kepada perkara asal.. Syeikh Ali Tantawi rahimahullah dalam kitabnya al-fatawa m/s 61 skali lg memberi nasihat kepada pelajar Islam yang menyambung pengajian di negara eropah agar jangan sesekali berdebat dengan puak eropah akan perkara furu'.. tapi berdebatlah akan perkara asal.. kerana perkara furu' itu sangat banyak perbahasannya.. nantikan diorang kata Islam ni berubah2 lah..

Wallahua'lam.. dah lari jauh dah ni.. ish2.. tulah bila emosi menguasai diri.. apapun, moga Allah menyuluh kita ke jalanNya.. doakanlah kami di sini.. nak jadi muffakirah utk membanteras kesempitan fikiran si musyaddidah yang bakal membuatkan orang ramai terkial-kial lemas dalam syariat Islam..(biasanya wujud di sekolah menengah agama).. dan nak menghentam si penyeleweng mcm sisters in Islam yang makin menggila di Malaysia.. syiah pun makin menebal di Malaysia sekarang, kerajaan perlu bertindak, kang ada org syiah yang ta'sub ngan ajarannya, tak pasal-pasal pengikut ahl sunnah wal jamaah kena bunuh.. tu serah pada lelaki..hihi.. dah2.. panjang2 kang terlena plak..

Tak sabar ingin pulang.. menemani ibu..ayah.. kakak.. dan memberikan mereka kekuatan..~..mcm la diri ini sgt diperlukan.~. sama2 kita doa, ya Allah.. rahmati Samsiah Mustafa serta Abdul Khalid bin Ahmad...rahmati dan sayangi mereka.. luaskan rezeki dan panjangkan umur mereka dalam keberkatanMu yang sangat luas.. ameen...ya robb

Wassalamualaikum..

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum saudari, saya ingin bertanya saudari ttg pemakaian tudung zmn skrg yg dikenali dgn tudung arini yg menampakkn leher. apa pendapat saudari?
sy juga setuju dgn kenyataan saudari ttg cara pemikirn umat islam yg semakin sempit skrg lebih2 lagi pelajar pondok. cara pemikirn mrk masih berpandukn kitab2 lama. alasn mrk ialah kitab tua lbh berkat. namun, sy rasa disbbkn faktor peredarn zmn, sesetgh isi dlm kitab tua x blh digunakn lg, namun mrk berkeras n menyelar org yg tindak-tanduknya menyimpg dr kitab tua. sy melihat hal ini semakin runcing(silap2 blh m'akibatkn pergaduhn). selain itu, sy kagum dgn corak pemikirn org timur tgh yg kelihatn lebih terbuka berbanding org m'sia. di sini sy lihat betapa rahmatnya khilaf pemikirn. sy harap saudari blh menulis ttg p'kr ini dlm blog akn dtg. dan pada p'dpt saudari, blh terimakah alasn kitab tua lbh berkat krn ulama zmn dulu slalu buat solat sunat sblm menulis kitab. bagaimana pula dgn zmn skrg?
jika saudari masih kurang jelas ttg persoaln ini blhlah hubungi sy di fb -neo sierra-
terima kasih

Nur Hanani Fadzilah said...

waalaikumussalam..

jelas dan zahir lagi bahawa menampakkan leher atau bentuk batang leher itu sama sekali haram.. tudung arini ada pelbagai jenis, ada yang sedikit besar, ada yang kecil.. baik pilih yang besar agar memenuhi syarat menutup aurat itu..(tudung)

Sebenarnya, saudara perlu nyatakan apakah contoh isi kitab tua yang bertentangan dengan isi kitab2 mu'asoroh? pendapat ana, tiada yang bertentangan, semuanya bersumberkan al-quran, sunnah, ijmak dan sebagainya yang merupakan sumber2 hukum. cuma, kitab dahulu membahaskan tentang masalah2 yang berlaku pada zamannya, dan kitab terkini membahaskan masalah2 yang berlaku pada zaman kini.. namun, hukumnya yang asal tetap tidak berubah..

Sebagai insan yang masih kecil, dianggap awam 50% bagi para alim, kita tidak sepatutnya mengkritik ulamak terdahulu mahupun membanding2kan mereka.. ilmu mereka jauh lebih tinggi.. dan kitab mereka juga menjadi rujukan dari dulu sampai sekarang..

kih2..tentang graduan timur tengah lebih trbuka, mungkin juga inilah yang Dr.Asri ingin bawakan.. untuk membuka minda masyarakat melayu kita agar tidak terlalu sempit.. tapi itulah.. susah.. kerana segalanya sudah menjadi adat.

Setiap dari kita cukup sekadar mendiamkan atas perkara yang tidak kita ketahui atau yakini..

wallahua'lam..

