Assalamualaikum w.b.t..
(^^,).. selamat pagi dan salam sejahtera buat sekalian teman yang masih bernafas hari ini.. em.hari ini, semalam dan hari akan datang pastinya merupakan suatu jambatan ke suatu hari yang kekal.. kita,tidak mati jika tidak hidup.. dan untuk menuju ke sana, tidak dapat tidak, tempuhilah hari ini.. redhalah dengan semalam.. dan bersedialah untuk hari esok..
Senyumlah dengan memeluk ketenangan.. panjatkan kesyukuran pada Allah..
Ketika melihat video lau kana bainana al-habib mustofa sayyidina Muhammad s.a.w, setiap dari kita pasti turut dirundung kesayuan ketika melihat dan mendengar soalan terakhir dalam video tersebut...
"apa yang ingin kamu katakan jika diberi peluang untuk katakan pada Rasulullah walau hanya seminit?"
dan perempuan itu menjawab, "saya ingin baginda membawa saya lari jauh dari dunia ini"..
Perhh.. jawapannya membuatkan mata ku jua turut menangis.. pernah beberapa kali hati berasa sangat penat berpijak di bumi ini, letih bermain tukar antara dosa pahala, penat mencampur adukkan antara kebaikan dengan keburukan.. pening menempuhi ragam manusia yang pelbagai.. tidur... yer, segalanya bagai terbang ketika tidur.. tapi tatkala mata kembali celik, kita menyedari bahawa kita sememangnya 'ada' di dunia ini, untuk terus menghadapi mehnahnya..
Jangan pernah takut untuk meneruskan kehidupan.. kita bukan manusia tidak bertuhan.. kita ada Allah Maha Kuasa, Dialah Robbuna, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Dia ada tatkala kita memerlukan, Dia mendengar tatkala sekalian manusia tidak mahu mendengar, Dia terus mendampingi tatkala sekalian manusia menjauhi..
Berbicara tentang habibuna sayyiduna Muhammad s.a.w..
Siapa tidak ingin bertemu Rasulullah s.a.w, siapa tidak rindu pada insan yang dicintai, disebut-sebut setiap masa, dikaji perjalanan hidupnya, diketahui kisah suka dukanya, hingga akhir hayatnya..
Siapa pun kita, sufi kah, wali kah... jauh sekali dari mendapat darjah kelayakan untuk mencemburui Rasulullah s.a.w atas titlenya sebagai kekasih Allah..
Di saat kita bermain dengan ibu ayah, bermanja dengan mereka, Rasulullah hanya menumpang kasih dengan seorang atuk.. serta menumpang belas seorang bapa saudara.. di bawa ke sana ke mari, menempuh sahara, mengembala kambing.. hm..sedangkan waktu kecilnya juga berbeza dengan kita.. apatah lagi tatkala dewasa..
23 tahun perjuangan baginda.. bermula seorang diri, kemudian keluarga, sanak saudara, kemudian sebuah daerah, negeri dan sterusnya negara madinah.. betapa hampanya diriku pada mereka yang memisahkan agama dari aspek kehidupan...! yang hanya memandang peribadi Rasulullah hanya sebagai ikutan dalam hal kecil seperti makan minum, solat, tidur, berjalan, makan dan lain-lain, mengapa tidak dijadikan baginda contoh teladan dalam sebuah pemerintahan?
Ingin quote sebuah perenggan artikel dari saifulislam.com yang membuatkan hati berdesing dengan kesayuan..tidak perlu dibahaskan tentang perbedaan pendapat akan tarikh dan waktu wafatnya baginda..
Jom hayati.. cinta luar biasa..
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]
Suka dengan statement "cinta luar biasa".. ia sangat luar biasa untuk menyintai insan yang tidak pernah dilihat, apatah lagi didengari suaranya, atau berbicara dengannya.. dan pastinya kita kini, sedang menanti-nanti untuk bertemunya.. bisakah atau?.. wallahua'lam.
Intahat..
wassalamualaikum w.b.t
No comments:
Post a Comment