Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, February 3, 2011

Ada mata-mata memerhati...


Assalamualaikum warahmatullah..

It's just 3 days before the next semester begins..Alhamdulillah... can't wait anymore..

Berita terkini, abang dan kakak yang kini di Mesir akan pulang ke Malaysia malam ini, transit di Turki.. setelah 6 kali penerbangan ditangguh serta setelah tiket ditukar...didoakan semoga Allah memudahkan segala urusan serta melancarkan penerbangan mereka..

huhu..Tajuk yang diletak penuh kontroversi..padahal biasa2 saje.

Ketika di Bandar Balad semalam, kami membawa dua orang kakak phd dari Malaysia yang datang ke Jordan untuk munaqosyah bersama para masyayikh yang terkemuka.. inshaAllah Jumaat ini mereka bakal bertemu Dr Solah utk munaqosyah tesis..

Di sebelah kedai yang kami transit itu, saya menyedari terdapat sepasang mata sedang melihat kami memilih baju syita'..(x beli pun, sudah ada) .. itulah, mata seorang pak cik tua yang kelihatannya sungguh dhoif.. saya melihat sosok badannya, kecik sungguh pak cik ni.. dilihat pula kedainya, itu juga sangat sempit.hanya sebesar dua biji almari baju. rasa hairan mula terbit, "apa yang dijual di kedainya"... hati sangat sebak melihat pandangan matanya yang sangat kepenatan dan kesian.. air mukanya juga menunjukkan dia seorang yang bagus.(tak tahu lah yang sebenarnya apa, tapi ni rasa hati je)... sambil melemparkan senyuman, saya menghampirinya.. meninggalkan mereka yang sedang seronok memilih baju..

Cuba berborak dengannya, tahu lah saya kerjanya ialah mensterika pakaian berat seperti kot dan jaket.. dan setiap sehelai dia akan mendapat pulangan sebanyak sedinar atau 0.50 dinar.. namun yang saya kagumi ialah, kegigihannya mencari rezeki halal, di saat insan lain sudah berputus asa dan bekerja sebagai peminta, pak cik ini masih lagi tega untuk menggunakan kudratnya mencari kerja.. cukupkah semua ini untuk menampung keluarga.. dan kudratnya sebagai warga tua, mampukah didominasi sepenuhnya untuk bekerja.. di mana anak-anaknya.. atau jika tiada, di mana bantuan oleh kerajaan.. hati makin sebak melihat kelusuhan kedainya.. tergantung di almari kecil itu beberapa helai pakaian.. kebanyakannya ialah jaket.. dan di hadapan pak cik itu, sterika yang bekarat.. berbalut dengan suratkhabar jordan times..ish2..

Lembut sekali wajahnya, bicaranya tidak banyak.. tapi fasihah.. senyumnya membuatkan kesebakan makin menebal.kedutan penat di wajahnya membuat hati ini terasa insaf.. "semoga Allah memberimu kejayaan anakku".. katanya.."trima kasih, pak cik, tolong doakan ayah dan ibu saya ye..serta kakak saya yang sedang sakit."..massalamah mengakhiri perbualan kami..

"....sehingga orang2 yg tidak tahu(keadaan mereka yang sebenar) menyangka mereka orang kaya hanya kerana mereka menjaga diri mereka dari meminta-minta....."- al-baqarah-273

Sungguh mulia mereka ini..

Buat sekalian mereka yang memiliki wang, pandaikanlah dirimu membezakan antara kehendak dan keperluan dalam setiap urusan jual beli..

"Itu duit aku, suka hati aku lah nak buat apa dengannya..!"

Mungkin ada yang membalas sebegini jika kita memberi nasihat di atas.. sedangkan dia lupa, Allah akan tanya ke arah manakah perbelanjaan nikmat harta yang Allah beri itu.. jangan diingat, harta itu milik sepenuhnya.. di sana ada suratan ghaib yang tidak ketahui,, siapa lagi berhak ke atas harta itu..

Betul lah tu, jika kita ingat sifir ini.. bahawa setiap perbelanjaan kita itu akan ditanya, maka pastinya kita tidak akan membelanjakan keluasan harta yang Allah beri itu pada suatu yang tidak perlu.. tidak membelanjakan ia pada kehendak nafsu.. lelaki dengan gadgetnya, modified segala benda.. wanita dengan perhiasaannya, rabun mata melihat emas, perak dn sebagainya...

Sebaik-baik perkara itu ialah yang sederhana

Benar sekali, bersederhanalah dalam setiap perkara.. bukan hanya berbelanja, malahan, makan, minum mahupun tidur juga hendaklah bersederhana..

Mungkin tanpa disedari, ada mata dan hati yang terpana melihat keseronokan kita membeli-belah.. mungkin juga ada hati yang sedih melihat betapa mudahnya kita membeli makanan dan membuangnya sedangkan dia bermati-matian bekerja untuk mencari sesuap makanan..

Berubahlah ke arah yang lebih matang, dan lebih baik.. tekadkan dalam hati setekadnya untuk tidak lagi melakukan suatu pembaziran dalam hidup.. moga-moga rahmat Allah sentiasa memayungi.. infaq kan lah walau hanya setengah dinar.. dan yakinlah bahawa kerugian itu langsung tidak mengiringi setiap tangan yang menghulur.. lihatlah betapa banyak saranan dalam al-quran, saranan agar kita memberi sedeqah..

Hulurkan bantuan, ringankan beban.. peringatan buat diri sendiri dan sekalian.

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...