Anonymous said...

assalamualaikum,
ada yg saudari masih kurang faham di sini. ini bukan masalah kandungn kitab tua tetapi penerimaan masyarakt utk diterjemahkn secara amali dlm kehidupn seharian, pemahamn yg masih kurang tepat n relevan dgn keadaan semasa, ketaksubn yg membahayakn, penyampaian kpd masyarakt, REVOLUSI PEMIKIRN, xpelah...
sy ingin bertanya lg,
dlm aq allah ada menyatakn supaya wanita tggl di dlm rumah(x ingat surah n ayat ape). sy ingin bertanya saudari tafsir dr segi harfiah n sejarah. memndgkn situasi zmn skrg kelihatnnya ramai wanita keluar rumah, regardless, org bkn islam serta wanita2 secara umumnya digelar sbg betina(maaf ye x tau nk buat ayat ape lg).
ada org beritahu sy(kebetuln dia adalh pelajar pondok):
memakai seluar bg wanita adalh haram,
suara adalh haram(bgmana jika situasi memerlukn kita bekerja dgn org lelaki, malah memerlukn komunikasi, x blh bersuarakah?(regardless, suara nyanyian semestinya haram)
skali lg sy ingin tegaskn kpd saudari sy bkn ingin menyelar golongn t'sbt mungkin secara kebetuln sy bertemu dgn org yg ekstremis sebegini. krn sy juga spt mrk, manusia yg x sunyi dr sbrg silap salah. jd, sblm minda ekstremis mempengaruhi pemikirn sy, harapnya saudari dpt memberi keterangn yg jelas kpd sy ttg hal di atas. dan sblm saudari mengenakn sbrg tuduhn terhadap sy sila bertanya sy hal yg masih kabur.sekian dr sy,
sy memohon maaf jika tulisn2 di atas m'guris hati saudari, ya allah maafkn kami berdua n suluhknlh jln yg trg kpd kami spya kami x sesat. amiiin....

Nur Hanani Fadzilah said...

oo.. takpe2.. takde hal la..

pasal ayat tu.. tafsir Fi Zhilal Quran sayyid qutb ada menulis bahwa erti waqarna dalam ayat dari surah ahzab tu, Waqarna fi
buyutikunna, bererti, "Berat, mantap, dan menetap, ini bukan berarti bahwa mereka tidak
boleh meninggalkan rumah. Ini mengisyaratkan bahwa rumah tangga adalah tugas pokoknya, sedangkan slain dr rmhnya itu bkn tmpt dia menetap atau bukan tugas pokoknya.".. hahah..

bkn ke isteri2 nabi seperti ummu salamah prnh trlibat dlm perang, kluar sama nabi ikut brhijrah dn sbgnya.. ada dlm sohih bukhari, bab sal prmpuan kluar brjihad.. mungkin kena tengok balik kot prbahasan psl ayat surah ahzab yg sedara tulis tu dlm kitab tfsir lain.. maaflh ana ni, lau nak tengok semua2 tu kena pi library..

huhu.. habislah kalau dikatakan suara kami adalah haram, iya memang haram jika ia sengaja dilunakkan hingga mmbuatkan hati laki2 yg berpenyakit itu makin sakit.. bleh rujuk alquran surah ahzab juga.. dn di zmn nabi juga bukanke ramai para wanita yg bertanyakan hukum hakam pada rasulullah.. dlm situasi trtentu, harus bagi kami brbicara dgn laki2. tp pstikn la tak de melunak2 menggedik2..

mmg masyarkat melayu di negara kita susah nk trima suatu yg mcm sedara sebut tu.. tp mungkin boleh dibawa masuk secara sedikit demi sedikit..

أقل الناس علما أكثرهم إنكارا, أكثر الناس علما أقلهم إنكارا..

doktor aqidah ana di jamiah pernah menyebut sedemikian..

wallahua'lam.

bgus sedara ni, tegur jelah ana klau ada apa2 kesilapan, ana psti sedara ni seorang yg sgt brilmu..kih2.. takut main sal hukum hakam ni, lagi2 yg perbahasannya pnjang.. boleh tanya org lain ok..

Anonymous said...

terima kasih atas penergn awak di atas,
bbrp bulan awak ada kat sana n semakin berfikirn terbuka. penergn yg pelbagai menunjukkn islam ini luas n m'ikut peredrn zmn. sy kagum dgn awk. sy harap minda masyarakat melayu akan terbuka suatu hari nnt...inshaallah. nnt blhlah tulis pasal ni dlm blog akn dtg...


maaf ye hanani, sy sebenarnye perempuan
kawan baik awk sendiri.....

Anonymous said...

hanani sy harap awk layari laman web www.zaharuddin.net ttg 'mengapa aktivis agama berbeza sebegitu?'
sy sgt berharap awk surf kat sana, please, sy merayu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...